Assalamualaikum...
Melihat dunia hari ini. Berbagai ragam manusia yang kita dapat lihat.
Dari kaca mata kasar.
Yang berada dalam hidayah dari-Nya terus menambah kebahagian yang dimiliki. Berjuang mengapai keredhaan Allah. Berkejar-kejar memiliki cinta-Nya.
Yang masih mencari-cari erti nilai diri, bergerak, berusaha, mencari, dan mula mendekati. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka melangkah setapak kehadapan. Satu hari nanti mereka mampu berada sebaris pejuang mengapai redha-Nya.
Namun, hati ini terdetik rasa sedih. Dimana masih ada insan yang berada di tapak yang lama. Ruginya insan ini. Tidakkah mereka rasa?
Aku pasti dan yakin mereka pun merasainya.
Namun, berada dalam kelompak yang sama seperti mereka tidak mampu mengubah mereka. Mungkin mereka pernah cuba. Tapi, kecundang ditengah jalan. Atau pun tidak tahu bagaimana mahu memulakan satu perubahan.
"Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka. Berikanlah petunjuk kepada mereka. Mereka tidak kuat. Bantulah mereka. Hadirkanlah insan yang mampu menbimbing mereka. Kelilinglah mereka dengan insan-insan yang mampu membawa mereka keluar dari tapak lama itu."
Melihat dunia mereka. Terdetik juga dihati, kenapa bukan aku yang membawa mereka keluar dari kelompok itu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku tidak mampu. Lemah. Mungkin hanya mampu memberi kata-kata. Bermain dengan madah pujangga. Tapi, aku takut. Takut aku kecundang bersama mereka. Niat yang baik utk membawa mereka akan bertukar bersama mereka.
Bukan inginku katakan mereka itu perosak.
Namun, aku.
Aku hanya pemilik iman lemah.
Maafkan aku.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’ad: 11)
mendalam maksud ni dan sampai kepada apa yang nak disampaikan... In Shaa Allah...Amin...
ReplyDeletedunia kt sama tp kt sja yg mbezakan =)
ReplyDeletesusahkan nak istiqamah. semoga ALLAH kuatkan hati kita :')
ReplyDelete