Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Wednesday, September 11, 2024

Diari #14 : Kembali

Bismillah. Assalamualaikum...

Haha. Terasa janggal sekali.

Sekian lama HIATUS dari blog.

noun
  1. a pause or break in continuity in a sequence or activity.

Adakah orang akan baca?

Eh, tak kisah. Aku yang akan baca sendiri nanti.

I am back with many story.

Tapi aku tak tahu nak mula dari mana.

Jadi biarkan aku menaip dulu dengan sesuka hati dan perasaan ye wak. Lol

Sambil di temani dengan pelbagai playlist  ***zikir pagi, selawat, lagu nasyeed






Jadi aku tinggalkan entry/post kali ini dengan perasaan dan pertanyaan follower aku bergitu saja... Dan aku tengah filter publissh beratus post aku sebelum ini. 


Entah kenapa aku buat macam itu.



Sunday, April 6, 2014

round Penang.

Hari yang penuh kegembiraan.

dan aku pasti laman ini sudah lama tidak dikunjungi.
dan aku pasti, tiada siapa yang mengenali.

apa-apa pon aku sekali lagi berasa bebas untuk bicara, apa yang terbuku, apa yang terpendam. Haha. 

this weekend my awesome day.
very happy gathering with my family. pusing-pusing Penang. Alhamdulillah.

Allah bagi bahagia ini. Alhamdulillah. tak terucap dengan kata-kata.
Then, apa yang nak cerita sekarang akan random.

Ikut mood nak tulis yang mana. Huhu.

my life now, memacam terjadi. Dulu kena tinggal, sekarang ramai pula yang datang. (tak perlu pon nak cerita)

Life is Journey.

aku selalu ingatkan diri.

Tiada perkara Allah biarkan kita tanpa diuji. Setiap yang berlalu mesti ada asbab kena Allah jadikan macam tu.

So, sentiasa persiapkan diri. Sama ada fizikal mental emosi dan kesemuannya.

All must be ready.

Steady and Ready. :)

Ini soal hati, erm... Im dah 22 y/o. Woo~ Dah nak masuk org tua tua ckp "can marry". Waa.. Nasib baik size kecik. Tak pernah lagi org tanya bila lagi? Syukur. Tapi ada yang tahu tuu, tak terlepas juga ditanya. Tapi senyum je. Entah, sekarang niy, betul-betul nak fokus dengan kerjaya + cita-cita. Nak kerja byr hutang nak tolong mak, nak tolong org sekeliling. Kalau boleh nak tengok dulu abang cik bahagia. Amin.

And dihujung kehidupan ini, sentiasa berharap Allah temukan aku dan dia. Allah is a best planner. Allah mengetahui isi hati hambanya. Sentiasa doa, semoga Allah mengurniakan Dia utk aku. Kalau itulah yang terbaik. Dan semoga tiada siapa yang sakit hati dengan aku. Aku mohon, sebab aku takut aku ada beri harapan sedangkan aku mendoakan sebaliknya. Ya Allah, tetapkanlah. Ameen Ya Rabbi Al-Amin. :')

Friday, December 20, 2013

syukur dan sabar.

Ya kejutan demi kejutan aku terima.

Aku rebah dan tiba-tiba ALLAH hulurkan cahaya. ALLAH tunjukkan aku jalan.

Bukan lagi teka teki.

Ini adalah jalan yang memang aku nampak depan mata. Tak perlu aku lalui jln yang susah lagi.

Ya. 

Aku sangat bersyukur. Aku sangat berterima kasih. Sangat Berterima Kasih Ya Allah.

Tak mampu aku ungkapkan dgn kata-kata.
Tak mampu aku tulis dgn ayat punjangga.

Apa yang aku tahu, rasa.

Aku syukur dan Terima Kasih.

:) Rabbi.

Dan satu lagi menjelma utk hari ini.

Ya. Aku tak tahu ini dikategorikan apa.

Dugaan. Ujian. Jalan. Pertanda.

Ya. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku tak tahu nak mula dari mana.

Aku tak tahu.

Ya Allah. Guide me. Please..

Hold my hand. If I am fall, tarik aku. If I am wrong, give hint.

Please~

I dont want again.

:\

Sunday, December 15, 2013

datang dan pergi

And again.

Ia datang dan pergi. Sama seperti angin. Menyapa lalu pergi meninggalkan dingin.

But, untuk kali ini. Aku bagaikan sudah lali. Mungkin pengalaman mematangkan diri ini. Tidak mudah goyah. Sentiasa ingatkan diri. Andai ia dtg sambut dgn tenang dan lepaskan dgn hendakNya.

