LIFE VS GAZA

Assalamualaikum...


Sudah lama tak menulis blog, rasa kekok menaip-naip bait ayat cintun. Lalala~ Haha... Anyway, layan je merapu aku dipagi yang indah ini. Tadi baru je lepas jawab soalan Final Exam Semester 5. Lepas ni, sem depan x jumpa dah kertas exam sebab LI (Latihan Industri).


|Gambatte!!!|

 Paper VB .net tadi boleh tahan, soalan Objektif mencabar minda (bukan sebab aku xbaca) soalan dia yang teramat pelik. (Serius, boleh jawab tapi aku suka hati nak tulis apa) Haha... Anyway, aku nak cerita walaupon kita frust dalam menjawab soalan EXAM tapi, ada lagi insan yang lebih teruk hidup mereka yang mahu mengikuti kelas pelajaran. Bukan mereka tidak mahu belajar, tapi kesempitan hidup berada dalam negara yang dilanda peperangan. 

 Seriusly, bila difikirkan kembali. Kita beruntung kerana mampu belajar dalam suasana yang aman. Sedangkan mereka tidak dapat langsung mengimpikan kehidupan seperti kita. 


Life is not easy. If we don't love our life, we don't enjoy it! Reality. 

 Cuba bayangkan sekiranya kita sekarang berada disituasi di GAZA. Mampukah kita??? Menghadapi dugaan hidup seperti disana. Kematian akan terbayang. :') Bersyukurlah kita, boleh shopping, tweet, fb, "lepaking", gossip dan dll. Tapi bila diberi hanyalah ujian dunia (exam) kita tidak cuba berusaha bersungguh-sungguh menghadapinya. 


 Nasihat aku disini, buka mata fikir-fikirkanlah. Selagi kita hidup ini, kita perlu kejar apa yang telah ada di depan mata kita. Jika perjuangan "exam" ini tidak kita dapat tempuhi, adakah kita MAMPU menghadapi PEPERANGAN sebenar seperti rakyat di GAZA itu???


 Disini, aku sertakan link video yang diambil di You Tube (Hayatilah). 




 Andai kita tidak mampu berjuang dengan mereka, sampaikanlah doa buat mereka. Berjuanglah ditempat kita sekarang. Macam-macam cara mampu kita lakukan untuk membantu mereka walaupon sebesar zahrah. Pertolongan sebesar zahrah itu, tetap ada nilainya. :)


Kita jugak mampu membantu mereka dengan sama-sama kita mem"boikot" barang buatan Israel (Yahudi) . Kalau tidak tahu, disini ada jenama-jenama yang memang boleh dipercayai merupakan penyumbang kpd Israel.


Mc'D akan bg 200,000 burger percuma dan tolong Jangan ambil burger yang akan diberi oleh pihak mc'd pada hari isnin (HARI INI) kerana seolah-oleh mereka mahu menyambut kegembiraan atas apa yang berlaku di Gaza. Tolong sebarkan mesej ini kepada selurh rakyat Malaysia 




Kita mampu membantu mereka, sekiranya kita semua melakukannya. :) Do for GAZA. Do for ISLAM. Jihadun fisabillillah. (Jihad jihad juga, exam exam jugak, jangan abaikan) Anda mampu!! Merubah.

p/s: Have 3 paper must to go, 1 paper have done. Insha-Allah. 

Comments