Showing posts with label USM Kerian. Show all posts
Showing posts with label USM Kerian. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Latihan Industri #14 : Feel Free~

Assalamualaikum...

-mereka-

Wish one day , I will meet them again. Crazy friend make my life really perfect. Thank to Allah temukan aku dengan mereka. :')  

#Penyu #Hippo 

Kemarin adalah last day untuk semester 6 (Latihan Industri) . Semuanya selesai kemarin. Pendaftaran Tamat LI, presentation, dan hantar. Totally, semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah di observed oleh lecture yang tak banyak kerenah. 

*gambar oleh penyu*

Report tebal mana? Fuyoo... Aku pon tak sangka report aku setebal tu!~ First time aku rasa aku mengerahkan totally otak aku berkerja mengarang ayat-ayat madah berpunjangga macam tu... Hehe... Terasalah pengorbanan mengadap depan laptop tu, tak sia-sia. Nak tunjuk memang tak adalah dalam gambar. Mampu cakap m/s180 rasa-rasa tebal mana? Haha. Tapi bagi aku report aku tebal dengan Lampiran sebab banyak sangat benda nak tunjuk. So, report tu hanyalah 1/2 dari tu... Maknanya tak lah banyak mana kan. :D

Okey, ini adalah last post cerita pasal LI. Jadi dekat sini aku nak cerita time perpisaha dekat tempat LI. Seriously, tempat LI aku pergi ni sangat best dan awesome. Staf-staf yang peramah buat aku... Arrrh... syg nak pisah dengan semua. Tambah-tambah penyelia yang sangat memahami dan baik hati serta sangat senang bertukar fikiran , beri pandangan dan tak kedekut ilmu. Diri rasa amat bertuah dapat LI dekat Jabatan Pembangunan , USM Kampus Kejuruteraan.

*pelajar LI bersama dengan penyelia aka kak ina yang sporting*

Dan sekarang ini aku tengah join Program 3P. Aku nak explain lebih-lebih aku sendiri tak berapa faham sangat konsep program ini. Yang pasti program ini menambah kemahiran pelajar. Akan diajar dan uji (test) dan sekiranya layak , kita akan dikurniakan sijil kelayakan dengan kemahiran kita belajar. ^_^ Masa hanyalah 1 bulan dari sekarang. Tapi sekarang ini, budak kelas aku hanya enjoy sebab kelas bermula minggu depan. 

So, aku sekarang memang Feel Free... #FF

Wednesday, May 1, 2013

Latihan Industri #13 : Labour Day 2013

Assalamualaikum...

Selamat Hari Pekerja. Ucapan ini dituju khas kepada diri sendiri. Ace ce ce.. He. Tak lah ucapan ini khas dituju pada my Mum. Walaupon hari ini, hari pekerja kerja mak tak pernah habis. Dari pagi sampai malam. Dari malam sampai ke pagi. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik. Selalu. Dan hanya Allah dapat membalas budi mak. Sebagai anak mak, firah dapat doakan semoga hari-hari mak lalui adalah hari yang terbaik. Dan semoga mak dimasukkan dengan orang-orang beriman. Ameen.

Dan ucapan ini juga pada pekerja yang bercuti. As student practical kami pon dapat keistimewaan ini. He. Terasa seronok bercuti walaupon hanya sehari. Hi. Esok back to work dan lusanya adalah hari terakhir ditempat kerja. :)

Dan juga pada keuntungan ini diterima juga kepada pelajar-pelajar. Sebab cikgu cuti. So, murid pon cuti. Tak ada cikgu yang nak mengajar. Walaupon begitu masih ada insan yang sedang bekerja. As a DJ radio. Kedai makan. Pekerja Super-Market. "Selamat Hari Pekerja". Selalunya mereka yang bekerja pada hari bekerja didouble kan gajinya. Hehe. So, jgn lupa belanja erk. hahaha.

Okeylah, orang lain sibuk dengan melepak didepan TV. Aku terpaksa berdepan dengan laptop!~ Sebab aku tak siap lagi "Final Report".

Last, Selamat Hari Pekerja. dan Selamat menyiapkan report!~ -.-

p/s: kerah otak utk final report dan bersedia dgn speech utk hari last nanti... OMG

Monday, April 29, 2013

Diari #12 : Superhero!~

Assalamualaikum...

Krohh... krokh... krokh...

Perut bunyi tanda lapar teramat sangat.

Akhirnya, petang itu aku decide tekad! dalam hati.

Semasa keluar menuju ke tempat meletak moto. Tangan menyeluk saku sambil meletakkan helmat diatas tempat duduk moto.

Ktoot!

Astagfirullah...

Tangan mencapai helmet yang terjatuh. Dalam hati berbisik. *... Sudahlah aku kebulur. Jatuh pula helmet tengah syiok menikmati coki-coki ni.* Mulut sambil mengungkapkan kata Bismillah...

Aishhh... nafas dilepaskan...

Laju sahaja helmet dipakai. Lalu dihidupkan engine. Keluar dari tempat letak moto menuju ke jalan besar. Sambil mata melihat sekeliling macam rasa diri dipandang dan diperhatikan. ??? *getus hati why???

Tiba di lampu isyarat. Rasa diperhatikan itu makin bertambah.

Err, mamat dalam kereta disebelah aku ini pon tengok aku atas bawah.