Dan selalu ingatkan diri ini.

"Dear self, orang lain sibuk fikirkan perjuangan. Kita sibuk layan perasaan."


Jadi. Sekarang bukan masa ini semua. Sekiranya ia milik kita. Susah mana pon kehidupan ini yang dilalui dari hari kehari. Orang yang milik kita itu akan hadir juga diakhirnya atas takdirNya.


Dan atas takdirnya sekiranya ia bukan milik kita. Ia adalah angin yang membawa dingin itu. Membawa kegembiraan dan warna-warni kehidupan ini.

Ya. Hidup ini penuh dgn warna-warni kehidupan.

Perasaan suka dan duka adalah asam garam kehidupan.

:)

Wednesday, December 11, 2013

adios jahiliyah

Walaupun banyak kali aku mengunggapkan Adios. Sayonara. Selamat Tinggal. 


Tapi perasaan bersalah terhadap yang Maha Esa terus menerus menyapa. Seakan-akan tiada ada ruang utk aku berubah. Tiada maaf bagiku. 

Apakah aku lupa? Yang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. 

Tidak. Jangan pernah lupa. Jangan pernah! 

Ya. Dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyanyang.

Tapi. Kenapa terus menerus perasaan ini? Kenapa Ya Allah. Bantulah hambaMu ini. Aku tahu. Aku masih banyak lagi kekurangan. Masih tidak betul landasan hidup sebagai seorang Muslim yang bertakwa. Masih ada ruang koyak diantara Aku dgn Mu Ya Allah.

Hubungan dgn Manusia belum sempurna.

Sekiranya aku masih buat org yang dekat dengan ku sedih, kecewa dgn sikap aku ini. Aku masih belum cukup jadi baik. Tapi bagaimana Ya Allah. Bagaimana aku mahu membetulkan hubungan ini.

Aku tahu. Aku tiada sesiapa. Melainkan dia, insan yang melahirkan aku. Insan yang akan ada susah senang aku. Insan yang ada semenjak aku dilahirkan dan sampailah sekarang.

Andai engakau ada jalan ini Ya Allah. Pertemukanlah.

Eratkanlah ikatan ini. Jalinkanlah ukhuwah ini.

Bantulah aku Ya Allah.

Sesungguhnya, sudah lama aku ingin betulkan keadaan ini. Namun, dari hari ke hari semakin merasa menjauh.~

Andai langit yang biru itu bukan utkku,
Mengapa memberi sapaan angin?
Andai tahu aku bukanlah batu besar tendapar ditepi pantai,
Kenapa pilih aku, melambung aku dgn ombak yang tinggi?
Sungguh peraturannya amat rumit,
Maka aku kena terus bersabar utk sesuatu yang akan gembira dikemudian hari.


Wednesday | Bertam, 
11/12/2013.

Saturday, October 19, 2013

struggling for my end life

Assalamualaikum... Hye my blog. 

Hai. Sudah lama tak dtg dekat sini. Berkali-kali juga jenguk. Tapi tak ada mood nak writing. Rajin pergi baca blog-blog lain saja.


Dengan life sekarang. Masa terlalu pendek utk dikejar. Baru je bangun pagi tengok jam semula dah pukul 12. Tak terluah rasa. Tak terkejar diri ini. Ini baru jadi penganggur terhormat. Banyak sgt kerja nak disiapkan. Kalau dah berkerja nanti. Rumah jadi tongkang pecah gamaknya. Betul-betul, Arrrhh.. entah la. Biarlah aku saja yang tahu. Tak perlu rasanya diceritakan.

At the same time, byk sgt hati yang perlu dijaga. Tapi kekadang, terlepas juga. Maafkan aku.

And now aku rasa aku tak ada motif lagi nak menulis disini.

Aku nak keluar dari dunia niy.
Off dunia bloging. Selamat Tinggal.


Just now, try to kejar redhaNya. "Semoga Allah sentiasa meredhai aku."

Hanya aku nak aku dapat hidup bahagia disana.

Walaupun hakikatnya.

Berkali-kali jatuh. 

Tak Istiqamah. 

Memang susah sgt diri ini.

Degil.



Just what I need now.

Supporter.



Pray for me.

Semoga aku menjadi anak yang solehah, Auntty yang penyanyang, Gadis yang baik, Kawan yang baik serta Seorang Muslimah yang mengikut syariatNya. Ameen.



I'm still struggling for my end life.


Saturday, September 14, 2013

Dimana sumber kekuatan sebenar???

Assalamualaikum...

Dimana sumber kekuatan sebenar?

