Posts

Showing posts from 2013

syukur dan sabar.

Image
Ya kejutan demi kejutan aku terima. Aku rebah dan tiba-tiba ALLAH hulurkan cahaya. ALLAH tunjukkan aku jalan. Bukan lagi teka teki. Ini adalah jalan yang memang aku nampak depan mata. Tak perlu aku lalui jln yang susah lagi. Ya.  Aku sangat bersyukur. Aku sangat berterima kasih. Sangat Berterima Kasih Ya Allah. Tak mampu aku ungkapkan dgn kata-kata. Tak mampu aku tulis dgn ayat punjangga. Apa yang aku tahu, rasa. Aku syukur dan Terima Kasih. :) Rabbi. Dan satu lagi menjelma utk hari ini. Ya. Aku tak tahu ini dikategorikan apa. Dugaan. Ujian. Jalan. Pertanda. Ya. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu. Ya Allah. Guide me. Please.. Hold my hand. If I am fall, tarik aku. If I am wrong, give hint. Please~ I dont want again. :\

datang dan pergi

And again. Ia datang dan pergi. Sama seperti angin. Menyapa lalu pergi meninggalkan dingin. But, untuk kali ini. Aku bagaikan sudah lali. Mungkin pengalaman mematangkan diri ini. Tidak mudah goyah. Sentiasa ingatkan diri. Andai ia dtg sambut dgn tenang dan lepaskan dgn hendakNya. Dan selalu ingatkan diri ini. "Dear self, orang lain sibuk fikirkan perjuangan. Kita sibuk layan perasaan." Jadi. Sekarang bukan masa ini semua. Sekiranya ia milik kita. Susah mana pon kehidupan ini yang dilalui dari hari kehari. Orang yang milik kita itu akan hadir juga diakhirnya atas takdirNya. Dan atas takdirnya sekiranya ia bukan milik kita. Ia adalah angin yang membawa dingin itu. Membawa kegembiraan dan warna-warni kehidupan ini. Ya. Hidup ini penuh dgn warna-warni kehidupan. Perasaan suka dan duka adalah asam garam kehidupan. :)

adios jahiliyah

Image
Walaupun banyak kali aku mengunggapkan Adios. Sayonara. Selamat Tinggal.  Tapi perasaan bersalah terhadap yang Maha Esa terus menerus menyapa. Seakan-akan tiada ada ruang utk aku berubah. Tiada maaf bagiku.  Apakah aku lupa? Yang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.  Tidak. Jangan pernah lupa. Jangan pernah!  Ya. Dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyanyang. Tapi. Kenapa terus menerus perasaan ini? Kenapa Ya Allah. Bantulah hambaMu ini. Aku tahu. Aku masih banyak lagi kekurangan. Masih tidak betul landasan hidup sebagai seorang Muslim yang bertakwa. Masih ada ruang koyak diantara Aku dgn Mu Ya Allah. Hubungan dgn Manusia belum sempurna. Sekiranya aku masih buat org yang dekat dengan ku sedih, kecewa dgn sikap aku ini. Aku masih belum cukup jadi baik. Tapi bagaimana Ya Allah. Bagaimana aku mahu membetulkan hubungan ini. Aku tahu. Aku tiada sesiapa. Melainkan dia, insan yang melahirkan aku. Insan yang akan ada susah senang aku. Insan yang ada se

selamat tinggal, adios, sayonara my best World!

Image
Assalamualaikum... Hye my blog.  Hai. Sudah lama tak dtg dekat sini. Berkali-kali juga jenguk. Tapi tak ada mood nak writing. Rajin pergi baca blog-blog lain saja. Dengan life sekarang. Masa terlalu pendek utk dikejar. Baru je bangun pagi tengok jam semula dah pukul 12. Tak terluah rasa. Tak terkejar diri ini. Ini baru jadi penganggur terhormat. Banyak sgt kerja nak disiapkan. Kalau dah berkerja nanti. Rumah jadi tongkang pecah gamaknya. Betul-betul, Arrrhh.. entah la. Biarlah aku saja yang tahu. Tak perlu rasanya diceritakan. At the same time, byk sgt hati yang perlu dijaga. Tapi kekadang, terlepas juga. Maafkan aku. And now aku rasa aku tak ada motif lagi nak menulis disini. Aku nak keluar dari dunia niy. Off dunia bloging. Selamat Tinggal. Just now, try to kejar redhaNya. " Semoga Allah sentiasa meredhai aku. " Hanya aku nak aku dapat hidup bahagia disana. Walaupun hakikatnya. Berkali-kali jatuh.  Tak Istiqamah.  Memang susah

Ketabahan diperlukan disaat ini.

