Assalamualaikum...
Subuh pagi ini.
Liat sangat nak bangun. Adoii... kenapa entah. Rasanya sudah buat macam Dr. Fadzillah Kamsah pesan iaitu,
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:
"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.
"Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan."
"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur."
Teringat balik apa yang dipost hari tu di facebook. Patutlah orang cakap nak cepat hafal apa yang kita baca kita tulis balik 44 kali.
Jenuh juga kalau 44 kali nak tulis, zaman sekarang pula ada komputer. Rasanya tak ada dah part tulis 44 kali tu. Copy Paste Creadit diri sendiri ada la. Nak glamour. Oh sedih. KKS sungguh. (Kurang Kasih Sayang)
Back our topic. Tersimpang kelain pula. Maaf.
Di teruskan hajat hati. Bangun utk tunaikan solat. Buat sedikit kelainan hari ini. Lepas subuh pasang radio deras-deras supaya tak ngantuk. Kalau tak nanti tertidur. Lepas rezeki awal pagiku.
Sambil dengar lagu-lagu dicorong radio, teringat miss call seseorang tadi.
Apalah masalah dia ni?
Call pagi-pagi subuh. Aku baru nak bangun. Nak kejutkan aku tidur ke?
Eh, buang tabiat dia nak call aku sebab nak gerak subuh.
Yang aku tahu dia bukan jenis macam tu.
Sebelum ini, call sebab nak sembang kosong mcm ala-ala di kedai kopi adalah.
Rasa nak call balik. Credit pula menghalang. Kosong. Rasanya ada sebab juga Allah takdir credit aku macam tu. Hehe.
Dah lama tak menambah reload. Sebab fikir iman sendiri pon tak pernah nak reload sebanyak tu. Membazir pula nak reload, sbb tak ada siapa yang hendak dihubungi.
Anyway, kalau ada sbb InshaAllah dia akan call balik.
Kalau tak ada sebab aku tahu.
Dia tak akan call.
:)
Abaikan.
Mulakan hari ini dgn melayan anak buah kesayangan.
Siapakah yang call?!! o_O
ReplyDeletePasal apa yang kita cakap sebelum tidur tu dibawa sampai bangun tidur nanti selalu terjadi dekat kami he3~
@Chibiha Itsumi hehe. :P secret. lalala.
ReplyDeleteMeans fana? fana tnya soalan ke niy? Hahaha. ^^ #blur seketika. Hi.
maafkan orang yg sakitkan kita sblom tidur. Isha Allah esok bangun dengan hati yg lapang...
ReplyDelete@empunya blog
ReplyDeleteAyat 1st tu kami tanya..yg 2nd tu kami bagitaw he3~
@Chibiha Itsumi Hahaha... ^^ okey still secret Haha.
ReplyDelete@kopi pasta maafkan segalanya ^^
ReplyDelete@kopi pastasenang diungkap pyh utk ditelan :D
ReplyDelete