Semua org akan mencarinya...
Disaat terjatuh, tersungkur, tergolek... (satu pakej)
Bila dah macam niy kita baru nak mencari Kekuatan yang selama niy ada.
Tapi kita leka dan hanyut.
Padahal,kita sendiri mengabaikannya.
Maka, Allah menguji kita.
.
.
.

Kekuatan itu ada pada SOLAT SUBUH anda!

Tak percaya???
Saya tak suruh anda semua percaya tapi, tapi nilai sendiri.

Tidak semua org mampu solat subuh di awal waktu. (errr...)
Tidak semua org mampu solat subuh dlm keadaan khusyuk. (ermm...)
Tidak semua org mampu melawan hawa nafsu dipagi hari. (Nafsu tidur)
Tidak semua org mampu berjaga selepas solat subuh. (-___- tido balik)

Tapi kemenangan kepada yang org yang berjaya melawannya.
:)

.
.
.
Disinilah kekuatannya, tika semua org dibuai mimpi.
Seorg hamba Allah khusyuk memohon pada Nya. (berdoa...)

Dimurahkan rezeki.
Diberi kekuatan iman.
Dipermudahkan urusannya.
Diberi keyakinan menghadapi hari pada awal hari.

kemudian diteruskan,
dengan memulakan hari dengan hati gembira dan tenang. :)

Pada waktu ini, secara tidak langsung.
Kita membina kekuatan kita sendiri untuk menghadapi hari hari esok.
Semoga kita terus menghadapi dengan tenang.
Diberi terus kekuatan , berpanjangan...

Bukan mudah untuk kita kan nak melawan nafsu dan syaitan.
kekuatan perlu dibina.
Tapi, kalau kita sedar ada nikmat dlm solat subuh ini.
Kita tidak akan melepaskan ia.

Rasulullah ada bersabda:

"Sesunnguhnya solat yang paling berat bagi org munafik adalah solat subuh. Sekirannya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatang sekalipun dengan merangkak."

p/s: kita yang perlu membina kekuatan itu! :D

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak meng"update" blog ini. Ada sesetengah yang rindu... (Haha...perasan!) Ok, di hari yang mulia ni (JUMAAT) aku ingin sampaikan satu pesanan. Pesanan ini bukan untuk sapa sapa hanya sebagai peringatan buat kita semua.

Hidup kita kenalah di isi dengan kerohanian agar kita tidak tersasar jauh. Sentiasa tenang melalui kehidupan kehidupan yang penuh liku. Yang kita jangka mahupon tidak. Sebagai hambanya yang kerdil kita tetap kena hadapinya. Orang yang hadapinya dengan penuh kesabaran baru dikira mereka mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka. :)


Back my topic, Ujian. Setiap manusia akan diuji. Sama ada kita sedar atau tidak. Kan??? Tapi yang membezakan nya ujian kecil atau besar. Paling penting, bagaimana kita nak menghadapinya???

Tuan blog pon pernah melaluinya. Dan disebabkan aku juga antara hamba hamba nya. Maka kesedihan adalah peneman ketika kedukaan. Air mata? Air Hidung? semua dah keluar. Seriously, hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Keseronokkan @ kebahagian bukan milik mutlak kita. Kita mampu memilikinya tapi hanya sementara. Walau selama mana, tapi dugaan akan tiba dan akan kita lalui jugak ... :) Namun, ingat setiap ujian kita lalui semua darinya. DIA adalah sebaik-baik perancang.

"Bersabarlah sahabatku, setiap dugaan ada hikmahnya. Hikmah yang kita tidak tahu bila pasti akn kita dapat. Namun, janji tuhan adalah benar. Setiap kita lakukan akan di balasNya. Kebaikan di bals baik. Kejahatan dibls nya dgn setimpal. Kita hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Berada di landasannya berusaha menjadi dikalangan hambanya bersyukur dan bertaqwa."
Antara kata-kata, sahabat yang kita akan terima. Betul dan tiada salahnya mereka. dalam perangsang kekuatan. Tapi tidak cukup, sekiranya kita masih di tempat yang sama. Tidak cuba dari keluar dari masalah yang kita hadapi.


Bangkitlah pada mereka yang masih dalam kealpaan @ kesedihan. Keluarlah dari masalah anda. Hidup bukan hanya selama-lamanya. Tapi bila kita hidup ini, hiasi lah seperti butir-butir mutiara dilautan.

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Hidup ini, akan bahagia bila semua orang berfikir ingin bahagia. Dan yang paling penting mencari KEBAHAGIAN itu. ^___^

Salam RAMADAN ke-14

p/s: Ustaz call, offer rumah free. Xpe la ustaz. Saya nak masuk asrama. TQ.