Image
Assalamualaikum... Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita..kerana Allah faham akan isi hati kita. . . . Jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita.. kerana tiada hakim sebaik Allah.. Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah BERSAMA kita..dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita.. tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan ji ka hati ini TERIKAT pada cinta kepada Allah dan Rasulnya.. Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN..BUANG segala penderitaan, SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan..ternyata, diri masih lagi manusia DINGIN yang punyai perasaan.. . . Meminta KETENANGAN yang lepas..sekecil zarah sanggup DITERIMA , asalkan ianya ketenangan yang lepas.. ♥♥ Akan KU gantungkan azam dan semangatku setinggi bintang di langit dan KU rendahkan hatiku serendah mutiara di lautan. ♥♥ ♥ # Be strong..InsyaAllah..

Dimana sumber kekuatan sebenar???

Assalamualaikum... Dimana sumber kekuatan sebenar? Semua org akan mencarinya... Disaat terjatuh, tersungkur, tergolek... (satu pakej) Bila dah macam niy kita baru nak mencari Kekuatan yang selama niy ada. Tapi kita leka dan hanyut. Padahal,kita sendiri mengabaikannya. Maka, Allah menguji kita. . . . Kekuatan itu ada pada SOLAT SUBUH anda ! Tak percaya??? Saya tak suruh anda semua percaya tapi, tapi nilai sendiri. Tidak semua org mampu solat subuh di awal waktu. (errr...) Tidak semua org mampu solat subuh dlm keadaan khusyuk. (ermm...) Tidak semua org mampu melawan hawa nafsu dipagi hari. (Nafsu tidur) Tidak semua org mampu berjaga selepas solat subuh. (-___- tido balik) Tapi kemenangan kepada yang org yang berjaya melawannya. :) . . . Disinilah kekuatannya, tika semua org dibuai mimpi. Seorg hamba Allah khusyuk memohon pada Nya. (berdoa...) Dimurahkan rezeki. Diberi kekuatan iman. Dipermudahkan urusannya.

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Image
Assalamualaikum... Sudah lama aku tidak meng"update" blog ini. Ada sesetengah yang rindu... (Haha...perasan!) Ok, di hari yang mulia ni (JUMAAT) aku ingin sampaikan satu pesanan. Pesanan ini bukan untuk sapa sapa hanya sebagai peringatan buat kita semua. Hidup kita kenalah di isi dengan kerohanian agar kita tidak tersasar jauh. Sentiasa tenang melalui kehidupan kehidupan yang penuh liku. Yang kita jangka mahupon tidak. Sebagai hambanya yang kerdil kita tetap kena hadapinya. Orang yang hadapinya dengan penuh kesabaran baru dikira mereka mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka. :) Back my topic, Ujian. Setiap manusia akan diuji. Sama ada kita sedar atau tidak. Kan??? Tapi yang membezakan nya ujian kecil atau besar. Paling penting, bagaimana kita nak menghadapinya??? Tuan blog pon pernah melaluinya. Dan disebabkan aku juga antara hamba hamba nya. Maka kesedihan adalah peneman ketika kedukaan. Air mata? Air Hidung? semua dah keluar

zara | 19 Julai 2013

Assalamualaikum... 19/ JULAI/ 2013 Okey, post tarikh terpenting. ^_^ Welcome my sweet heart. Adik kepada Muhammad Ali Husaini. Tepat selepas tamatnya menunaikan solat subuh. Ramadhan 10.  Maka lahirlah, bayi seberat 3.1 kg. Yes, like ummi like Acu. :P Cute, Pretty, and InshaAllah be a good girl. Nur Aqilah Zahraa.  ♥ ♥ ♥ | Eh3x , silap pulak. Ini bukan yerk. Ini abang nya. *Konon ala-ala manje Aqilah* | | Aqilah  ♥  sweet dream | | Muah3x... ♥  | p/s : Hari 2, berhenti di Masjid Seberang Jaya dengan mendukung Husaini. Jumpa adik-adik USM. Sambil-sambil sembang-sembang dengan mak cik Seberang Jaya tu. Sembang punya sembang sekali aku adik oit!~ Kak-kak dekat situ atas 23yo. :3 Malu je berakak. Tapi, memang diorang cakap cara aku nampak pegang anak. -_-" | Layan je dear~~~ Pasrah.

hidup itu indah.

Assalamualaikum...  Sumber :  https://www.facebook.com/unikdankeren.indonesia?ref=stream Belajar. Aku belajar diam dari banyaknya bicara. Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan. Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan. Aku belajar menangis dari kebahagiaan. Aku belajar tegar dari kehilangan Hidup Adalah BELAJAR. Belajar Bersyukur Meski tak Cukup, Belajar Ikhlas Meski Tak Rela, Belajar Taat Meski Berat, Belajar Memahami Meski Tak Sehati, Belajar Sabar Meski Terbebani, Belajar Setia Meski Tergoda, Belajar Memberi Meski Tak Seberapa, Belajar Mengasihi Meski Disakiti. Belajar Tenang Meski Gelisah, Belajar Percaya Meski Susah, Belajar dan Terus Belajar... Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan.. Aamiin!! Janganlah pernah menyerah....teruslah berjuang...... Hidup bukanlah satu tujuan..,melainkan perjalanan..... Nikmatilah.......... Hidup adalah tantangan...

