Saturday, September 14, 2013

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak meng"update" blog ini. Ada sesetengah yang rindu... (Haha...perasan!) Ok, di hari yang mulia ni (JUMAAT) aku ingin sampaikan satu pesanan. Pesanan ini bukan untuk sapa sapa hanya sebagai peringatan buat kita semua.

Hidup kita kenalah di isi dengan kerohanian agar kita tidak tersasar jauh. Sentiasa tenang melalui kehidupan kehidupan yang penuh liku. Yang kita jangka mahupon tidak. Sebagai hambanya yang kerdil kita tetap kena hadapinya. Orang yang hadapinya dengan penuh kesabaran baru dikira mereka mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka. :)


Back my topic, Ujian. Setiap manusia akan diuji. Sama ada kita sedar atau tidak. Kan??? Tapi yang membezakan nya ujian kecil atau besar. Paling penting, bagaimana kita nak menghadapinya???

Tuan blog pon pernah melaluinya. Dan disebabkan aku juga antara hamba hamba nya. Maka kesedihan adalah peneman ketika kedukaan. Air mata? Air Hidung? semua dah keluar. Seriously, hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Keseronokkan @ kebahagian bukan milik mutlak kita. Kita mampu memilikinya tapi hanya sementara. Walau selama mana, tapi dugaan akan tiba dan akan kita lalui jugak ... :) Namun, ingat setiap ujian kita lalui semua darinya. DIA adalah sebaik-baik perancang.

"Bersabarlah sahabatku, setiap dugaan ada hikmahnya. Hikmah yang kita tidak tahu bila pasti akn kita dapat. Namun, janji tuhan adalah benar. Setiap kita lakukan akan di balasNya. Kebaikan di bals baik. Kejahatan dibls nya dgn setimpal. Kita hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Berada di landasannya berusaha menjadi dikalangan hambanya bersyukur dan bertaqwa."
Antara kata-kata, sahabat yang kita akan terima. Betul dan tiada salahnya mereka. dalam perangsang kekuatan. Tapi tidak cukup, sekiranya kita masih di tempat yang sama. Tidak cuba dari keluar dari masalah yang kita hadapi.


Bangkitlah pada mereka yang masih dalam kealpaan @ kesedihan. Keluarlah dari masalah anda. Hidup bukan hanya selama-lamanya. Tapi bila kita hidup ini, hiasi lah seperti butir-butir mutiara dilautan.

"Sukar digapai. Namun, bahagia bila bertuan".

Hidup ini, akan bahagia bila semua orang berfikir ingin bahagia. Dan yang paling penting mencari KEBAHAGIAN itu. ^___^

Salam RAMADAN ke-14

p/s: Ustaz call, offer rumah free. Xpe la ustaz. Saya nak masuk asrama. TQ.

0 comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sopan Santun Amalan Kita