Sunday, July 21, 2013

zara | 19 Julai 2013


Assalamualaikum...

19/ JULAI/ 2013

Okey, post tarikh terpenting. ^_^

Welcome my sweet heart. Adik kepada Muhammad Ali Husaini. Tepat selepas tamatnya menunaikan solat subuh. Ramadhan 10. 

Maka lahirlah, bayi seberat 3.1 kg.



Yes, like ummi like Acu. :P

Cute, Pretty, and InshaAllah be a good girl.

Nur Aqilah Zahraa. 


| Eh3x , silap pulak. Ini bukan yerk. Ini abang nya. *Konon ala-ala manje Aqilah* |


| Aqilah ♥ sweet dream |

| Muah3x... |


p/s : Hari 2, berhenti di Masjid Seberang Jaya dengan mendukung Husaini. Jumpa adik-adik USM. Sambil-sambil sembang-sembang dengan mak cik Seberang Jaya tu. Sembang punya sembang sekali aku adik oit!~ Kak-kak dekat situ atas 23yo. :3 Malu je berakak. Tapi, memang diorang cakap cara aku nampak pegang anak. -_-"
|
Layan je dear~~~

Pasrah.

Saturday, June 1, 2013

Diari #13 : 1 June

Assalamualaikum...

+ehsan google+

Pagi itu, terasa diri betul-betul di Leiden, Holland  .

Bunga Tulip.

Kincir Angin.

Both.

Badan terasa suasana angin dingin dan menyenangkan hati serta minda.

Lagu Yiruma (KissTheRain) + RainyMood seakan-akan memahami. Jauh disudut hati. Kenangan lalu kembali berputar. Tapi diselangi dengan kehidupan yang nyata bahagia setelah pelbagai dugaan dan cabaran dilalui. Jauh benar perjalanan aku itu. Tak dapat nak diceritakan.

Allah meletakkan aku dikalangan mereka. Pembawa kebaikan atau mencetus tradisi. Aku perlu galas tanggungjawab ini. Keadaan semakin sukar. Ada sesuatu yang perlu di betulkan. Something not finishing yet!...

Ya Allah, semalam aku berdoa: "Ya Allah, aku cintaMu. Allah. Don't go far away from my life~ Always support me. tq. " -LoveYou  -

dan hari ini, kau temukan damai dalam hatiku.

Something yang berlaku dengan cepat. Terima Kasih. InshaAllah akan aku pegang dengan baik. Keep my move on and keep going kehadapan. Dan aku akan sentiasa memperbaiki diri aku. Meletakkan Agama diatas. Sentiasa. Ya, sentiasa!

:')

Popps!~

Mimpi hilang serta merta.

One day, InshaAllah.

-Holland-

Monday, April 29, 2013

Diari #12 : Superhero!~

Assalamualaikum...

Krohh... krokh... krokh...

Perut bunyi tanda lapar teramat sangat.

Akhirnya, petang itu aku decide tekad! dalam hati.

Semasa keluar menuju ke tempat meletak moto. Tangan menyeluk saku sambil meletakkan helmat diatas tempat duduk moto.

Ktoot!

Astagfirullah...

Tangan mencapai helmet yang terjatuh. Dalam hati berbisik. *... Sudahlah aku kebulur. Jatuh pula helmet tengah syiok menikmati coki-coki ni.* Mulut sambil mengungkapkan kata Bismillah...

Aishhh... nafas dilepaskan...

Laju sahaja helmet dipakai. Lalu dihidupkan engine. Keluar dari tempat letak moto menuju ke jalan besar. Sambil mata melihat sekeliling macam rasa diri dipandang dan diperhatikan. ??? *getus hati why???

Tiba di lampu isyarat. Rasa diperhatikan itu makin bertambah.

Err, mamat dalam kereta disebelah aku ini pon tengok aku atas bawah.

Dalam hati "Helo... salah ke aku makan coki-coki? Aku ikut sunnah kot. Masih duduk dan sebelum aku makan tadi aku sudah baca bismillah."

Oh. Tuhan.

Lampu isyarat sudah bertukar warna. Hijau.

Aku memecut laju moto dibawa dengan hati bergembira. Moga coki-coki yang aku tengah gigit dan bergantung dimulut tidak jatuh. Itulah satu-satunya Superhero!~ perut. Sebelum aku tiba ke rumah.

─‿‿─


Friday, April 26, 2013

Diari #11 : Hitamnya

Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Pagi yang indah. Hari penghulu sehari.