Dalam hati "Helo... salah ke aku makan coki-coki? Aku ikut sunnah kot. Masih duduk dan sebelum aku makan tadi aku sudah baca bismillah."

Oh. Tuhan.

Lampu isyarat sudah bertukar warna. Hijau.

Aku memecut laju moto dibawa dengan hati bergembira. Moga coki-coki yang aku tengah gigit dan bergantung dimulut tidak jatuh. Itulah satu-satunya Superhero!~ perut. Sebelum aku tiba ke rumah.

─‿‿─


Thursday, April 25, 2013

Latihan Industri #12 : 1 weeks more

Assalamualaikum...

About 1 month ago... Haha. Lama tak. baru aku berkesempatan nak cerita. dan sudah lama aku tak update cerita aku dekat Jabatan Pembangunan. Menyepi seorang diri disini. Dengan ketandusan idea menyebabkan aku hilang punca untuk bercerita. Ini pon take time masa kerja. Stress dengan sistem tengah dibuat.

Actually aku tak tengah buat pon. Mentang-mentang penyelia tak ada. Kitalah boss utk hari ini. Esok nak kena presentation Sistem. Err...

Okey start dari sebulan lalu punya cerita. 

Awal bulan 4. Kami sekeluarga keluar berkelah. Akak and husband dia. Dan Ali Husaini. Mak, Adik dan Aku. Sebenarnya atau sepatutnya ada gambar tapi, photographer a.k.a aku excited terjun sungai lupa tugasannya. Hihi. Sorri to says~~~

Week ke-2 , aku penuhi life aku dengan melukis a.k.a "trace" picture sebenarnya iaitu my best friends. Eani. Untuk sambut birthday dia. Dan minggu merancang utk mengenakan prank wish. Hihi. Seriously, part paling sedih adalah video-video kenangan yang diulang kembali dibuat oleh fatin. Dan part yang pasti tak dilupakan ialah "tepung". 


kek birthday, my present? rahsia~

Hepi Birthday Eani. Happy Birthday Sahabat. Happy Birthday my bestFrenz 4 Eve.

dan week lepas,  presentation Sistem yang tengah ditambah baikan iaitu SISTEM SISPRO pada Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai tertentu. Dengan rasa cuak tahap Cipan akhirnya terbentang juga presentation. Hehe. Totally diorang amat cool and awesome. Taklah se- "stress" menyiapkan sistem. Masing-masing bagi galakkan dan cadangan yang bernas. Walaupon menyusahkan. Haha. Mesti pening membaca. Abaikan.

Dan this week adalah minggu ke-2 terakhir dijabatan pembangunan. Perasaan? Tak sabar nak meninggalkan zaman diploma. Hehe. Aku nak jadi budak degree plak please~~~ XP dan ada rasa sedih juga nak tinggalkan tempat ini.

Bye~ bye~ Kak Kak yang sporting~

Masa study adalah masa paling best sebagai seorang pelajar!

How about as a worker? - Stress Life~

Kan.

Okey aku mmg tak ada main point nak cerita dekat sini. As people , as a student, as a worker , as a teacher one day, and maybe as a programmer... As a malaysianas tersasul plak Malaysian and As soon as possible...

Malaysia is my beloved country.

"Selamat mengundi."

Hak mengundi hak saya!. ◠◡◠ #PRU13

p/s: aku sudah layak mengundi. tapi tak daftar. Hi. Opss!~ biru tua? biru muda? hijau? ke roket?


Undi anda adalah rahsia.

Sunday, March 31, 2013

Latihan Industri #11 : best week (1 month)

Assalamualaikum...

Last week, week paling seronok berkerja di Jabatan Pembangunan. Rasa sedih pula, tinggal sebulan je lagi di sini. 

Tapi, perjuangan tetap perlu diteruskan. Demi mengejar cita-cita. Oh, Yeahh!!! 

Apa yang seronoknya. Banyak part projek Sistem SisPro nak disiapkan. Dan banyaklah juga ilmu baru dipelajari. Walaupon menggunakan new language (Asp) , alhamdulillah rasa faham sangat. Mungkin sebab rasa minat plus tanggungjawab/ amanah yang diberi.

Projek Mobile Apps sepatutnya dah mula minggu lepas. Tapi, nampak gaya macam... Huhu... Hanya kami-kami mengetahui.

Last week juga aku ponteng kerja. Bukan ponteng lebih kepada minta permission dari penyelia(Kak Ina). Untuk pergi minta sign KJ surat-surat UPU di Politeknik. Lagipon, Kak Ina pon tak hadir masa hari aku tak hadir. Bertuahkan! Cuti at the same time. Lalala...

And part paling best kami berturut-turut keluar sama-sama hilang ketiga-tiga kami waktu yang sama. Hehehe... *menghilangkan diri* . Selasa-Rabu-Khamis

Sebab yang first pergi makan lunch sama-sama dekat KFC. Balik sampai pukul 3.00 Hehe... Sepatutnya masuk pukul 2.00. Masa ini, Kak Ina tanya kami semua hilang pergi mana. 

