life must go on.

Assalamualaikum...

"Bukan mudah melukis pelangi di langit yang 

tertinggi tanpa hadir gerimis dan sinar mentari 
yang mengiringi..."

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, sebagai manusia biasa kita mampu berdoa yang berlaku adalah yang terbaik dalam hidup kita. Kadang-kadang kita diuji dengan ujian yang sangat berat. Tak tertanggung rasanya diri yang kerdil ini menggalas ujian diberi. Terasa diri lemah sangat saat itu. Tapi betullah janji Allah dia berikan ujian pada setiap hambanya mengikut kekuatan yang termampu dan setiap ujian diberi tanda dia sayangkan kita dan mahu memberi mengangkat darjah seseorang itu.

Sebab itulah bukan mudah untuk melukis pelangi. Yang cantik dan disukai orang ramai. Pada langit yang nun tinggi. Tapi dengan ujian (gerimis dan sinar mentari) berhari-hari dilalui jadi ia menjadi terbiasa. Lalu, yang terjadi sekali sekala dan menjadi kebiasaan untuk kita yang sudah pernah melalui kehidupan yang diuji itu.

Dan akhirnya yang terbiasa itu menjadikan kita seorang yang kuat dan bahagia dengan cara kita sendiri. Lalu saat itu senyuman bukanlah tanda kekuatan tapi kebahagian yang terasa kemanisan saat mengharungi liku-liku kehidupan.

***

Kekuatan itu datang semasa keadaan memerlukan. Tidak perlu dicari kerana memang setiap manusia memiliki kekuatan itu. Walaupun pada zahirnya kita tidak nampak dimana kekuatan itu terletak. Namun, apa bila kita yang berada disuatu sudut yang memerlukan kekuatan itu. Baru kita sedar. Kekuatan itu bukanlah sesuatu yang biasa. Tapi adalah satu keajaiban yang Allah kurniakan pada setiap insan yang dipanggil manusia.


" Dongakkan kepala ke langit. Lihatlah bintang-bintang itu. Walaupun jauh dimata manusia. Ia tetap bersinar dan menghiasi langit. Menjadi perhiasan yang sentiasa memberi. Tanpa mengharap balasan dari sesiapa.  Namun ternyata  masih ada peduli. Menilai bintang-bintang itu dari mata hati. "

:) 


Comments

Anonymous said…
yeap. life must go on. :)
Unknown said…
salam..emm tol tu..Kdg2 Allah tdk memberi apa yg kita minta tp Allah bg apa yg kita perlu..bukan sekarang tp pd ms kite memerlukan..nice sharing..:-)..singgah + follow here..
menarik..walau mcm mana ia harus diteruskan =)
Unknown said…
wahh ~ tersentuh kut ! terima kasih ye tolong ingatkan , jazakillahu khaira :D
Unknown said…
stay strong. Allah ade :')
Unknown said…
setiap dugaan tu ada hikmah dan dugaan tu menguatkan lg kita bila kita berjaya tempuhinya