Hati ini tergerak hati utk menaip. Mengisi kekosongan hari-hari ini. Sudah lama tidak mentarbiahkan hati ini. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia. Alpa. Leka. Terlupa. Complete statement!
.
.
.
.

Titik. Demi Titik. Berapa kalikah titik-titik itu tumbuh didalam hati kita?

.

Titik itu akan bertambah selari dengan perbuatan "buruk" kita. Dalam sedar atau pun tidak sedar. Ia akan semakin bertambah. Tanpa ada yang tertinggal.

Bertambah.

Bertambah.

Bertambah.

dan

Bertambah.

Akhirnya akan menutupi menyelaputi hati kita.

Besar manalah sangat hati kita?

Kata Ustaz, hati yang dipenuhi titik-titik hitam ini sukar ditembusi oleh cahaya.

Maka gelaplah hati insan itu.

Gelapnya umpama batu hitam legam berpunca dari titik-titik yang kecil itu.

Sebab itu akhirnya insan itu sukar menerima walaupun secebis teguran kerana kerasnya hati dia seperti batu itu.

Astagfirullah...

Maka bagaimana kita mahu kembalikan cahaya itu masuk terus... kedalam hati kita?

Bagaimana?

Bagaimana?

Kata Ustaz, perkara kebaikan itu banyak. Hanya manusia yang gelapnya hatinya itu tidak nampak.

Awak kutip sampah. Itu pon perkara kebaikan.

Awak tolong rakan dlm halnya. Itu pon kebaikan.

Awak ungkapkan nasihat. Itu pon kebaiakn.

Awak belanja seseorang. Itu pon kebaikan.

Awak siram pokok. Itu pon kebaikan.

Awak beri makan kucing. Itu pon kebaikan.

Awak tolong adik buat kerja sekolah. Itu pon kebaikan.

Awak tolong ibu beli garam. Itu pon kebaikan.

Mana-mana perkara yang membantu menyenangkan hal org lain itu adalah dipanggil kebaikan.

Maka, lakukanlah ia dari sekarang. Walaupon dengan hanya...

Senyuman...

:)

Sunday, April 7, 2013

Diari #10 : semuanya ada sebab thing positive

Assalamualaikum...

Subuh pagi ini.

Liat sangat nak bangun. Adoii... kenapa entah. Rasanya sudah buat macam Dr. Fadzillah Kamsah pesan iaitu,


Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: 

"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." 

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

"Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan."

"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur."

Teringat balik apa yang dipost hari tu di facebook. Patutlah orang cakap nak cepat hafal apa yang kita baca kita tulis balik 44 kali.

Jenuh juga kalau 44 kali nak tulis, zaman sekarang pula ada komputer. Rasanya tak ada dah part tulis 44 kali tu. Copy Paste Creadit diri sendiri ada la. Nak glamour. Oh sedih. KKS sungguh. (Kurang Kasih Sayang)

 Back our topic. Tersimpang kelain pula. Maaf.

Di teruskan hajat hati. Bangun utk tunaikan solat. Buat sedikit kelainan hari ini. Lepas subuh pasang radio deras-deras supaya tak ngantuk. Kalau tak nanti tertidur. Lepas rezeki awal pagiku.

Sambil dengar lagu-lagu dicorong radio, teringat miss call seseorang tadi.

Apalah masalah dia ni?

Call pagi-pagi subuh. Aku baru nak bangun. Nak kejutkan aku tidur ke?

Eh, buang tabiat dia nak call aku sebab nak gerak subuh.

Yang aku tahu dia bukan jenis macam tu.

Sebelum ini, call sebab nak sembang kosong mcm ala-ala di kedai kopi adalah.

Rasa nak call balik. Credit pula menghalang. Kosong. Rasanya ada sebab juga Allah takdir credit aku macam tu. Hehe.

Dah lama tak menambah reload. Sebab fikir iman sendiri pon tak pernah nak reload sebanyak tu. Membazir pula nak reload, sbb tak ada siapa yang hendak dihubungi.

Anyway, kalau ada sbb InshaAllah dia akan call balik.

Kalau tak ada sebab aku tahu.

Dia tak akan call.

:)

Abaikan.

Mulakan hari ini dgn melayan anak buah kesayangan.


Wednesday, April 3, 2013

Diari #9 : janji niat aku baik

Assalamualaikum...

100 , 99, 98 days lagi... Ramadan akan tiba.

Sediakah? Bersediakah? (Tanya pada diri)

Terlaksanakan azam awal tahun seiring dengan hari-hari berlalu? Mungkin ada. Alhamdulillah. Tapi, berapa sahaja yang tercapai, berapa % sahaja? Erm... Mampu menunduk kepala termenung jauh. Berfikir panjang and then... lupakan...

