Posts

Showing posts from March, 2013

Latihan Industri #11 : best week (1 month)

Assalamualaikum... Last week, week paling seronok berkerja di Jabatan Pembangunan. Rasa sedih pula, tinggal sebulan je lagi di sini.  Tapi, perjuangan tetap perlu diteruskan. Demi mengejar cita-cita. Oh, Yeahh!!!   Apa yang seronoknya. Banyak part projek Sistem SisPro nak disiapkan. Dan banyaklah juga ilmu baru dipelajari. Walaupon menggunakan new language (Asp) , alhamdulillah rasa faham sangat. Mungkin sebab rasa minat plus tanggungjawab/ amanah yang diberi. Projek Mobile Apps sepatutnya dah mula minggu lepas. Tapi, nampak gaya macam... Huhu... Hanya kami-kami mengetahui. Last week juga aku ponteng kerja. Bukan ponteng lebih kepada minta permission dari penyelia(Kak Ina) . Untuk pergi minta sign KJ surat-surat UPU di Politeknik. Lagipon, Kak Ina pon tak hadir masa hari aku tak hadir. Bertuahkan! Cuti at the same time. Lalala... And part paling best kami berturut-turut keluar sama-sama hilang ketiga-tiga kami waktu yang sama. Hehehe... *menghilangkan diri*

Diari #8 : panas dunia

Assalamualaikum... kipas comel.™ Time looking back. World. Hot. Kepanasan dunia hari ini. Semua org memerlukan satu benda time macam ini. Iaitu Kipas! Cetusan itu bawa aku kepada idea dunia Kipas Comel  ™  . Ada meaning lain sebenarnya. Yang lain, tersirat dan tersurat itu biarlah jadi rahsia.  Apa apa pon sekarang ini, aku bukan nak persoalkan tentang kipas comel. Aku nak mempersoalkan kepanasan dunia hari ini.  Cuaca yang tak menentu. Sekarang! , diluar guruh bunyi bagaikan hujan akan turun. Tapi entah turun atau tidak. Tidak dapat diketahui kuasa Maha Pencipta. Semejak dua ini, selalu saja jadi macam nak hujan tapi hujan tak turun-turun pon.  Why? kan. *kuasa DIA=ALLAH* Dia lebih mengetahui segala-galanya. Tapi bila kita fikirkan. Sedangkan kepanasan dunia yang mana hanya diambil dari Neraka sekecil zarah dan dibasuh 70 lautan  malah yang tinggal hanyalah sisa-sisanya  dan kita tidak mampu menghadapinya. Bagaimana bila kita mati? Dihisap da

Wordless Wednesday #7 : recycle life ♥

Assalamualaikum... Mari kita sama-sama sayangi bumi kita. Jangan membazir kertas. Tak terfikirkah kita berapa banyak pokok ditebang setiap hari? Utk menghasilkan sebuah buku. pembalut buku dan bag itu yang paling awesome. boleh buat hiasan meja. bunga-bunga sakura. twinkle twinkle little star. ini pon cute la~~  How to make Christmas paper Stars from RecycleNow on Vimeo .

Diari #7 : dunia

Assalamualaikum... Melihat dunia hari ini. Berbagai ragam manusia yang kita dapat lihat. Dari kaca mata kasar. Yang berada dalam hidayah dari-Nya terus menambah kebahagian yang dimiliki. Berjuang mengapai keredhaan Allah. Berkejar-kejar memiliki cinta-Nya. Yang masih mencari-cari erti nilai diri, bergerak, berusaha, mencari, dan mula mendekati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka melangkah setapak kehadapan. Satu hari nanti mereka mampu berada sebaris pejuang mengapai redha-Nya. Namun, hati ini terdetik rasa sedih. Dimana masih ada insan yang berada di tapak yang lama. Ruginya insan ini. Tidakkah mereka rasa?  Aku pasti dan yakin mereka pun merasainya. Namun, berada dalam kelompak yang sama seperti mereka tidak mampu mengubah mereka. Mungkin mereka pernah cuba.  Tapi, kecundang ditengah jalan. Atau pun tidak tahu bagaimana mahu memulakan satu perubahan.  " Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka. Berikanlah petunjuk kepada mereka. Mereka tidak