Yang ke-2 dan ke-3 kami pergi PC Fair, pukul 3.00 keluar mentang-mentang Kak Ina meeting kami buat kepala. Hehe... Masuk balik pukul 5.00 , pukul 5.10 balik. Haha. Suka! Grab MP3 Biru satu. RM50 (BaucerBuku)

Anyway, semua ini Kak Ina tak tahu. Minta-minta buku laporan kelakuan bersih. Hehe. Dan week lepas juga Kak Zah staf Jabatan Pembangunan masuk hospital. Stress maybe. Sebab kena change Jabatan. Kesian tengok Kak Zah. Hope cepat sembuh Kak Zah... 

Selain Kak Zah yang kena tukar, En.Man yang duduk sebelah aku and Mira. En. Man sporting! 

Ingat lagi masa Timb. Pengarah cakap, "semua yang diminta pindah Jabatan minta saya halang, diorang isi surat tinggal En.Man je tak. Haha."

Bila part En.Man berucap kata-kata akhir, "Saya bukan tak nak isi, saya mengikut perintah." Hehe... berderai ketawa dalam majlis perpisahan staf tu...
(En.Man and Timb.Pengarah)

Yang Kak Habsah, setiausaha Timb.Pengarah pon sporting. Tapi dia dah nagis-nagis dah masa berucap buat kali terakhir. Sedih. Sebab dia banyak sembang dengan kami. Tanya macam-macam. Like, ibu kami pelajar LI. 

(Kak Habsah and Timb. Pengarah)


(Ucapan Akhir buat sahabat Kak Habsah)



Tapi dia ada rahsia, dia cakap 1 April dia ada lagi. Dia minta tangguh. Bulan 7 tak salah baru dia pindah. Semua orang tak tahu. Only budak practical. Hehe. Pandai kak Habsah sorok. Hehe...

Apa apa pon Good Luck Kak Zah, En.Man dan Kak Habsah. Bye-bye. Hope jumpa lagi.
(antara wajah-wajah duka semasa majlis perpisahan)


(pengerusi majlis, En.Iskandar)

(wajah sedih Timbalan Pengarah)

(time paling best after majlis perpisahan. makan-makan.)

Esok bermula kembali kerja. Cuti Weekend ini rasa panjang pula. Maybe sebab banyak benda berlaku. Hope, sebulan yang tinggal akan di timba pelbagai ilmu yang hendak diajar. Success for my life.

Final Report Time! Jurnal Time!

Monday, March 25, 2013

Latihan Industri #10 : Campus Walk be Campus Cycling

Assalamualaikum...

Campus Walk bertukar kepada Campus Cycling. Sepatutnya entry ini dipost masa 21/03/2013. Tapi sebab kekangan masa jadi hari ini baru dapat update. 

Bersempena hari Jom Masuk Kampus. Lepas waktu berkerja 5.30p.m. Kelab Pembangunan , Jab. Pembangunan Kampus Kejuteraan, USM menyertai pelancaran Campus Walk yang diwajibkan setiap jabatan mengadakannya. Tapi berlainan yang berlaku bila campus walk bertukar kepada Campus Cycling. "Berbasikal mengelingi kampus kejuteraan". 

Perasaan menyertai bersama staf-staf Pembangunan yang sporting memang buat tak kering gusi. Seriously! Syiok Giler~ Dengan Timb. Pengarah , penyelia dan juga totally staf pentadbiran turun padang. Seronok sangat. Bertema biru.

Tapi sorry kami berlainan warna. Huhu. Selebihnya biarlah gambar menceritakannya detik-detik indah. ^^


pilih-pilih basikal mana-mana pon boleh~


kump. di garisan permulaan


penyelia a.k.a kak ina dan kak zah


en.iskandar


ketua berbasikal. "follow me"


aksi santai baru round 1


kayuhan angin~


keselamatan perlu dijaga. org besi!


Ali Baba punya basikal with his son Semangat! 


aku bertudung n berbaju hijau ^_^


pon nak cuba basikal Ali Baba~


round 3 maybe~


ini wajib ada dalam setiap episode gambar~ Lalala.


abg saipol ckp : jangan tiru aksi ini di jamban~ -..-


kak zah peace~


kak habsah hai~~~


en.iskandar yang belakag sekali tu~~~


yang ini tak tahu (salah track maybe)


tuan haji (timb. pengarah) bangga berada dibarisan hadapan ^_^


akhirnya full round 3~


second last picture before bersurai (formal)

aksi bebas ... Hoyehhhh!!!! 

p/s: bersemangat menulis entry kali ini. bersama sepinggan maggi by husni a.k.a adik ^_^ "budak sekolahkan cuti" time to buli-buli... kan. ??? Hahaha.

Wednesday, March 13, 2013

Latihan Industri #9 : feeling

Assalamualaikum...


Feeling well after presentation pagi tadi. *Alhamdulillah*. 

Tepat pukul 11.00 pagi, lecture observer practical datang. Lepas dapat panggilan pada hari isnin lalu. Aku memang dah bersedia sangat-sangat. Dari segi mental dan fizikal. 

Tapi entah mcm mana cuak pula pagi-pagi tadi. Menunggu dgn penuh berdebar-debar nasib dpt guideline dari Ain. TQ feel ok sikit. Heboh pula satu Unit Pentadbiran,Jabatan Pembangunan kata lecture aku datang mcm nak sambut menantu. Haha... Seriously, lawak. 

Bila dapat call dari Cik.Norasiah terus cepat-cepat bagitau penyelia dan aku pergi dekat lecture observe sambut terus bawa masuk meeting room. Huhu.  