Itulah. Perangai buruk. Ambil mudah dalam sesuatu perkara. Tiada kesungguhan. Janji ada.

***

Abaikan cerita diatas. Sebagai pengenalan utk kita berfikir.

Sedang seronok berfikir. Kawan tak, kawan tak, kawan tak. Ok. Aku hanya mahu berbaik.

I know you want friend with me. So, I be your friend.

Tiada niat lain melainkan jalinkan satu persahabatan. Yang dulunya aku lempar jauh sebab kelemahan aku sendiri. Demi menyebarkan yang baik. Aku ambil jalan ini. Sekurang-kurangnya. Aku mencuba.

Tiba-tiba muncul satu tamparan hebat.

Masa ada tak dihargai,
Bila dah tak ada tercari-cari.

Woha!! Tak puas hati aku baca. Apa kena mengena dengan cerita aku dengan cerita yang kau lemparkan ini? Bentak hati. Nak bersuara, tapi dalam masa yang sama masih menjaga hubungan sesama insan. Takut terasa.

Muncul satu babak menambah perisa hati yang sarat kepanasan.

Baca-baca terus terasa.

Terasa? Memang aku terasa. Sebab aku manusia yang juga ada hati dan perasaan. Sedap sangat. Tapi,  berpaksikan mata, hati, perasaan dan akal. Ada beza. Tanpa berfikir menggunakan akal mungkin aku terkandas. Tapi, please... "Saya tidak bodoh nak bermain dalam dunia ciptaan awak." Awak nak bawa saya pergi jalan yang salah , nak libatkan aku dalam dunia war awak? Perang mulut? Awak salah orang. Awak war individu sahajalah. War dengan hati dan perasaan awak sendiri. Good Luck dalam berperang dengan hati sendiri, yeahh!!! 

Alhamdulillah. Aku tak terlibat dlm peperangan dia. Aku dapat kawal. Biarlah. Janji niat asalku to be a good person. Nothing important then that! Be friend. ^_^

Orang tak sudi, dia yang rugi. Aku? Tak ada apa yang merugikan aku. Sikit pon tak ada. 

Awak tak hormati saya, saya hormati awak. Awak menganggap saya cuba ganggu sedangkan awak sendiri tak tahu pucuk pangkal cerita?, saya anggap awak insan yang tersilap, dan bukan lawan saya. dan siapalah saya. Manusia biasa diciptakan olehnya dengan serba-serbi kekurangan.

Alhamdulillah. Dia masih menutup kelemahan saya. Itu pon sudah satu rahmat buat saya. Dengan berlawan dengan awak tanpa tahu pucuk pangkalnya saya rela mengalah. Takut nanti Allah tarik rahmat yang selama ini dia berikan kepada saya.

Saya tahu awak pon mengharap benda yang sama. Agar saya mengalah. He.

Positive.

Be a cool.

Nothing can change me back.

Nice. To all. >‿◠

Saturday, March 30, 2013

Diari #8 : panas dunia

Assalamualaikum...


Time looking back.

World. Hot.

Kepanasan dunia hari ini. Semua org memerlukan satu benda time macam ini. Iaitu Kipas! Cetusan itu bawa aku kepada idea dunia Kipas Comel  . Ada meaning lain sebenarnya. Yang lain, tersirat dan tersurat itu biarlah jadi rahsia. 

Apa apa pon sekarang ini, aku bukan nak persoalkan tentang kipas comel. Aku nak mempersoalkan kepanasan dunia hari ini. 

Cuaca yang tak menentu.

Sekarang! , diluar guruh bunyi bagaikan hujan akan turun. Tapi entah turun atau tidak. Tidak dapat diketahui kuasa Maha Pencipta. Semejak dua ini, selalu saja jadi macam nak hujan tapi hujan tak turun-turun pon. 

Why? kan. *kuasa DIA=ALLAH* Dia lebih mengetahui segala-galanya.

Tapi bila kita fikirkan. Sedangkan kepanasan dunia yang mana hanya diambil dari Neraka sekecil zarah dan dibasuh 70 lautan malah yang tinggal hanyalah sisa-sisanya dan kita tidak mampu menghadapinya. Bagaimana bila kita mati?

Dihisap dan dihitung amalan.

Dosa lebih berat dari Pahala.

Nauzubillah.

:'(

Semoga kita ditempatkan dikalangan org-org beriman. ~Ameen~

Wednesday, March 27, 2013

Diari #7 : dunia

Assalamualaikum...

