Thursday, May 9, 2013

Latihan Industri #14 : Feel Free~

Assalamualaikum...

-mereka-

Wish one day , I will meet them again. Crazy friend make my life really perfect. Thank to Allah temukan aku dengan mereka. :')  

#Penyu #Hippo 

Kemarin adalah last day untuk semester 6 (Latihan Industri) . Semuanya selesai kemarin. Pendaftaran Tamat LI, presentation, dan hantar. Totally, semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah di observed oleh lecture yang tak banyak kerenah. 

*gambar oleh penyu*

Report tebal mana? Fuyoo... Aku pon tak sangka report aku setebal tu!~ First time aku rasa aku mengerahkan totally otak aku berkerja mengarang ayat-ayat madah berpunjangga macam tu... Hehe... Terasalah pengorbanan mengadap depan laptop tu, tak sia-sia. Nak tunjuk memang tak adalah dalam gambar. Mampu cakap m/s180 rasa-rasa tebal mana? Haha. Tapi bagi aku report aku tebal dengan Lampiran sebab banyak sangat benda nak tunjuk. So, report tu hanyalah 1/2 dari tu... Maknanya tak lah banyak mana kan. :D

Okey, ini adalah last post cerita pasal LI. Jadi dekat sini aku nak cerita time perpisaha dekat tempat LI. Seriously, tempat LI aku pergi ni sangat best dan awesome. Staf-staf yang peramah buat aku... Arrrh... syg nak pisah dengan semua. Tambah-tambah penyelia yang sangat memahami dan baik hati serta sangat senang bertukar fikiran , beri pandangan dan tak kedekut ilmu. Diri rasa amat bertuah dapat LI dekat Jabatan Pembangunan , USM Kampus Kejuruteraan.

*pelajar LI bersama dengan penyelia aka kak ina yang sporting*

Dan sekarang ini aku tengah join Program 3P. Aku nak explain lebih-lebih aku sendiri tak berapa faham sangat konsep program ini. Yang pasti program ini menambah kemahiran pelajar. Akan diajar dan uji (test) dan sekiranya layak , kita akan dikurniakan sijil kelayakan dengan kemahiran kita belajar. ^_^ Masa hanyalah 1 bulan dari sekarang. Tapi sekarang ini, budak kelas aku hanya enjoy sebab kelas bermula minggu depan. 

So, aku sekarang memang Feel Free... #FF

Wednesday, May 1, 2013

Latihan Industri #13 : Labour Day 2013

Assalamualaikum...

Selamat Hari Pekerja. Ucapan ini dituju khas kepada diri sendiri. Ace ce ce.. He. Tak lah ucapan ini khas dituju pada my Mum. Walaupon hari ini, hari pekerja kerja mak tak pernah habis. Dari pagi sampai malam. Dari malam sampai ke pagi. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik. Selalu. Dan hanya Allah dapat membalas budi mak. Sebagai anak mak, firah dapat doakan semoga hari-hari mak lalui adalah hari yang terbaik. Dan semoga mak dimasukkan dengan orang-orang beriman. Ameen.

Dan ucapan ini juga pada pekerja yang bercuti. As student practical kami pon dapat keistimewaan ini. He. Terasa seronok bercuti walaupon hanya sehari. Hi. Esok back to work dan lusanya adalah hari terakhir ditempat kerja. :)

Dan juga pada keuntungan ini diterima juga kepada pelajar-pelajar. Sebab cikgu cuti. So, murid pon cuti. Tak ada cikgu yang nak mengajar. Walaupon begitu masih ada insan yang sedang bekerja. As a DJ radio. Kedai makan. Pekerja Super-Market. "Selamat Hari Pekerja". Selalunya mereka yang bekerja pada hari bekerja didouble kan gajinya. Hehe. So, jgn lupa belanja erk. hahaha.

Okeylah, orang lain sibuk dengan melepak didepan TV. Aku terpaksa berdepan dengan laptop!~ Sebab aku tak siap lagi "Final Report".

