4 weeks to go...

Assalamualaikum...


Apa yang four weeks??? Huhu... biarlah rahsia. Hehe. Hari ini nak share banyak benda. Banyak berlaku sebelum ini. Just tak berkesempatan nak share. Jadi kebarangkalian utk entry ini panjang adalah besar. Tapi insyaAllah aku cuba akan simplekan entry kali ini. Slow-slow yerk baca tu...

18/2 hingga  21/2 - Week yang sangat weak!. Entah... mcm mcm perasaan ada. kenangan mmg akan buat kita lemah. kata pada diri: Life is must go On!!! bukan kita harus melupakan kenangan. Tapi lupakan apa perkara yang buat kita lemah itu. Jadikan kenangan satu titik tolak utk terus kita bergerak maju. Jadikan kenangan satu pengalaman yang tak akan berulang. Yeah!!! today 25/2 adalah minggu semangat. Chaiyok!


22/2 - Hari Mishu-mishu. Erm, fathers day. Suka hati aku nak sambut bilakan. Bila aku rindu aku akan pergi bilik arwah bukak beg Office menatap dokument2 before arwah meninggal. Banyak betul barang-barang dia tinggal kami simpan dan sayang utk buang. Segenap ruang rumah masih ada barang kepunyaan beliau. Especially kereta arwah. Sekarang ini, kereta arwah jadi kegunaan abg cik. Berapa kali org tanya bila nak jual. Mungkin kereta itu tak akan dijual. Seriously sayang sgt. Kerata itu, banyak berjasa. Semasa kami dialam persekolahan. Bila hujan je, arwah ayah akan hantar. Kalau ikutkan arwah ayat tak berapa suka naik kereta sebab melambatkan perjalan dia pergi kerja + sejuk aircond kereta. Tapi kalau tak naik kereta tak akan nak berhujankan. 

+++ I love you to Ayah+++

Tengah-tengah seronok tengok document document dalam beg Office tu. Terjumpa, satu kad. Air mata terjatuh. kad "Father Day" masa aku form 1, arwah ayah selit dlm buku catatan. Walaupon isi kandungannya yang lawak. Formal. "Redha Allah Fi Redha Alwalidaini." perkataan arab yang aku suka sangat. Tapi itulah luahan hati masa aku tulis. Arwah ayah baca + simpan. 

Banyak kenangan sangat! Tak mampu nak cerita.

23/2 - Adventure day.  Aku pergi Penang. Jumpa Siti ambil Kad Siswa + Baucer buku (BRIM) Why adventure? Sebab kena pergi awal pagi dan balik before pukul 1. Haha. Mengejar masa. Di pagi hari pukul 8, terpacak aku di station Parit Buntar. Naik bas serba kacak "bumiwira" kalau pengguna bas ini tahu kenapa aku sebut kacak. Bergerak pukul 8 dari Parit Buntar ke Butterworth tapi berhenti di Megamall dalam pukul 8.45 pagi dah sampai. Aku tak berhenti di Butterworth sebab pasti akan lambat berjumpa Siti. Lepas sampai call Siti dtg hantar kad siswa+baucer, alang-alang tu suruh dia hantar aku ke station Butterwoth. 

Dikisahkan masa nak ambil kad siswa + baucer aku tunggu respond ain sebab nak ambil sekali utk dia dan nak past ke Farees. Tunggu punya tunggu je lah. Last2 decide balik tanpa tolong hantar dekat Farees. Erm, says sorry.  Aish bukan main susah lagi. Tak abis-abis dengan fe'al dia bateri handset habis. Patut kak angkat dia angkat. "The num. u have dail is busy." ="= . Tapi aku balik dengan bawa 3 bungkus baucer + 3 kad siswa. 1 pair aku punya. 2 pairs lagi? Siapakah??? Hehe. Rahsia. Kidnap sebentar. ◠‿◠ Sorry to says. Anyway, selamat sampai di pekan Nibong Tebal pukul 12 dan selamat mengepost 2 lagi pair baucer + kad siswa. Dijangka sampai hari Isnin. Tunggu. 

24/2 - Anak buah ada dekat rumah, sudah pandai jalan. Nampak MakSu senyumlah dia plus tom...tom... (jom), maksu kan suka bawa jalan-jalan. Hehe.Akal budak-budak. Nampak ikan. tan... tan... Haha. Keep smiling throw the sadness because of you always put the smile to me. (seriously terhibur)

MakSu: Sayang sikit maksu...
Husaini: Muah... sambil mulut dia kat pipi kita... 
p/s: seperti dijangka, entry panjang utk seminggu. -..- ...keep memories... nanti esok besaq kita tunjuk... ◡‿◡ 


Comments

My Name is N said…
amboi. entry untuk seminggu punya cerita. nice. kite pon suke tengok besday card yg kite buat untuk arwah mak mase kite sekolah dulu. sebak je kann. be strong yaa :)
Cikgu Ma said…
akak jd malas update sekarang ni,...hehe

eh, sori x der kena mengena dgn entry///hehe
dzafirahzain said…
@Cikgu Ma sama lah bila mood xada tuuu... kan3x entry seminggu dikumpul... :P