Melihat dunia hari ini. Berbagai ragam manusia yang kita dapat lihat.

Dari kaca mata kasar.

Yang berada dalam hidayah dari-Nya terus menambah kebahagian yang dimiliki. Berjuang mengapai keredhaan Allah. Berkejar-kejar memiliki cinta-Nya.

Yang masih mencari-cari erti nilai diri, bergerak, berusaha, mencari, dan mula mendekati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka melangkah setapak kehadapan. Satu hari nanti mereka mampu berada sebaris pejuang mengapai redha-Nya.

Namun, hati ini terdetik rasa sedih. Dimana masih ada insan yang berada di tapak yang lama. Ruginya insan ini. Tidakkah mereka rasa? 

Aku pasti dan yakin mereka pun merasainya.

Namun, berada dalam kelompak yang sama seperti mereka tidak mampu mengubah mereka. Mungkin mereka pernah cuba.  Tapi, kecundang ditengah jalan. Atau pun tidak tahu bagaimana mahu memulakan satu perubahan. 

"Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka. Berikanlah petunjuk kepada mereka. Mereka tidak kuat. Bantulah mereka. Hadirkanlah insan yang mampu menbimbing mereka. Kelilinglah mereka dengan insan-insan yang mampu membawa mereka keluar dari tapak lama itu."

Melihat dunia mereka. Terdetik juga dihati, kenapa bukan aku yang membawa mereka keluar dari kelompok itu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku tidak mampu. Lemah. Mungkin hanya mampu memberi kata-kata. Bermain dengan madah pujangga. Tapi, aku takut. Takut aku kecundang bersama mereka. Niat yang baik utk membawa mereka akan bertukar bersama mereka. 

Bukan inginku katakan mereka itu perosak.

Namun, aku.

Aku hanya pemilik iman lemah.

Maafkan aku.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’ad: 11)

Thursday, March 21, 2013

Diari #6 : yang rapuh

Assalamualaikum...

Dalam tak sedar, aku terhayati lagu Rapuh milik Opick. Banyak benda ingin disampaikan. Terasa berada dalam lagu itu. Dimana berkesinambungan dengan hidup aku sekarang. :')

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya
dirimu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

#Rapuh  by Opick

Masa seronok membaca sebuah entry dari akuislam.com bertajuk: Janganlah kamu bersedih ada intipati yang buat aku tersedar. Kalau ada yang biasa bertandang ke blog aku. latest punya blog iaitu Diari #10 : I've been messed up inside . Hari aku tulis itu, terlalu beremosi. Banyak sangat buat aku sedih masa itu. Seriously, aku rasa teruk sangat masa itu. Banyak sangat aku fikir.

Now, new time. Aku dapat kekuatan. Doa aku DIA makbulkan. Dia buka mata hati aku. InshaAllah. Aku yang dulu bersemangat sedang kembali. Mengorak langkah yang baru. Walaupon tetap yang dulu tapi disuntik sedikit kelainan dimana akan berusaha berubah dari masa ke semasa. 

Berubah menjadi kuat dan sentiasa berada pada landasanNya. 

Satu cerpen pendek yang aku jumpa iaitu Aku dan Dia betul-betul buat aku sedar. Walaupon ada sahabat aku ada nasihati tapi entahlah perasaan itu wujud semula sampailah hari ini. Aku betul-betul rasa kekuatan utk hadapi semua ini kembali. Aku betul-betul berterima kasih. Ya Allah. Terima Kasih kerana beri aku kesedaran ini. Terima Kasih. 

Sebahagian dari cerpen tersebut:


“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

Friday, March 15, 2013

Diari #5 : I've been messed up inside

Assalamualaikum...

Banyak sangat yang terluka,

DIA(ALLAH)

mereka, mereka, mereka

dan  aku juga.

Maaf.

Aku tak pandai kawal semuanya.

Tegurlah aku.

Ajarilah aku.

Aku terima.

Sebab aku tahu aku insan yang lemah dan serba kekurangan.

Mungkin terlalu banyak sangat perkara yang merosakkan hati.

Menghitamkan jiwa yang kosong.

Rosak dan kotor.

Perlu diperbaiki.

Perlu bimbingan yang berterusan.

Terima Kasih yang masih setia menemani.

Anyway.

Bukan lari dari masalah.
Tapi untuk perbaiki semuanya.

Time to silent.

Itu lebih baik.

Lagi banyak berkata-kata, lagi banyak pula salahnya.
Lagi  membaca, lagi rasa kebodohannya.

Keep Silent.

InshaAllah ini akan berpanjangan.

hingga

Bila satu saat nanti, aku dah bersedia.