Cerita yang terkumpul.

Assalamualaikum... Banyak sangat story life yang lepas sebenarnya. Always tulis sini before niy. Untuk tatapan masa depan. Huhu. Tapi disebabkan masa amat cemburu tak banyak update. Sekarangnya tengah jadi Nanny a.k.a Babysitter tak bertauliah. Ibu kepada anak. Anak saudara. Adoi~~~ Seriously penat. Tambah pula time-time panas plus bulan Ramadhan. Uji kesabaran juga. Hoho. Aksi si kecil   ᵕ‿‿ᵕ Banyak juga tengok kawan-kawan sudah bergelar pekerja . Dedikasi sangat. Haha. Contohnya; Ain. :P Hoi!~ Jealous sangat. Aku duduk rumah mengadap anak. Cukup masa bancuh susu. Dodoi. Haha. Biasalah ibu Mithali. Erm... *Muntah* Last event pergi Taiping again , picnic. Bak kata ila, muka aku kan suka je kesana. Haha. Actually, aku ikut saja mana org bawa. Sebab drive niy bukan aku. Kalau aku drive aku drive ke Pahang je. Mandi Air Terjun dekat sana. Hehe. So, duduk rumah parent niy lain. Kena ikut tatasusila berada dirumah. Bangun pagi mengemas. Bukan kemas mana pon. El

Diari #15 : Bukalah Mata Hati

Assalamualaikum... Sudah lama aku tak masuk part Diari Anak Seni aku niy. :3 Haha. Let's begin. Today. 6/Julai/2013 Sudah dua hari rasanya Mesir di rampas kuasa dari Presiden Dr.Mohamed Morsi umpama zaman kegemilangan Islam dulu. Semasa 4 Khalifah memerintah negara. Sayu hati baca pelbagai artikel luahan rasa ditulis utk menunjukkan rasa geram marah setiap individu dikira oleh aku ingin rasanya terjun membantu rakyat Mesir. Kenapa? Islam masa kini sangat tercabar. Tapi masih ada mata-mata tertutup. Menutup atau memang saja ditutup. Arhhh. Sama saja. Mana pergi nilai kemanusiaan dan iman saudara saudara Islam kita? Hanyut~~~ Ya, perasaan ini dari hati. Marah pada diri sendiri sebenarnya. Sebab aku tak ada kuasa, tak ada apa boleh nak bantu. Kerdilnya diri.  Doa. Tapi cukupkah? Doa pon kadang-kadang ingat kadang-kadang lupa. Sebab kita tak ada nilai persaudaraan se Islam yang kuat. Tiada ukhuwah. Sikap kekeluargaan. Sikap kita endah ta

Bila Sekular Tergugat di Bumi Ambiya (Mesir)

Assalamualaikum. Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini! Doa dan solidariti untuk Mesir. Bila Sekular Tergugat Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.  Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah

Wordless Wednesday #10 : Pengajaran Dari Kisah Nabi Ayyub A.S

Assalamualaikum... Beratnya ujian kpd Nabi Ayyub A.S :')  Kisah Nabi Ayyub Allah uji dengan kehilangan nikmat Harta yang dulunya sangat kaya , nikmat Anak yang ramai akhirnya semuanya mati, dan nikmat Isteri yang ramai akhirnya tinggal seorang iaitu yang paling tua, dan akhirnya diuji pula penyakit sampai berpindah randah sebab bau busuk penyakitnya menggangu org lain. Tapi, masih sabar dan menghadapi dengan redha. Sebab katanya pada isteri dia. Allah bagi dengan nikmat sakit lebih sedikit dari nikmat hidup. Malah masih sempat berdoa agar Allah ambillah apa jua dari hidupnya tetapi janganlah ambil 2 perkara iaitu Lidah dan Hati. Sebab,  1. Lidah utk menyebut nama Allah 2. Hati utk mengingati Allah  Allah. Hebatnya Nabi Ayyub. :') Kita? "Baru hilang pensil. Dah bebel panjang." :3 Alhamdulillah, akhirnya berkat #Kesabaran Nabi Ayyub . Berdoa dan berdoa. Allah kembalikan kesemuanya. Malah menambah semua nikmat yang pernah N

