Diari #13 : Rindu dari Langit

Assalamualaikum...

Memiliki Kehilangan - Letto

Kehilangan buat dunia aku. Berubah dengan sekelip mata. Tanpanya. 

Sayu~

Tanggal 26/Julai , ketika umur aku mencecah 15 tahun. 

Ingat lagi aku waktu dua minggu sebelum semua kejadian yang berlaku buat seisi rumah aku ternanti-nanti kepulangannya. 

Asrama Puteri, Sek.Men.Keb.Agama.NT. : Aku dan rakan-rakanku baru lepas sesi riang ria bermain hujan. Waktu time cuti (hujung minggu) , memang mcm inilah kehidupan seorang pelajar asrama. Menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Dan aku tidak terkecuali. Nikmat persahabatan itu.

Nikmat itu diberi seketika, sebab itu Allah berpesan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. 

Muda sebelum Tua, Kaya sebelum Miskin, Sihat sebelum Sakit, Lapang sebelum Sempit, Hidup sebelum Mati. :')

Agar bila diberi ujian, kita pantas bertindak. Tidak jatuh tersembam.

Hati aku ketika itu ingin sangat menelefon rumah. Al-Maklumlah rindu mak ayah dirumah. 2 week , tak balik.  Saat itu, sahabat lain menemani aku. Erat ukhuwah itu, sampai menelefon pon di temani mereka. 

Tuttt... tutt... tutt... (tak diangkat)
Tuttt... tutt... tutt... 

Suara mak kedengaran memberi salam. Tanya khabar. Tiba-tiba, mak cakap ayah excident dah seminggu. Jantung aku saat itu, hanya Allah yang tahu. Mata bergenang. Air mata ditahan dari mengalir. Fikiraan bercelaru. Mana tidaknya. Hari ini, hari Ahad. Untuk minta pulang kerumah itu peluang sangat tipis. Sebab esok dah mula persekolahan. 

Ya Allah. 

Selepas meletakkan ganggang telefon. Balik ke dorm. Bersihkan diri. Minta tanda tangan dari warden. Sedih. Warden benarkan pulang dengan syarat balik kembali pada hari yang sama. Tenangkan fikiran. Janji boleh balik.

Sampai dirumah. Ramai sangat dekat rumah. Melawat ayah. Rakan kerja, jiran, saudara-mara. Ayah baru sampai Jumaat lepas, sebelum ini ada dihospital. Sebab itu, aku tidak tahu hal itu. Tak dapat nak sembang banyak dengan ayah. Sebab ramai tetamu. Last, masa sebelum pulang ke asrama. Kata-kata akhir yang aku ingat waktu itu.

" Nanti kat sekolah belajar mcm biasa. :) InshaAllah, ayah tak apa-apa. "

Masakkan tidak apa-apa, kalau ayah ketika itu berada atas kerusi roda. Separuh badan ayah (kanan) tak boleh gerak. Dan apa yang ayah cakap pon tak berapa nak faham. Dan saat ayah bersuara itu, terkeluar air liur sebab itu ayah tak banyak cakap. Rindu suara ayah. :'( 

Kata-kata ayah itu, terbawa-bawa masa berada diasrama mahu pon disekolah. Kalau wajah ceria diasrama dan disekolah itu, itu hanyalah wajah. Hati dan perasaan dan fikiran ketika dan saat itu menghilang kerumah. Tak sabar nak balik kerumah menghitung hari. (2 minggu itu) Cepatlah masa berlalu...

Keceriaan hanyalah hiasan semata-mata. Fake.

Tak sampai 2 minggu, Minggu pertama Jumaat itu, perhimpunan biasa dipagi hari. Lain sgt perasaan aku masa itu. Kejadian masa subuh tadi, bangun lewat dari biasa dan mcm mcm berlaku. Tak mampu nak diterangkan satu persatu. 

Ingat lagi aku, masa itu. Ust. Sohaimi. Warden kesayangan aka Ust. yang mengajar Quran Sunnah . Naik kepentas selepas bercakap dengan seseorang yang jelas aku kenali. (jiran aku)

Dup.. dup.. dup..

" Pada nama Nur Dzafirah binti Mohd Zain , sila ambil barang-barang penting dan ikut ...

Masa dalam kereta jiran aku itu, ada adik aku. Baru darjah 2. Aku cakap dekat dia. Kenapa niy? Dia diam sahaja. Sebab dia faham. Dan aku cakap tak kan. Tak kan. Pak Cik yang bawa aku tu, mampu cakap aku perlu banyak sabar. Dia cakap kalau pak cik tak cakap pon. Aku mesti tahu. Kenapa aku dibawa pulang.

Masa tu, air mata mampu mengalir.

Masa tu, hati berulang mengatakan tak ada apa-apa.

Padahal terang lagi nyata, arwah ayah adalah pinjam Allah untuk kami semua dan dia dijemput olehNya. Setelah tugasnya dimuka bumi ini sudah selesai.

Begitu jugalah kita. Sampai masa, kita akan dijemput jua. ~

Bezanya kita tidak tahu lagi bila masa , tarikh dan keadaan macam mana kita mati itu.

Sama ada ramai yang sedih atau suka.

Aku redha dengan pemergiaan Arwah Ayah. Cuma aku amat rindu suara, wajah, keadaan dan apa sahaja berkaitan dengan Arwah Ayah. Saat ini, yang terakhir berada dengan aku ialah cincin. Cincin emas ini.

Rindu itu macam aku berada dalam hujan pada selepas arwah ayah selamat dikebumikan.

Dan hujan itu keadaannya macam aku berada di Holland.

Sebab itu hujan dan Holland itu amat dekat dengan hati aku.

Hujan atau Holland 
Holland atau Hujan

Ia adalah sama.

Al-Fatihah.

Ayah, kalau ada yang tanya aku siapa lelaki pertama aku cintai. Aku tak ragu-ragu akan jawab. Ayah adalah lelaki budiman yang aku sangat cintai. Your are my best man in the world. Rindu pelukkan ayah. :') 

Kucupan terakhir dari seorang anak perempuan utk ayahnya. (26.07.2007 / Rejab / Jumaat)

Comments

Unknown said…
Sedihnya baca. Always rindu arwah mak :'( Be strong. Allah lebih sayangkan mereka kann. Semuanya ada hikmah. Life must goes on.
dzafirahzain said…
@Eyla Nabella Must!~

apa-apa pon berlaku bila rindu hadiahkan mereka AlFatihah... :')

Stronger!~ #PowerRangerOrange