Salam Jumaat. Pagi yang indah. Hari penghulu sehari.
Hati ini tergerak hati utk menaip. Mengisi kekosongan hari-hari ini. Sudah lama tidak mentarbiahkan hati ini. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia. Alpa. Leka. Terlupa. Complete statement!
.
.
.
.
Titik. Demi Titik. Berapa kalikah titik-titik itu tumbuh didalam hati kita?
.
Titik itu akan bertambah selari dengan perbuatan "buruk" kita. Dalam sedar atau pun tidak sedar. Ia akan semakin bertambah. Tanpa ada yang tertinggal.
Bertambah.
Bertambah.
Bertambah.
dan
Bertambah.
Akhirnya akan menutupi menyelaputi hati kita.
Besar manalah sangat hati kita?
Kata Ustaz, hati yang dipenuhi titik-titik hitam ini sukar ditembusi oleh cahaya.
Maka gelaplah hati insan itu.
Gelapnya umpama batu hitam legam berpunca dari titik-titik yang kecil itu.
Sebab itu akhirnya insan itu sukar menerima walaupun secebis teguran kerana kerasnya hati dia seperti batu itu.
Astagfirullah...
Maka bagaimana kita mahu kembalikan cahaya itu masuk terus... kedalam hati kita?
Bagaimana?
Bagaimana?
Kata Ustaz, perkara kebaikan itu banyak. Hanya manusia yang gelapnya hatinya itu tidak nampak.
Awak kutip sampah. Itu pon perkara kebaikan.
Awak tolong rakan dlm halnya. Itu pon kebaikan.
Awak ungkapkan nasihat. Itu pon kebaiakn.
Awak belanja seseorang. Itu pon kebaikan.
Awak siram pokok. Itu pon kebaikan.
Awak beri makan kucing. Itu pon kebaikan.
Awak tolong adik buat kerja sekolah. Itu pon kebaikan.
Awak tolong ibu beli garam. Itu pon kebaikan.
Mana-mana perkara yang membantu menyenangkan hal org lain itu adalah dipanggil kebaikan.
Maka, lakukanlah ia dari sekarang. Walaupon dengan hanya...
Senyuman...
:)
dzaf suke tolong member2. thankyou :*
ReplyDelete@Eyla Nabella hobi ila... -.-
ReplyDelete