Yang aku cuak sangat tu, bila kak ina a.k.a Penyelia cakap Tn.Hj. (Timb. Pengarah) nak join sekaki. LTapi rupa-rupanya sekejap saja Tn.Hj. lepak dengan kami. Lepas kenal-kenal terus dia undur diri. Lecture yang datang sporting dan puas hati. Tiada masalah. Syukur sangat.

Lepas presentation, bual-bual kosong and then jamu selera. Kemudian diorang pon bergerak. Katanya nak observe pelajar PSP di USM  yang ada di Jabatan lain. Tak diketahui pula aku. Huhu... 

Last, feeling aku bunga-bunga sakura lepas lecture tinggalkan kawasan Jabatan Pembangunan. Seronok dah settle.


"Good Luck", said them to me. (Lecture Observe)

p/s: aku rasa entry kali ini, terlebih yakin sila kutuk aku. Ini semua poyoss~ 

Saturday, March 9, 2013

Latihan Industri #8 : Photoshoot USM

Assalamualaikum...

Kampus Kejuteraan, USM. "Universiti dalam taman". 

Cehh, ayat aku  tak ubah macam promotion Universiti. Hihi. Abaikan. Sekarang ini aku nak cerita fasal photoshoot yang kami dikehendaki berlakon macam pelajar Universiti disini. 

Hoi! Jangan main-main ini pon salah satu bidang practical!. Jangan tak tahu. Lalala... Tengok senang je bila model dalam TV plus majalah.  Tapi tahu tak susah kot. Kena buat muka "intelligent"  plus senyum macam "Jang Keun Suk".ᵕ‿‿ᵕ 

Tapi kat sini picture tu tak ada. Huhu... Sebab picture tu diprivatekan utk kegunaan USM. Kira diorang ada satu misi hendak dilaksanakan. So, apa boleh buat layan picture yang ada. Yang di ambil oleh photographer professional iaitu Aeman Mikael . Boleh juga tempahan utk wedding. 

*klik gambar utk penglihatan yang jelas*


picture ini aku jangka akan ada gossip panas


*available*


*sold out*


*sold out*


HAAHAHAHA! See. Available. Sold Out. Sold Out. Okey.

Memang berani mati punya entry aku buat. Minta maaf awal-awal.

Maaf ◡‿◡.

Thursday, March 7, 2013

Diari #2 : hujan

Assalamualaikum...

Sepetang bersama tea. Slurp... Suam-suam kuku. 

*hanya hayalan*

Aku masih berada dibumi USM. Hujan lebat mcm tak nak bagi aku balik lagi. Huhu. Sedih. Sambil menunggu cuaca diluar kembali cerah. Mulut melafazkan : " اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا, Allahumma Shoyyiban Na’fian"

Maksudnya: "Semoga hujan yang Allah turunkan ini adalah hujan Rahmat". Hujan yang diberkati. Maknanya diturunkan utk kebaikan sekian alam. Bukan sia-sia. Contohnya, hujan yang diturunkan utk menyuburkan tumbuh-tumbuhan. hujan yang diturunkan utk suhu yang sekarang ini memuncak tinggi. Panas. 

Alhamdulillah.

Bersyukur sebab Allah kurniakan hujan. Penyejuk bumi yang semakin panas dengan dosa-dosa penghuninya. Alhamdulillah.

Hujan semakin reda diluar. 15 minit. Walaupon seketika. Terasa sejuk udara diluar. Masih renyai-renyai manja, aku terduduk memikir bahaya pulang sekarang atau pon tunggu sebentar?

Nak balik, redah hujan renyai-renyai atau tak ini?

Dalam perjalanan pulang mana tahu rencana Allah. Apa-apa pon suratan darinya.

Redha.

Aku redah demi menahan kelaparan memuncak.

Kroahhh...kroahh..kroahh.. *bunyi perut minta diisi segera*

Bismillahirahmanirahim. 

.....Brooom.....

Terlihat kelibat motor merah keluar dari kawasan USM itu.

*InshaAllah kembali keesokan hari*

Wednesday, March 6, 2013

Latihan Industri #7 : Menunggu... (8 weeks to finish)

Assalamualaikum...

Nice day today. Happy and bersemangat gitu. Hehe. Tak lah sampai melompat-lompat. Cukuplah sekadar. Alhamdulillah. Sampai sahaja office tempat LI switch on computer duduk sekejap  type password on twitter type status. "Aku sharp sampai pukul 8.00 pagi". Berdedikasi gitu. Haha. ≧◡≦

Tapi bukan itu yang aku menunggu dan ditunggu-tunggu. Yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Pasrah beliau tidak hadir hari ini. Hehe. Sebenarnya seronok. Lecture observe tak call atau tak ada hits kata nak datang. Kalau ikutkan kebanyakkannya dah diobserve. Mungkin sebab aku dekat. Waiting dengan penuh sabar plus berdebar. So, dengan semangat pagi melambung aku buat slide power point utk sambut mereka nanti. Itu pon atas permintaan penyelia. Katanya memang adat di Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuteraan USM sebegitu. Kalau lebih lagi siap dengan dijamu air + makanan-makanan. Haha. Rasa geli hati dengar. Kikih. (Adat menyambut tertamu) "Yang disambut jangan lupa bawah buah tangan." (datang suara jahat dalam hatiku) Hehe. ᵔ.ᵔ

Settle je buat power point, aku move buat aktiviti harian aku. Tarra... Online Services Facebook, Twitter plus Blogwalking. Dalam seronok beronline aku jumpa satu status ini. Stalk stalk stalk. Then jumpa ada link blog. Klik terus buka new window. Baca baca baca. Tup! Terkedu. Air mata mengalir syahdu. 

