Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Friday, December 20, 2013

syukur dan sabar.

Ya kejutan demi kejutan aku terima.

Aku rebah dan tiba-tiba ALLAH hulurkan cahaya. ALLAH tunjukkan aku jalan.

Bukan lagi teka teki.

Ini adalah jalan yang memang aku nampak depan mata. Tak perlu aku lalui jln yang susah lagi.

Ya. 

Aku sangat bersyukur. Aku sangat berterima kasih. Sangat Berterima Kasih Ya Allah.

Tak mampu aku ungkapkan dgn kata-kata.
Tak mampu aku tulis dgn ayat punjangga.

Apa yang aku tahu, rasa.

Aku syukur dan Terima Kasih.

:) Rabbi.

Dan satu lagi menjelma utk hari ini.

Ya. Aku tak tahu ini dikategorikan apa.

Dugaan. Ujian. Jalan. Pertanda.

Ya. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku tak tahu nak mula dari mana.

Aku tak tahu.

Ya Allah. Guide me. Please..

Hold my hand. If I am fall, tarik aku. If I am wrong, give hint.

Please~

I dont want again.

:\

Wednesday, March 27, 2013

Diari #7 : dunia

Assalamualaikum...

Melihat dunia hari ini. Berbagai ragam manusia yang kita dapat lihat.

Dari kaca mata kasar.

Yang berada dalam hidayah dari-Nya terus menambah kebahagian yang dimiliki. Berjuang mengapai keredhaan Allah. Berkejar-kejar memiliki cinta-Nya.

Yang masih mencari-cari erti nilai diri, bergerak, berusaha, mencari, dan mula mendekati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka melangkah setapak kehadapan. Satu hari nanti mereka mampu berada sebaris pejuang mengapai redha-Nya.

Namun, hati ini terdetik rasa sedih. Dimana masih ada insan yang berada di tapak yang lama. Ruginya insan ini. Tidakkah mereka rasa? 

Aku pasti dan yakin mereka pun merasainya.

Namun, berada dalam kelompak yang sama seperti mereka tidak mampu mengubah mereka. Mungkin mereka pernah cuba.  Tapi, kecundang ditengah jalan. Atau pun tidak tahu bagaimana mahu memulakan satu perubahan. 

"Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka. Berikanlah petunjuk kepada mereka. Mereka tidak kuat. Bantulah mereka. Hadirkanlah insan yang mampu menbimbing mereka. Kelilinglah mereka dengan insan-insan yang mampu membawa mereka keluar dari tapak lama itu."

Melihat dunia mereka. Terdetik juga dihati, kenapa bukan aku yang membawa mereka keluar dari kelompok itu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku tidak mampu. Lemah. Mungkin hanya mampu memberi kata-kata. Bermain dengan madah pujangga. Tapi, aku takut. Takut aku kecundang bersama mereka. Niat yang baik utk membawa mereka akan bertukar bersama mereka. 

Bukan inginku katakan mereka itu perosak.

Namun, aku.

Aku hanya pemilik iman lemah.

Maafkan aku.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’ad: 11)