Latihan Industri #10 : Campus Walk be Campus Cycling

Assalamualaikum... Campus Walk bertukar kepada Campus Cycling. Sepatutnya entry ini dipost masa 21/03/2013 . Tapi sebab kekangan masa jadi hari ini baru dapat update.  Bersempena hari Jom Masuk Kampus. Lepas waktu berkerja 5.30p.m. Kelab Pembangunan , Jab. Pembangunan Kampus Kejuteraan, USM menyertai pelancaran Campus Walk yang diwajibkan setiap jabatan mengadakannya.  Tapi berlainan yang berlaku bila campus walk bertukar kepada Campus Cycling. " Berbasikal mengelingi kampus kejuteraan ".  Perasaan menyertai bersama staf-staf Pembangunan yang sporting memang buat tak kering gusi. Seriously! Syiok Giler~ Dengan Timb. Pengarah , penyelia dan juga totally staf pentadbiran turun padang. Seronok sangat. Bertema biru . Tapi sorry kami berlainan warna. Huhu.   Selebihnya biarlah gambar menceritakannya detik-detik indah.  ^ ‿ ^ * klik utk membesar sebesar saya* pilih-pilih basikal mana-mana pon boleh~ kump. di garisan permulaan penyelia a.k.a ka

Diari #6 : yang rapuh

Assalamualaikum... Dalam tak sedar, aku terhayati lagu Rapuh milik Opick. Banyak benda ingin disampaikan. Terasa berada dalam lagu itu. Dimana berkesinambungan dengan hidup aku sekarang. :') detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa ku persembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidupku meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertakhta detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu #Rapuh  ♥  by Opick Masa seronok membaca sebuah entry dari akuislam.com bertajuk: Janganlah kamu bersedih   ada intipati yang buat aku tersedar. Kalau ada yang biasa bertandang ke blog aku. latest punya blog iaitu Diari #10 : I've been messed up inside  . Hari aku tulis

Janganlah Kamu Bersedih

Image
Assalamualaikum... Bulat-bulat copy paste dari akuislam.com Ada waktu kita bersedih Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya. Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya. Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya. Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan. Mungkin Anda pernah membaca ayat ini: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40) Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih? Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis. Menangis adalah bermaksud dalam rangka

Wordless Wednesday #6 : Muslimah

Image
Assalamualaikum... Assalamualaikum awak awak awak..! =D Muslimah itu, Terkadang gelak kuat tak henti-henti, Terkadang juga minum berdiri, Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi, Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri, Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari. Muslimah itu, Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi, Terkadang air matanya menitis laju tak terperi, Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi, Terkadang rasa marah menguasai diri, Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy. Muslimah itu, Adalah manusia biasa, Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia, Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba, Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya, Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa? Kerana dia juga manusia biasa. Apa-apa pun, Yang pastinya, Muslimah itu, Sentiasa bangki

Diari #5 : I've been messed up inside

Assalamualaikum... Banyak sangat yang terluka, DIA(ALLAH) mereka, mereka, mereka dan  aku juga. Maaf. Aku tak pandai kawal semuanya. Tegurlah aku. Ajarilah aku. Aku terima. Sebab aku tahu aku insan yang lemah dan serba kekurangan. Mungkin terlalu banyak sangat perkara yang merosakkan hati. Menghitamkan jiwa yang kosong. Rosak dan kotor. Perlu diperbaiki. Perlu bimbingan yang berterusan. Terima Kasih yang masih setia menemani. Anyway. Bukan lari dari masalah. Tapi untuk perbaiki semuanya. Time to silent. Itu lebih baik. Lagi banyak berkata-kata, lagi banyak pula salahnya. Lagi  membaca, lagi rasa kebodohannya. Keep Silent. InshaAllah ini akan berpanjangan. hingga Bila satu saat nanti, aku dah bersedia. Aku akan kembali. By my self. Cc: berundur dari sini, seketika.