Ehh... Tengok kiri kanan. ¬‿¬ Takut ada dalam pejabat ini perasan. Kang jadi bahan lagi. Huhu. Kenapa aku ni? Tanya diri. Sumpah satu entry dlm blog tu buat aku mengalir air mata. Penulisan bersahaja. Setiap yang disampaikan ada nasihat yang ingin disampaikan. Yang buat aku tersyahdu mungkin aku menghayati. Tapi itulah kebanyakkan entry dia buat aku berfikir dan menilai satu satu bait (kata) yang ingin disampaikan. Satu ayat yang buat hati aku sentap. ─‿‿─


*klik utk ke blog beliau*


"... Bila seorang manusia mencintai ALLAH. Kemudian ada seorang lagi yang turut mencintai ALLAH, maka kedua-dua hati tersebut boleh bersatu atas dasar cinta yang sama. Tak ada istilah cemburu or what. Tapi akan ada rasa utk saling membantu supaya sama-sama dapat raih cinta DIA lebih lagi. Lagi ramai, lagi meriah, lagi bahagia. Tak ada war pun. Kalau ada pun, war of love. Berlumba-lumba kejar cinta DIA. How sweet??? ..."

Time aku baca, aku teringat zaman disekolah menengah dulu. Eratnya kami saling tegur menegur. Saling ingat mengingati. Tapi itu dulu. Tarbiah diri itu aku dah lama tinggal. Pilu rasa hati sebab melepaskan apa yang dikecapi dulu. Orang semakin bertambah baik. Aku? Hmmm... melepaskan rasa... Macam mana aku nak kembalikan tarbiah diri itu? Siapa yang dapat mendorong aku? Macam-macam terkeluar dari kotak fikiran. Rasa penat berfikir. ╯﹏╰ Tak dapat nak loading apa yang ada dan terbuku didada. Rasa nak jerit biar satu dunia tahu aku tengah bermasalah. Tengah jatuh dan terselindung dari mata dunia. Tengoklah aku. Tegurlah aku. Bantulah aku. (terbuku kaku keras dikutub utara

Stop thinking pasal diri. Aku kembali ke alamnya.  Sesekali diri perlu rasa ditarbiah. Baru rasa nak move on. Kepada blog beliau En.Mato  aku buat sebagai pin tab plus blog pilihan. Akan berkunjung lagi. Mentarbiahkan hati yang sudah lama karat. Mencari diri yang dahulu. 

Tiba-tiba kak ina (penyelia) hantar YM, terhenti lamunan. Kak Ina minta masuk office. Muka cuak. Sebab tak pernah-pernah dimintak masuk personal dan duduk dia nak tanya sesuatu. Ehh, buang tabiat ke apa penyelia aku hari ini. Lecture aku call dia ke? (check phone aku tak ada pon msg atau miss call) Dengar dengan teliti apa penyelia sampaikan. Bla bla bla... Kesimpulan dia just minta pandangan tentang tempat LI sekarang. Ok or apa-apa je. Mungkin ada tak puas hati. Hehe. Is okey kak ina. Tak ada apa kot. Just Asp.Net (Sistem SisPro) saja aku tak paham. Dalam ddk bersembang dia kata dia tak ada masalah dengan aku sebab dia percaya aku boleh buat tugasan diberi dengan baik. Hehe. Malu sorang-sorang. 

Keluar office penyelia. Tergelak. Cuak sangat ke muka aku tadi??. Elok sangatlah muka lepas tarbiah diri sendiri tadi. Annoying  ᵕ‿‿ᵕ apa muka aku tadi. Maaf kak ina. Kena faham muka aku yang annoying tu bila aku serabut berfikir. Kakah. Duduk tempat sendiri. Tutup semua laman social focus sistem yang tengah dibangunkan. Rasa bertanggungjawab bila ada orang appreciated dgn kita. Risau juga aku tak dapat jalankan tanggungjawab itu dgn baik tanpa mengharapkan penghargaan tapi rasa tanggungjawab seorg pelajar. 

So far, serabut sikit dengan Sistem yang tengah dibangunkan ini. SisPro. Tadi dekat kak ina ada mengadu juga pasal masalah tentang sistem ini. Tapi tak apa, dia sedia membantu. Ekk?  Banyak sangat user dia. How aku nak selesaikan. Mohon dibantu oleh partner. #Hopefully

Okeylah aku out.  Aku rasa ini entry aku yang sangat panjang. Tq. pada yang membaca dgn penuh bersabar. Hehe. Entry mungkin boleh dikategorikan sebagai luahan seharian seorg yang membuang masa. Haha. Erm...

Aku harap kita boleh menjadi insan yang saling ingat meningati sesama kita

Sama-sama kita, kejar cintaNya.

Wednesday, February 6, 2013

Latihan Industri #6 : hello kitty punya pasal

Assalamualaikum...