Break up dgn manusia tak apa, jangan break up dengan Allah.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, kembali aku disini. Maafkan aku. Sebab lama sungguh mencari DIA (Allah) hingga aku lupa tanggungjawab aku membawa sahabat bersama. Ya, tajuk kali ini mungkin sedikit kelainan. Ini dari dari pengalaman hidup. Pengalaman dicungkil diolah untuk kita semua ambil dan nilai. Apa sahaja tanggapan anda adalah benar. Aku jua pernah berada disituasi ini.  Putus, break up dan apa sahaja sinonim dengannya. Sebelum ini, aku pernah terbaca status putus cinta kawan-kawan lain. Ketika itu, hati tergelak, senang sahaja diri ini menilai. Relax, sabar, dan tak terlepas baru putus cinta bukan besar sangat ujian itu. Tapi, tanggapan aku sangat meleset. Selepas mengalami sendiri. Bagi aku, putus cinta itu sangat parah. Sangat sakit. Sangat makan jiwa. Ya, makan dalam. Mengambil masa lama untuk pulih. Bukan sehari dua. Berbulan. Bertahun. Bukan mudah hadapi. Masa aku hadapi aku akui, apa sahaja status yang before aku putus cinta aku akui kebena

Diari #14 : Kau Kuat

Assalamualaikum... Monolog jiwa lagi. *be a Super Duper good MUSLIM* Dia cakap aku kuat. Kuat macam mana? - soal aku. Ye lah, kau tak ada ayah. Tapi kami tak nampak kau macam tak ada ayah. Hidup kau sempurna. :) Semuanya okey dari mata aku. Tergelak aku dlm hati. *itu dari mata kau* Lepas tu aku tanya, kenapa kau cakap macam tu? Org cakap jgn nilai org dari luaran. Nilai dari dalaman. Aku still macam org lain. Ada perasaan sedih duka cita dan sebagainya. Tapi, perasaan itu perlu juga di buang jauh-jauh utk terus bersemangat. Tapi kenangan tetap perlu jadikan kenangan. Kita yang masih hdup ini perlu sentiasa kuat. Bersedia dalam apa pon bentuk persediaan. Means? Kau rasa kau tahu kau punya pen yang kau tengah pakai ini still ada esok?   Tak. Jadi apa rancangan kau / if esok kuiz dan pen kau ini hilang. Aku still ada yang lain. (sambil tunjuk pen lain yang ada dibuat penganti) So, aku dah jawab soalan kau. Maksudnya kau perlu sedia. Ya, tak k

Welcome Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum... 13 Syaaban 1434 Hijrah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dihitung. Dan kita akan masuk ke bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini amat bermakna. dan Ramadhan kali ini sangat ditunggu aku. Entahlah, hati ini sangat dekat dengan Ramadhan kali ini. Tak sabar-sabar nak bertemu dengan Ramadhan kali ini. Tak sabar-sabar sangat. Semoga Allah memanjangkan usiaku untuk bertemu Ramadhan kali ini. Ameen. Ya, mungkin sebab Ramadhan lalu dan lalu sangat mengecewakan diri ini. Sebab apa? Erm, sebab bulan Ramdhan lalu tiada penghayatan yang mendalam. Sebab sangat terleka dengan dunia. Eh3x jangan negative yerk. Ramadhan lalu tetap aku tidak miss puasa melainkan hal-hal tertentu dibenarkan Allah. :) Ramadhan. Cerita tentang bulan ini. Ya semua orang tahu. Bulan dimana diwajibkan berpuasa, menahan rasa lapar dan dahaga disiang hari. Namun sejauh mana kita hayati rasa lapar dahaga itu? Sepatutnya kita menghayati iaitu rasa lapar dan dahaga dari melakukan perkara-perk

Hikayat Sengal dari Generasi Kipas :3

Assalamualaikum... And very good _ to all reader.  This is my story. If you think you cann't  over  imagine. Better you close this post. This is a suck post yang pernah aku tulis. HAHAHAHA. Please search other story at right sidebar name peti karun. And then click button search. Thank You. :) --- Welcome to our planet. Name Khayalan. Our story will begin... #Meluaskan Tahta#  * Planet Khayalan yang subur dgn TulipBunga * Here, this planet ada satu tempat yang indah dinamakan Holland. Disini terbina satu istana yang sangat besar dan berputar setiap masa untuk kesejahteraan rakyatnya iaitu KipasComel. KipasComel berfungsi untuk mengstabilkan peredaran kitaran hidup di planet Khayalan. * TulipBunga * Dengan adanya TulipBunga sebagai sumber utama keperluan kehidupan bagi penghuni planet Khayalan. Ia bukanlah satu kemusykilan untuk terus hidup aman sentosa di bandar kota raya Holland.  Namun kesejahteraan , keharmonian dan keindahan penduduk