Last, Selamat Hari Pekerja. dan Selamat menyiapkan report!~ -.-

p/s: kerah otak utk final report dan bersedia dgn speech utk hari last nanti... OMG

Monday, April 29, 2013

Diari #12 : Superhero!~

Assalamualaikum...

Krohh... krokh... krokh...

Perut bunyi tanda lapar teramat sangat.

Akhirnya, petang itu aku decide tekad! dalam hati.

Semasa keluar menuju ke tempat meletak moto. Tangan menyeluk saku sambil meletakkan helmat diatas tempat duduk moto.

Ktoot!

Astagfirullah...

Tangan mencapai helmet yang terjatuh. Dalam hati berbisik. *... Sudahlah aku kebulur. Jatuh pula helmet tengah syiok menikmati coki-coki ni.* Mulut sambil mengungkapkan kata Bismillah...

Aishhh... nafas dilepaskan...

Laju sahaja helmet dipakai. Lalu dihidupkan engine. Keluar dari tempat letak moto menuju ke jalan besar. Sambil mata melihat sekeliling macam rasa diri dipandang dan diperhatikan. ??? *getus hati why???

Tiba di lampu isyarat. Rasa diperhatikan itu makin bertambah.

Err, mamat dalam kereta disebelah aku ini pon tengok aku atas bawah.

Dalam hati "Helo... salah ke aku makan coki-coki? Aku ikut sunnah kot. Masih duduk dan sebelum aku makan tadi aku sudah baca bismillah."

Oh. Tuhan.

Lampu isyarat sudah bertukar warna. Hijau.

Aku memecut laju moto dibawa dengan hati bergembira. Moga coki-coki yang aku tengah gigit dan bergantung dimulut tidak jatuh. Itulah satu-satunya Superhero!~ perut. Sebelum aku tiba ke rumah.

─‿‿─


Friday, April 26, 2013

Diari #11 : Hitamnya

Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Pagi yang indah. Hari penghulu sehari.

Hati ini tergerak hati utk menaip. Mengisi kekosongan hari-hari ini. Sudah lama tidak mentarbiahkan hati ini. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia. Alpa. Leka. Terlupa. Complete statement!
.
.
.
.

Titik. Demi Titik. Berapa kalikah titik-titik itu tumbuh didalam hati kita?

.

Titik itu akan bertambah selari dengan perbuatan "buruk" kita. Dalam sedar atau pun tidak sedar. Ia akan semakin bertambah. Tanpa ada yang tertinggal.

Bertambah.

Bertambah.

Bertambah.

dan

Bertambah.

Akhirnya akan menutupi menyelaputi hati kita.

Besar manalah sangat hati kita?

Kata Ustaz, hati yang dipenuhi titik-titik hitam ini sukar ditembusi oleh cahaya.

Maka gelaplah hati insan itu.

Gelapnya umpama batu hitam legam berpunca dari titik-titik yang kecil itu.

Sebab itu akhirnya insan itu sukar menerima walaupun secebis teguran kerana kerasnya hati dia seperti batu itu.

Astagfirullah...

Maka bagaimana kita mahu kembalikan cahaya itu masuk terus... kedalam hati kita?

Bagaimana?

Bagaimana?

Kata Ustaz, perkara kebaikan itu banyak. Hanya manusia yang gelapnya hatinya itu tidak nampak.

Awak kutip sampah. Itu pon perkara kebaikan.

Awak tolong rakan dlm halnya. Itu pon kebaikan.

Awak ungkapkan nasihat. Itu pon kebaiakn.

Awak belanja seseorang. Itu pon kebaikan.

Awak siram pokok. Itu pon kebaikan.

Awak beri makan kucing. Itu pon kebaikan.

Awak tolong adik buat kerja sekolah. Itu pon kebaikan.

Awak tolong ibu beli garam. Itu pon kebaikan.

Mana-mana perkara yang membantu menyenangkan hal org lain itu adalah dipanggil kebaikan.

Maka, lakukanlah ia dari sekarang. Walaupon dengan hanya...

Senyuman...

:)