Assalamualaikum.
Hai. My name is J. J a.k.a Jiwa. Jiwa yang mana aku juga mungkin seperti kalian sedang kembali mencari jalan itu. Ya, jalan untuk pulang. Pulang kepada Sang Pencipta.
Ya, jalan kita tempuh ini amat sukar bagi kita yang bergelar pendosa. Mereka yang tidak pernah berada pada jalan ini mudah saja untk berkata-kata andai mereka tidak pernah melalui jalan sukar seperti kita.
Ya, bagi aku. Aku tidak pernah peduli akan mereka seperti ini. Mereka wujud. Tapi ia bagai khayalan. Khayalan yang cuba menjatuhkan aku.
Setiap perjalanan yang aku lalui. Setiap perkara aku jalani. Akan berakhir dengan review setiap malam. berdoa dan terus berdoa. Berharap dan terus berharap agar satu hari nanti akan ada sinar yang buat aku bahagia hingga ke Syurga.
Namun, aku juga tak akan pernah lupa akan nikmat yang DIA berikan untuk aku setiap hari. Nikmat hidup, nikmat sahabat, kawan, rakan bahkan mereka-mereka yang bagi aku, aku anggap kehidupan. Ya, mereka itu bukan lah family malah bukan juga siap-siap dalam hidup aku. Mereka itu rakan sekerja. Bukan sejantina. Dan juga bukan sebaya. Malah bukan juga berlainan agama dan juga pemahaman dalam kehidupan. Ya. Tegas disini merekalah sebenarnya yang banyak mengajar aku erti hidup sebenarnya.
Setiap antara kita pelbagai latar belakang, hidup, kesukaan, kegembiraan dan malah juga tentang hati dan perasaan. Sangat terhutang budi dengan mereka mereka ini. Dari sinilah tercetusnya idea segala penceritaan yang cuba diolah untuk tatapan pembaca.
Aku J. Aku manusia. Hanya pandai berbicara dan menaip tanpa bersemuka. Andai cerita aku mungkin nampak racist atau cuba melanggar tatasusila penceritaan atau segala larangan agama atau budaya atau apa saja ketidak puasan anda. Anda berhak untuk mengomen, menasihati memberi tunjuk ajar memberi nasihat dan segalanya. Aku sedia dan sangat memerlukannya.
namun apa pun kembalilah kepada akar punca iaitu siapa kita?
namun apa pun kembalilah kepada akar punca iaitu siapa kita?
manusia bukan robot. manusia bukan malaikat. manusia tak lari pada kesilapan. maaf. :) kosongKosong yo!~ v(^_~)
Maaf. Atas pengunaan "aku" disini. Let's have a fun here until Jannah. Jom Bersahabat.
I am J.
Saturday, 28/June/2014