Wordless Wednesday #5 : Latihan Industri #9 : feeling

Image
Assalamualaikum... Feeling well after presentation pagi tadi. *Alhamdulillah*.  Tepat pukul 11.00 pagi , lecture observer practical datang. Lepas dapat panggilan pada hari isnin lalu. Aku memang dah bersedia sangat-sangat. Dari segi mental dan fizikal.  Tapi entah mcm mana cuak pula pagi-pagi tadi. Menunggu dgn penuh berdebar-debar nasib dpt guideline dari Ain. TQ feel ok sikit. Heboh pula satu Unit Pentadbiran,Jabatan Pembangunan kata lecture aku datang mcm nak sambut menantu. Haha... Seriously, lawak.  Bila dapat call dari Cik.Norasiah terus cepat-cepat bagitau penyelia dan aku pergi dekat lecture observe sambut terus bawa masuk meeting room. Huhu.   Yang aku cuak sangat tu, bila kak ina a.k.a Penyelia cakap Tn.Hj. (Timb. Pengarah) nak join sekaki. LTapi rupa-rupanya sekejap saja Tn.Hj. lepak dengan kami. Lepas kenal-kenal terus dia undur diri. Lecture yang datang sporting dan puas hati. Tiada masalah. Syukur sangat. Lepas presentation, bual-bual kosong and

Diari #4 : penantian

Assalamualaikum... Mata membulat atau sengaja dibulatkan lagi. Mungkin kecelaruan hati, minda dan perasaan. Kenapalah masih dikenang benda yang lepas. Please, go away from my life... Kenangan tak akan pudar dan mudah dilupakan. Tambahan pula ia adalah saat yang paling manis. Maafkan saya wahai diri kerana mengecewakan diri sekali lagi pada hari ini. Otak dan perasaan cuba cari alternative lain supaya kembali pada asal, kembali mencari diri yang berpijak dibumi yang nyata.  Ya! aku perlu menyibukkan diri dengan perkara yang mengembirakan diri. Jangan bagi ruang langsung utk berkhayal. Penuhi dengan aktiviti yang lebih baik. Chaiyok3x!!! Mula google cari semangat baru. Intipati baru utk dinilai dan diambil sebagai pengajaran utk diri. Ramai mereka yang rata-ratanya macam aku. Mencari jalan pulang. Pulang kepada sang pencipta. DIA. TUHAN YANG DISEMBAH. MAHA AGUNG. MAHA ESA. ALLAH. Dan setiap perjalanan akan diberikan pelbagai dugaan, ujian, cabaran, d

Grab buku guna baucer BBIM di pesta buku.

Assalamualaikum... Sudah lama nak story event ini. Tapi baru sekarang berkesempatan nak bercerita. Huhu... Mungkin sudah berminggu-minggu yang lalu. Tapi nak cerita juga sebab ada sedikit perkongsian nak disampaikan. Beberapa minggu yang lalu aku mengajak abang cik dan adik pergi pesta buku. Sudah macam karangan Bahasa Melayu pula.  Aishhh... Please jangan formal. *Geli pula aku membaca*.  2 atau 3 minggu yang lalu, pergi pesta buku di Parit Buntar . Pesta Buku Kedai Habibi . Seingat aku lah. So, tajuk pun guna baucer buku. Maka, dengan hati girangnya mencapai buku-buku yang dah lama aku perhatikan dari jauh. Teringin sangat nak memiliki. Dibuat koleksi peribadi simpanan abadi dimiliki secara zahirnya. *eh, melalut* Rata-ratanya kalau pelajar dapat baucer ini akan beli novelkan. kan kan. Duish, kena sebijik kat diri. Huargh3x. Tapi tak aku. Kalau tahun lepas menghabiskan dengan membeli buku sek. adik. Tahun ini aku menggunakannya dengan sebaiknya dengan membeli buku kel

