Welcome Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum...

13 Syaaban 1434 Hijrah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dihitung. Dan kita akan masuk ke bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini amat bermakna. dan Ramadhan kali ini sangat ditunggu aku. Entahlah, hati ini sangat dekat dengan Ramadhan kali ini. Tak sabar-sabar nak bertemu dengan Ramadhan kali ini. Tak sabar-sabar sangat. Semoga Allah memanjangkan usiaku untuk bertemu Ramadhan kali ini. Ameen.

Ya, mungkin sebab Ramadhan lalu dan lalu sangat mengecewakan diri ini. Sebab apa? Erm, sebab bulan Ramdhan lalu tiada penghayatan yang mendalam. Sebab sangat terleka dengan dunia. Eh3x jangan negative yerk. Ramadhan lalu tetap aku tidak miss puasa melainkan hal-hal tertentu dibenarkan Allah. :)

Ramadhan.

Cerita tentang bulan ini. Ya semua orang tahu. Bulan dimana diwajibkan berpuasa, menahan rasa lapar dan dahaga disiang hari. Namun sejauh mana kita hayati rasa lapar dahaga itu? Sepatutnya kita menghayati iaitu rasa lapar dan dahaga dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Ya. Dan memperbanyakkan amalan-amalan kerana pada bulan ini Allah menurunkan rahmat yang sangat banyak dan tiada pada bulan bulan lain.

Dan aku mengejar malam ini. :')

Lailatul Qadar.

"...Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar..."     (Al-Qadr 97 : 1-5)


Tiba-tiba teringat Ramadhan lalu, satu hari pada Ramadhan ke berapa entah. Aku dapat menunaikan puasa dan solat tarawih dirumah. Saat sangat mencuit hati ini. Terasa lawak plus tak tahu sebenarnya nak cakap macam mana.

Semasa tarwih di masjid, selalunya aku sangat segan. Sebab aku jarang pergi masjid. Ye lah. Orang cakap setahun akan sekali akan muncul dan wajib muncul Semasa solat Raya AdilFitri. :) Tapi tahun lalu aku muncul semasa solat tarawih. Sebab sebelum ini tak berkesempatan. Al-Maklumlah budak asrama. Payah nak ada dirumah. Life banyak diasrama.

Then, masa tiba masa solat jemaah , solat Tarawih. (sebenarnya even solat lain pon sama) Keadaan aku akan jadi macam ini ketika Tahiyat. :D Cc: TheMuslimShow

Seriously, pengalaman aku berada dengan jemaah-jemaah. Sangat tak boleh diungkap. Why yerk? Diorang selalu macam ini. Dan satu lagi , bila saf tak penuh. Aku ringan mulut mengajak mak cik sebelah aku turut merapatkan saf. Dan terus , mak cik itu buat muka macam aku bersalah? Salah ke aku? Oh Allah. 

Antara terasa tercabar atau terasa hilang hormat atau terasa? :3

Maafkan saya mak cik- mak cik...

InshaAllah. Ramadhan kali ini. Marilah kita kutip semua rahmat setiap hari-harinya.




Selamat Datang Ramadhan 1434 Hijrah.

Comments