6/ Februari/ 2013 (rabu), Hello Kitty comel desktop jadi bahan budak-budak pejabat ᵕ‿‿ᵕ hari ini. Rahsia terbongkar bila PC kena kena stalk oleh abang Saiful suami Kak Ina (Penyelia) Gelaklah gelak lah...

Staf-staf yang suka biggest kan cerita , terpengaruh dgn eyla punya hari tu yang masa aku bagi dia picture dekat twitter saja lah try guna dekat desktop tapi sekali kena bahan. woii.. I just try it!. Nope like it very much just sebab cute save buat simpanan dlm library. Hew3x.

Hai seronok dia mentertawakan... siap dia abg saiful snap picture PC aku. Sah akhir akhir dekat sini nanti masuk dlm slide perpisahan. Bukan boleh harap sangat ni.

Hari tu, kami geng-geng praktikal pakai baju sama warna. Erm, dia dtg cakap buat boria ke? Nasyeed ke? Ada je... Sebelum ni kami tak perasaan ada satu masa tu kami pakai baju merah, kuning, hijau. Sekali bila kami jalan dia berhenti. Kami heran. Lepas itu dia cakap. Traffic Light. Cehhh~~~




*semuanya ihsan google, byk lagi ni hanya beberapa*



nice kan salah ke aku simpan??? ᵕ‿‿ᵕ




p/s: tengah fikir nak change atau biarkan???  ╯.╰


Friday, February 1, 2013

Latihan Industri #5 : brainwash RAM

Assalamualaikum...

Minggu ke-7, Jabatan Pembangunan Kampus Kejuteraan USM. Mesti sudah tahu siapa yang tahu , yang belum tahu sabar ye cek nak cerita la niy. ^_^ *loghat penang* Huhu... Okey masuk hari ini sudah 7 minggu lagi berapa minggu ye tinggal Huhu... aku tak pernah ambil tahu yang pasti sampai 3/Mei/2013 baru tamat praktikal aku dekat sini.

Okey, back pada tajuk. Haah tadi aku buat experiment dekat CPU aku means CPU yang dibekalkan pihak USM utk pelajar praktikal mcm aku ini. CPU aku suka problem bila start nak ON. Tension juga aku.  Rasa nak hempok-hempok saja. Rasa gatal je tangan aku. HAHA... At last bila buat aduan dekat penyelia , aku sendiri tercadangkan tukar RAM. Hoho...

Sebab? Okey problem utama dikesan bila CPU asyik bunyi bippppppppppppppppppp (panjang) dan berulang. Cisss! Bising dipagi hari yang mulia ini. (Jumaat) So, penyelia bagi RAM baru tapi tengok-tengok *haiyaa,mana itu RAM yang sama jenis, tarakk ma...* Jadi geram juga dibuatnya bila CPU dah dibuka slot RAM cardnya. Tapi nak gantinya tak ada. kecewa disitu. Dlm hati kata tak boleh jadi niy, nak guna komputer hari niy. (setiap hari aku guna)

Sekali aku teringat abg yang selalu aku pergi dekat dia format laptop (Kedai PMI) cakap kalau mcm masalah aku just cuci RAM. Katanya maybe habuk dan tak bersinar??? Hoho... mcm tu ye. Jadi aku pon dengan tenaga dipagi hari pon buka bag cari pemadam. Mula mengosok-gosok slot RAM card tadi. Siap kau aku kasi sinar300000x *sinar FM* HAHA...

*pinjam gambar google*

Dan akhirnya, alhamdulillah aku berjaya menghidupkan kembali CPU yang tidak berfungsi itu. ^_^ Experiment berjaya!

SUCCESSFULLY 

p/s: bukan hanya utk komputer, laptop pon boleh yerk...

Tuesday, January 29, 2013

Latihan Industri #4 : partners of membership

Assalamualaikum...

*gambar semasa kelas iPad*

Yeah!!! 1 bulan 2 weeks nak berlalu pergi dah... Walaupon practical ni ada yang best dan tak best. Yang part suka kita tetap keep the memories dan part yang buruk tu kita buang jauh-jauh. Boleh tak macam tu? Hehe...
buang yang keroh, ambil yang jernih.

Anyway, kali ini nak story my members dekat sini Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuteraan USM. Kami iaitu aku , amira dan arif. Ketiga-tiga kami akan bergabung semua projek yang ada dekat sini. Kononnya bersatu hati gitu. :3 HAHA... masing-masing buat muka annoying gitu.

Bagi aku setia kami ada kekuatan masing-masing. Sebab itu, walaupon kami tak serapat mana tapi as a team kami kena ada cnnection baru kerja cepat selesai. Amira, budak PUO, semester 4 dan asal Johor. Always balik bila time cuti panjang. Lepas itu akan meninggalkan kerja-kerja beliau dekat kami yang berhati mulia yang suka membantu. -__- He.. Tapi, dia seorang yang baik hati okey. :)

Arif, terlalu awal utk menilai yang pasti akan membantu sebab dia seoang yang cekap dlm menyiapkan kerja-kerja disini dan pernah berlaku kes membuli beliau. HAHA... Opss.. :D dia dari Kolej Politek Mara Ipoh (kalau tak salah) dan sama mcm aku dia jugak semester 6(akhir).



nampak tak  baju biru tak tolong angkat just tgok2 je.. 
sapa yang mengankat??? HAHAHA...

p/s: guna camera iPad + kamera jabatan, kamera aku??? T_T please ... sedih~

Friday, January 11, 2013

Latihan Industri #3 : 31 days

Assalamualaikum...

(Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuteraan)

Pejam celek pejam  celek, dah sebulan sudah rupanya aku praktikal di USM Transkian ni. Macam-macam berlaku, pergi balik naik motor berapa kali aku hampir hampir join accident. Sebenarnya aku dah  accident dah.. -"- Er, kalau nak cerita dekat sini lebih-lebih aku rasa macam tak sesuai. Nanti ada stalker y cerita dekat mak aku. Huhu... Bukan kisah aku tipu mak aku, tapi aku risau mak aku tak bagi dah naik moto sebab risaukan aku.  Aku accident ondway pergi praktikal. Apa-apa pon. Alhamdulillah, tiada apa-apa berlaku atas diriku setakat ini. Amin~ *terima kasih dekat pakcik y pernah tolong angkat moto  aku tempoh hari* kalau nak harap aku yang angkat memang boleh jem lah dekat lampu isyarat tu berat giler moto tu. -cerita ini perlu di stopkan- :P

Yang pastinya sakit-sakit badan tu, memang sendiri tanggung ler. Tapi demi diurut-urut oleh mak aku sebab rasa sengal accident tu, aku terpaksa membuat cerita aku sendiri. Salahkah aku??? Aku betul-betul risau kalau aku cerita, sure mak aku tanya macam-macam dan beliau akan buat statistik sama ada nak lepaskan aku terus naik moto pergi sendiri ke tempat praktikal  atau mak aku yang akan hantarkan. Bukan aku tak nak mak aku hantarkan, tapi mak aku pon kerja. Jadi aku tak nak menyusahkan. -"- Begitu rasa bersalah. "Ya Allah ampunilah aku."  Apa-apa pon aku berdoa semoga aku selamat sahaja disini. Lagi 5 bulan utk aku tempuhi. InsyaAllah.

Hehe... Mesti korang fikir aku rider tengah jalankan. Negative je korang fikirkan. Hihi... aku mengaku  aku memang bawa laju. Bukan tak sayang nyawa, cuma nak cepat. Kalau masuk lambat kerja di tempat aku setakat 5 10 minit staf-staf dekat sini okey je, tapi segan la. Aku just student praktikal. Lagipun kita kenalah jaga attitude, jaga disiplin itu barulah cara hidup orang Islam. Bak kata pepatah masa itukan bagai emas. :) *pandai org tua-tua dulu buat peribahasa* Hew3x :3


( sambil menaip sambil makan cekedi mak cik kat tempat LI tadi bagi )


Kesimpulannya, aku perlu lebih berhati-hati dengan sifat cuai aku ketika menunggang lebih-lebih lagi apabila musim hujan sekarang. Jalan lincin tayar goyang aku kecundang. AHAHHA, sempat lagi menabur pantun. Pesanan ikhlas dari hatiku.

Sayangilah orang tersayang.

Monday, December 24, 2012

Latihan Industri #2 : The Industry Training World

Assalamualaikum...

Urm, aku pon tak tahu macam mana nak cerita feel aku dekat sini. Huhu... Ada yang best ada yang tak best. :) Biasalah tempat baru la katakan... Masa mula-mula datang pergi pejabat pendaftaran, Unit Pentadbiran, USM tu cuak jugak la. Tak tahu nak pergi bilik mana. Banyak sangat dekat situ. :D ( Asal besar sgt tempat ni.. ) mcm tu la perasaan aku. latest aku cakap pak guard depan tu jadi mangsa mmg aku buat :P >latest entry< Aku just tanya. and pak guard budiman tu pon tunjuk... *ty*

Semasa daftar tu macam-macam lah soalan-soalan akak-akak and abg-abg kat situ. Gaya mcm dapat adik baru... :P Lawak! Hehe... seronok dpt adik-adik agaknya... maybe anak tunggal... :) Lepas tu diorang bahagikan kepada jabatan masing-masing dimana aku stay sekarang. Aku dapat Jabatan Pembangunan. Mula-mula tu fikir sedih jugak tak dapat Jabatan IT (Unit PPKT) tapi bila dah masuk dekat sini. Alhamdulillah la, best kak-kak kat sini OK and mesra gitu~~~ Masa daftar ni, ada jugak terserempak dengan pak menakan. Tak caya buat muka sombong dia. Huhu... Tak kisah, bila balik mak cakap Pak Menakan tu malu sebabnya dia kena marah dtg xpakai pakaian sepatutnya... Hehe.. *padan muka*

Lepas dah daftar tu, ada sorang kakak ni hantar kami gi Jabatan Pembangunan. Nun kejauhan dari depan pagar USM. Huhu... First masuk je bilik pentadbiran Jabatan Pembangunan bunyi kunang-kunang. Kenapa? Kosong~ kosong~ kosong~ semua orang tak ada daa...