Diari #3 : hidup

Assalamualaikum... *sila baca dengan penuh perasaan dan nada yang sesuai* Bestkan hidup macam kucing! kan. Lapar je. Meoww...meoww... erm... Bila penat tidur. Zzz... Bila sihat bermain. Melompat sana sini. Tapi seronokkah dia? Entah. Bahagiakah dia wahai si kucing? *siasat* Itu ke dipanggil life? Hidup tanpa tujuan. Itulah dunia si kucing. Kalau kita berfikiran sebegitu ruginya kita. Bodoishnya Titeww. Lagi bodoish sebab Allah beri kita akal utk berfikir tapi kita tak gunakannya sebaiknya. *sedih* please~ awak! awak! awak! and remind me too. Kita adalah manusia. Setiap kita ada tanggungjawab. Sedarlah diri. Kita perlu bersyukur kerana didunia ini kita adalah manusia. Diangkat darjat oleh Nya iaitu, Manusia yang dilantik menjadi khalifah . Tapi, kita kena ingat. Besarnya tanggungjawab itu. Sila rujuk ini: Notes  kepada siapa tidak tahu. Kehidupan itu ialah satu tujuan  setiap insan yang bila susah dia minta

Diari #2 : hujan

Assalamualaikum... Sepetang bersama tea. Slurp... Suam-suam kuku.  *hanya hayalan* Aku masih berada dibumi USM. Hujan lebat mcm tak nak bagi aku balik lagi. Huhu. Sedih. Sambil menunggu cuaca diluar kembali cerah. Mulut melafazkan : "   اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا,  Allahumma Shoyyiban Na’fian " Maksudnya: "Semoga hujan yang Allah turunkan ini adalah hujan Rahmat". Hujan yang diberkati. Maknanya diturunkan utk kebaikan sekian alam. Bukan sia-sia. Contohnya, hujan yang diturunkan utk menyuburkan tumbuh-tumbuhan. hujan yang diturunkan utk suhu yang sekarang ini memuncak tinggi. Panas.  Alhamdulillah. Bersyukur sebab Allah kurniakan hujan. Penyejuk bumi yang semakin panas dengan dosa-dosa penghuninya. Alhamdulillah. Hujan semakin reda diluar. 15 minit. Walaupon seketika. Terasa sejuk udara diluar. Masih renyai-renyai manja, aku terduduk memikir bahaya pulang sekarang atau pon tunggu sebentar? Nak balik, redah hujan renyai-renyai atau ta

Diari #1 : move on

Assalamualaikum... Sepi. Sunyi. Ragu. Susah nak tafsir. Apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat dalam hatiku ini sendiri. Life must move on. Tapi aku sendiri tak nampak apa yang aku move. Aku betul-betul down. Aku betul-betul rasa aku paling susah time ini. Kalau bab duit itu bukan masalah. Aku tak ada masalah itu. Ini susah lain susah hati. Maybe. Tolong. Tolong. Hati aku kuat meronta-ronta cari jalan pulang atau nak lari dari hidup yang direka-reka. Kecewa. Sedih. Marah. Arghhh... *time ini ada org tgh ganggu emosi aku* Weh, tolonglah aku baru nak felling-felling. Sentap sungguh kau. Nak je aku baling mouse ini. Panggil aku ustazah lah. Nasihat aku inilah. Aku ceramah nanti baru kau nak taubat ke? Eh. Sabarkan hati. Tenang. Apatah aku nak cerita tadi? Hilang pula semua idea. Dahlah. Feeling aku hilang. Baik aku siapkan report minggu ini. Nanti lecture yang observe tu dtg lagi susah life aku. Susah dunia.

