bagi aku hutang adalah satu tanggungjawab.
amanah.
bila pinjam.
kita perlu rasa bertanggungjawab untuk pulangkan kembali nilai atau sesuatu yang kita pinjam itu.
tidak kisahlah ia hanya sesuatu benda remeh atau nilai yang sedikit.
pada kita mungkin ia hanya sesuatu nilai yang kecil.
tapi kita perlu ingat, nilai itu tidak sama pada pemilik yang memberi pinjam.
berapa struggle dia untuk memberi peluang kepada orang lain disebabkan rasa ihsan dan sayang akan orang lain.
sedangkan menangguh hajat sebab memikirkan keperluan orang lain.
ini kerana janji ditaburkan sebelum sesuatu (meminjam) yang dilakukan itu memberi impak kepada individu lain.
manusia itu datang daripada pelbagai latar belakang.
dan setiap individu mempunyai prinsip yang dipegang.
jadilah manusia yang menitikberat prinsip.
disebabkan hal hutang ini.
ia mampu memusnahkan persahabatan yang bertahun-tahun.
percayalah.
paling tak boleh belah.
kaya cara hidup.
rupanya meminjam sana sini.
peminjam lebih hidup mewah dari meminjam.
dan ketika tepat pada waktunya untuk pulangkan apa yang dipinjam.
peminjam seakan kabur dari dunia.
yang meminjamkan pulang bagai penagih dadah dijalanan tak ubah seperti peminta sedekah.
dunia hari ini menjadikan manusia itu sifatnya hilang pertimbangan.
hindarilah diri dari termasuk golongan sedemikian.
Rasulullah SAW sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang.
Hadis daripada Abu Hurairah RA menceritakan bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah SAW satu jenazah, Rasulullah SAW tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.
Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. (Riwayat Muslim).
0 comments:
Post a Comment
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Sopan Santun Amalan Kita