Rupa-rupanya diorang ada event. Sanjung Budi. *Event utk sambut pesaraan Pengarah* pagi tu wakil-wakil ketiga-tiga kampus, datang raikan (Kampus Induk PULAU PINANG , Kampus Kesihatan Kelantan , Kampus Kejuteraan Nibong Tebal ) Malam tu diorang ada makan malam. So, kami pon dijemput utk hadir bagi raikan. Jemputan dari Timbalan Pengarah. *Malu* gile time nak dtg tu sebab tak kenal sapa-sapa kenal Kak Ina (Penyelia) & husband dia (Abg Saipol) Huhu... 


*pentas utama* y botak comel tu mantan pengarah dulu-dulu


*cenderamata + cenderahati*


ni lah Pengarah ny... habis suma tau zaman muda-muda ny beliau berambut panjang :P


pesembahan dari kampus induk : sajak :)


pesembahan dari kampus kesihatan : dikir barat 


tok dalang y awesome *speaking kelantan* XD xpaham aku~

*maaf pic buruk - guna tepon murah*

Gambar aku mana??? Malu~~ HAHA... Time ni malu-malu lagi so, picture pon tak sempat nak amik. Ada tapi dekat Abg Saipol nanti nanti lah. Aku upload if xmalu nak mintak dekat Abg Saipol lah... XP Hehe.. 

Kesokkannya 18/12 baru lah beramah mesra dengan Staf-staf Jabatan Pembangunan. :) So, diberi tempat ni meja aku. Dapat guna PC and printer (katanya utk print report) Wahhh, bagus ni... 


tara... my PC here


toleh kiri nampak seketul ni :P


tgok depan ada bilik Kak Ina *anda sedang diperhatikan*

Petang tu, sembang-sembang dengan staf. Lalu je timbalan pengarah dia pesan ushar laman web Jabatan Pembangunan *take notes* ada kuiz -____-"


*noteS*


kami : ber*integreti-kerjasama-husnul khatimah-dan Allah sentiasa melihat kita*


19/12 joint meeting dengan staf besar-besar En.Hamdan, En.Hassan, En.Iskandar, Kak Ina, En. ___ lupa.. :P


Timbalan Pengarah y handsome


last jumaat hari tu dpt dah jadual tugas dkt sini... :(


sebab malu nak snap dlm office kita snap dlm toilet office *pon boleh* bahahaha~



p/s: Staf-staf sini happy-lucky :D feel: feeling happy~

Sunday, December 16, 2012

Latihan Industri #1 : USM Kampus Kejuruteraan, Transkian

Assalamualaikum...



Asal aku sebut aku LI dekat USM semua ingat USM dekat PENANG *balik pulau* . Sebenarnya aku just praktikal dekat USM Transkian, . Sebab apa aku pilih dekat sini??? Sebabnya just satu, sebab dekat dengan rumah. Senang sikit nak pergi dan ulang alik. Latihan Industri aku just about 5 bulan macam tu. (17/12/2012 - 3/5/2013) 

Yang menjadi persoalannya sekarang, aku pergi sana sorang-sorang. OK, lepas tu kena jumpa EN. AZMI B. SALLEH (aku kenal sgt, entah sapa En. ini) dekat USM_3, Kampus Kejuteraan ??? Apakah surat aku tulis ini. Aku nak jumpa Encik tu tang mana sebenarnya. bagi la specific sikit *kafe* USM ke.. adoii, satu masalah, nak cari bangunan mana satu. USM tu dah la besaq. Yang pastinya, uncle guard depan tu akan jadi mangsa aku nanti. Waiting uncle guard~~~~ #Evil~~~~ Hahaha...

Disebabkan hari tu lecture (penyelia LI) dah pesan buat plan *map* ke tempat LI dalam masa seminggu selepas pendaftaran pada 17/12 aku mula la nak lukis. Tapi terbantut sebab? Aku tak reti la woii.. Bab bab map map bagai ni, aku tak reti. *geografi benci aku* Huhu... sebenarnya aku tak tahu sangat jalannya just aku tahu bila aku dah ada dekat jalan tu, faham x??? xfaham??? Layan je la bebelan aku...  TT_TT 

So, apa inisiatif aku nak mudahkan kerja ni??? Tara... aku google... HEHEHE... *apa y kecoh sgtkan, ada kemudahan kita gunakan sebaiknya* Hehehe... Tapi aku xjumpa clear sgt plak masa search dekat map google tu... Jadi aku google dekat images. YeaaHHH... jumpa... Hehe... Selesai satu lagi masalah. :) *sebenarnya berapa banyak masalah aku???* Haha... entah la...
| kalau lecture tu xfaham lagi, tak tahu la... *siap dgn rujukan tu* |

Ok lah, aku ada lagi satu tugasan utk Latihan Industri ini. Tau apa dia? Hehe... nak g cari information tentang latar belakang firma, USM Transkian. Orang cakap sediakan payung sebelum hujan. So, prepare la before pergi sana. Nanti aku pergi sana "Bagai kerbau terkejut oleh gong" tahu ke mean dia apa??? Hehe... samalah maksudnya dengan bagai rusa masuk kampung. Huhu.. Okey la, aku tinggalkan korang dengan senyuman si mata bulat kat bawah ni dulu yerk. Next time, aku typing lagi... seronok pulak berperibahasa kat sini... :D


| picture paling lawa dengan matanya itu aku dah cuba ambik kali ke 20x Huhu... |

p/s:  USM Trankian tu tang mana??? Hehe... Nibong Tebal... tahu x? PENANG ... (search google please)