Aku akan kembali. By my self.







Cc: berundur dari sini, seketika.

Wednesday, March 13, 2013

Diari #4 : penantian

Assalamualaikum...

Mata membulat atau sengaja dibulatkan lagi.

Mungkin kecelaruan hati, minda dan perasaan.

Kenapalah masih dikenang benda yang lepas. Please, go away from my life...
Kenangan tak akan pudar dan mudah dilupakan. Tambahan pula ia adalah saat yang paling manis. Maafkan saya wahai diri kerana mengecewakan diri sekali lagi pada hari ini.

Otak dan perasaan cuba cari alternative lain supaya kembali pada asal, kembali mencari diri yang berpijak dibumi yang nyata. 

Ya! aku perlu menyibukkan diri dengan perkara yang mengembirakan diri. Jangan bagi ruang langsung utk berkhayal. Penuhi dengan aktiviti yang lebih baik.

Chaiyok3x!!!

Mula google cari semangat baru. Intipati baru utk dinilai dan diambil sebagai pengajaran utk diri. Ramai mereka yang rata-ratanya macam aku. Mencari jalan pulang. Pulang kepada sang pencipta.

DIA. TUHAN YANG DISEMBAH. MAHA AGUNG. MAHA ESA. ALLAH.

Dan setiap perjalanan akan diberikan pelbagai dugaan, ujian, cabaran, dan rintangan.
Utk apa??? Utk dijadikan motivasi suatu hari nanti. Sekiranya kita jatuh kita mampu bangun dengan sendiri. Tidak goyang dan goyah dengan anasir yang menghasut. InshaAllah.

Dan anasir itu mampu ditewaskan. Namun, kadang kala kita juga perlukan pendamping, sahabat.

Sahabat itu bagaikan "tukang jual minyak wangi", sekiranya dia tidak dpt menjual kesemua minyak wanginya sekurang-kurangnya wanginya mengharumkan org yang bersahabat dengannya.

Sahabat adalah insan yang terlalu dekat dengan diri. Sebab itu, walaupon jauh dekat dihati. Itulah dinamakan ukhuwah sejati, ukhuwah yang dibina atas dasar kecintaan berpaksikan-Nya. 

"Ukhuwah Fillah Abadan Abada."

Splash!!! splash!!! splash!!! *darah*

Nyamuk's (terlalu banyak) yang tadi berterbangan riang ria mati ditanganku. Lamunan yang tadi terhenti. Sesi bermuhasabah diri sebelum melelapkan mata terganggu.

Ada hikmahnya. 

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Cukuplah dulu utk hari ini. Esok adalah hari yang penting. Perlukan tenaga dan persiapan diri yang lebih baik.

*offline*

Esok adalah penantian yang penuh dengan tanda tanya. Siapa? Bagaimana? 

#Lecture Observe-ku (Latihan Industri)#

Sunday, March 10, 2013

Diari #3 : hidup

Assalamualaikum...

*sila baca dengan penuh perasaan dan nada yang sesuai*

Bestkan hidup macam kucing! kan.

Lapar je. Meoww...meoww... erm...

Bila penat tidur. Zzz...

Bila sihat bermain. Melompat sana sini.

Tapi seronokkah dia?

Entah.

Bahagiakah dia wahai si kucing?

*siasat*

Itu ke dipanggil life? Hidup tanpa tujuan.

Itulah dunia si kucing.

Kalau kita berfikiran sebegitu ruginya kita. Bodoishnya Titeww.

Lagi bodoish sebab Allah beri kita akal utk berfikir tapi kita tak gunakannya sebaiknya.

*sedih*

please~ awak! awak! awak! and remind me too.

Kita adalah manusia.

Setiap kita ada tanggungjawab.

Sedarlah diri.

Kita perlu bersyukur kerana didunia ini kita adalah manusia.

Diangkat darjat oleh Nya iaitu,

Manusia yang dilantik menjadi khalifah.

Tapi, kita kena ingat.

Besarnya tanggungjawab itu.

Sila rujuk ini: Notes kepada siapa tidak tahu.


Kehidupan itu ialah satu tujuan setiap insan yang bila susah dia minta pada sang penciptaNya. Merayu-rayu diberi sesuatu yang dikehendaki. Menangis-nangis malu kesilapan yang dilakukannya. Bila senang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Bersujud kepadaNya.

Apa apa yang berlaku base kpd PENCIPTA kita.

Aku harap akulah insan seperti itu.

Berubah menjadi hamba yang sentiasa memerlukan Nya.

Tiada yang lain.

hanya DIA.

ALLAH.