Google Drive (Part 2)

Assalamualaikum... Semoga kita berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Mari kata: " Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi nikmat hidup pada kita hari ini, Alhamdulillah. " Kalau sebelum ini aku ada cerita life aku di tempat LI , hari ini aku akan sambung pasal Google Drive (Part 1)  . Sebelum itu thank kepada Google kerana menyediakan perkhidmatan ini. Sekarang 1  aku pergi LI tak payah susah nak bawa pendrive , 2  tak takut lupa tinggal pendrive kat tempat LI , atau pon buat 3  copy byk sangat sampai Laptop serabut . Sebab dgn Google Drive ini aku just simpan di google drive dan bila balik rumah aku terus buka Google Drive, then sambung kerja. Mudahkan. >_< )v Peace!!! Kemudahan dunia hari ini.  Kali ini, aku nak terang macam mana both Komputer and Google Drive ini berhubung. Untuk memudahkan korang aku sertakan gambaran dibawah: *mcm biasa klik gambar utk membesar*  Disebelah kiri anda ialah folder Google Drive di PC Dan disebe

Latihan Industri #7 : Menunggu... (8 weeks to finish)

Assalamualaikum... *ehsan google* Nice day today. Happy and bersemangat gitu. Hehe. Tak lah sampai melompat-lompat. Cukuplah sekadar. Alhamdulillah. Sampai sahaja office tempat LI switch on computer duduk sekejap  type password on twitter type status. " Aku sharp sampai pukul 8.00 pagi ". Berdedikasi gitu. Haha.  ≧◡≦ Tapi bukan itu yang aku menunggu dan ditunggu-tunggu. Yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Pasrah beliau tidak hadir hari ini. Hehe. Sebenarnya seronok. Lecture observe tak call atau tak ada hits kata nak datang.  Kalau ikutkan kebanyakkannya dah diobserve. Mungkin sebab aku dekat. Waiting dengan penuh sabar plus berdebar. So, dengan semangat pagi melambung aku buat slide power point utk sambut mereka nanti. Itu pon atas permintaan penyelia. Katanya memang adat di Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuteraan USM sebegitu. Kalau lebih lagi siap dengan dijamu air + makanan-makanan. Haha. Rasa geli hati dengar. Kikih. (Adat menyambut tertamu)  " Yan

Peristiwa bersejarah 3 Mac 1924

Assalamualaikum... Perkongsian sejarah Islam. Kita suka sangat tengok cerita cinta. Tapi sedarkah kita kurang pengetahuan sejarah Islam yang sepatutnya diketahui oleh setiap umat Islam dunia.   Sejarah hitam yang menjatuhkan umat Islam. Seriously, sejak kebelakangan ini aku selalu cari atau search tentang sejarah Islam. Sebab bagi aku bila kita tahu sejarah dahulu kita tak akan mengulangi sejarah lalu. Bila aku menbaca aku terasa bodohnya aku tak tahu pasal dunia Islam. Jahilkah? Sedangkan sejarah Malaysia pandai pula. Tapi sejarah Islam? Sedih sangat.   Aku mengaku kalau dulu masa belajar dekat sekolah aku paling benci subjek sejarah . Sebab bagi aku sejarah banyak menipu. Pasal "PerakMan" seriously aku anti gila bab yang paling mengarut bab 1 (Tingkatan satu) tentang zaman-zaman Neolitik, Paseolitik, dan apa lagi tah. Sumpah menyampah gila bab 1 tuu. Kalau tanya adik aku yang form 2 tu, katanya walaupon diketahui zaman-zaman tu tak wujud tapi still  syllabus tu tak

Welcome March

Assalamualaikum... 1 March 2013. Selamat datang. Ahlan wahsalan. Mac. Banyak pengalaman aku bermula dengan bulan ini. Pengalaman pahit manis , suka gembira. Kenangan tersimpan dalam bulan Mac ini. Sampaikan tarikh lahir aku sendiri pon ada dalam bulan ini. Sebab itu aku suka sangat bulan Mac ini. Mengalu-alukan kedatangan bulan ini.