Saturday, September 14, 2013

Ketabahan diperlukan disaat ini.

Assalamualaikum...

Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita..kerana Allah faham akan isi hati kita.






Jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita.. kerana tiada hakim sebaik Allah..

Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah BERSAMA kita..dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita..
tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini TERIKAT pada cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN..BUANG segala penderitaan, SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan..ternyata, diri masih lagi manusia DINGIN yang punyai perasaan..
.
Meminta KETENANGAN yang lepas..sekecil zarah sanggup DITERIMA, asalkan ianya ketenangan yang lepas..♥♥
Akan KU gantungkan azam dan semangatku setinggi bintang di langit dan KU rendahkan hatiku serendah mutiara di lautan. ♥♥



# Be strong..InsyaAllah..

Dimana sumber kekuatan sebenar???

Assalamualaikum...

Dimana sumber kekuatan sebenar?

Semua org akan mencarinya...
Disaat terjatuh, tersungkur, tergolek... (satu pakej)
Bila dah macam niy kita baru nak mencari Kekuatan yang selama niy ada.
Tapi kita leka dan hanyut.
Padahal,kita sendiri mengabaikannya.
Maka, Allah menguji kita.
.
.
.

Kekuatan itu ada pada SOLAT SUBUH anda!

Tak percaya???
Saya tak suruh anda semua percaya tapi, tapi nilai sendiri.

Tidak semua org mampu solat subuh di awal waktu. (errr...)
Tidak semua org mampu solat subuh dlm keadaan khusyuk. (ermm...)
Tidak semua org mampu melawan hawa nafsu dipagi hari. (Nafsu tidur)
Tidak semua org mampu berjaga selepas solat subuh. (-___- tido balik)

Tapi kemenangan kepada yang org yang berjaya melawannya.
:)

.
.
.
Disinilah kekuatannya, tika semua org dibuai mimpi.
Seorg hamba Allah khusyuk memohon pada Nya. (berdoa...)

Dimurahkan rezeki.
Diberi kekuatan iman.
Dipermudahkan urusannya.
Diberi keyakinan menghadapi hari pada awal hari.

kemudian diteruskan,
dengan memulakan hari dengan hati gembira dan tenang. :)

Pada waktu ini, secara tidak langsung.
Kita membina kekuatan kita sendiri untuk menghadapi hari hari esok.
Semoga kita terus menghadapi dengan tenang.
Diberi terus kekuatan , berpanjangan...

Bukan mudah untuk kita kan nak melawan nafsu dan syaitan.
kekuatan perlu dibina.
Tapi, kalau kita sedar ada nikmat dlm solat subuh ini.
Kita tidak akan melepaskan ia.

Rasulullah ada bersabda:

"Sesunnguhnya solat yang paling berat bagi org munafik adalah solat subuh. Sekirannya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatang sekalipun dengan merangkak."

p/s: kita yang perlu membina kekuatan itu! :D

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak meng"update" blog ini. Ada sesetengah yang rindu... (Haha...perasan!) Ok, di hari yang mulia ni (JUMAAT) aku ingin sampaikan satu pesanan. Pesanan ini bukan untuk sapa sapa hanya sebagai peringatan buat kita semua.

Hidup kita kenalah di isi dengan kerohanian agar kita tidak tersasar jauh. Sentiasa tenang melalui kehidupan kehidupan yang penuh liku. Yang kita jangka mahupon tidak. Sebagai hambanya yang kerdil kita tetap kena hadapinya. Orang yang hadapinya dengan penuh kesabaran baru dikira mereka mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka. :)


Back my topic, Ujian. Setiap manusia akan diuji. Sama ada kita sedar atau tidak. Kan??? Tapi yang membezakan nya ujian kecil atau besar. Paling penting, bagaimana kita nak menghadapinya???

Tuan blog pon pernah melaluinya. Dan disebabkan aku juga antara hamba hamba nya. Maka kesedihan adalah peneman ketika kedukaan. Air mata? Air Hidung? semua dah keluar. Seriously, hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Keseronokkan @ kebahagian bukan milik mutlak kita. Kita mampu memilikinya tapi hanya sementara. Walau selama mana, tapi dugaan akan tiba dan akan kita lalui jugak ... :) Namun, ingat setiap ujian kita lalui semua darinya. DIA adalah sebaik-baik perancang.

"Bersabarlah sahabatku, setiap dugaan ada hikmahnya. Hikmah yang kita tidak tahu bila pasti akn kita dapat. Namun, janji tuhan adalah benar. Setiap kita lakukan akan di balasNya. Kebaikan di bals baik. Kejahatan dibls nya dgn setimpal. Kita hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Berada di landasannya berusaha menjadi dikalangan hambanya bersyukur dan bertaqwa."
Antara kata-kata, sahabat yang kita akan terima. Betul dan tiada salahnya mereka. dalam perangsang kekuatan. Tapi tidak cukup, sekiranya kita masih di tempat yang sama. Tidak cuba dari keluar dari masalah yang kita hadapi.


Bangkitlah pada mereka yang masih dalam kealpaan @ kesedihan. Keluarlah dari masalah anda. Hidup bukan hanya selama-lamanya. Tapi bila kita hidup ini, hiasi lah seperti butir-butir mutiara dilautan.

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Hidup ini, akan bahagia bila semua orang berfikir ingin bahagia. Dan yang paling penting mencari KEBAHAGIAN itu. ^___^

Salam RAMADAN ke-14

p/s: Ustaz call, offer rumah free. Xpe la ustaz. Saya nak masuk asrama. TQ.