Hikayat Sengal dari Generasi Kipas :3

Assalamualaikum...

And very good _ to all reader. This is my story. If you think you cann't over imagine. Better you close this post. This is a suck post yang pernah aku tulis. HAHAHAHA. Please search other story at right sidebar name peti karun. And then click button search. Thank You. :)

---

Welcome to our planet. Name Khayalan.

Our story will begin...

#Meluaskan Tahta# 

* Planet Khayalan yang subur dgn TulipBunga *

Here, this planet ada satu tempat yang indah dinamakan Holland. Disini terbina satu istana yang sangat besar dan berputar setiap masa untuk kesejahteraan rakyatnya iaitu KipasComel. KipasComel berfungsi untuk mengstabilkan peredaran kitaran hidup di planet Khayalan.


* TulipBunga *

Dengan adanya TulipBunga sebagai sumber utama keperluan kehidupan bagi penghuni planet Khayalan. Ia bukanlah satu kemusykilan untuk terus hidup aman sentosa di bandar kota raya Holland. 

Namun kesejahteraan , keharmonian dan keindahan penduduk kota raya Holland, Planet Khayalan membuatkan semua penghuni planet-planet lain terutama penghuni planet Bumi yang duduki manusia yang jelas dan nyata diketahui suka membuat kerosakan dibumi sendiri. Mereka manusia mengimpikan memiliki Istana KipasComel dan TulipBunga untuk membaiki sistem Atmosphere mereka yang telah lama rosak. 

Setelah sekian lama mencari penawar untuk membaiki sistem Atmosphere mereka, selepas beberapa tahun baru mereka tahu dengan ada KipasComel dan TulipBunga hidup mereka kembali pulih. Kerana sekarang di Planet Bumi semua manusia memakai jacket sokongan. Pelbagai jenis bentuk dan rupa mengikut kesukaan mereka. Jacket itu membantu pernafasan setiap individu tanpa bercampur oksigen orang lain.  Yang berkemungkinan ada kuman yang boleh berjangkit. Sangat Tragis!~

*Power Ranger Orange ketika di Bumi*

Dengan itu mereka menghantar seorang penyelamat bumi ke planet Khayalan untuk mencuri KipasComel dan semua TulipBunga. Penyelamat itu digelar Power Ranger Orange. Kenapa Power Ranger Orange dipilih adalah kerana sifatnya baik, indah dipandang, tak ganas , tak ayu , pelontar hujah-hujah bernas dan dapat menawan hati-hati penduduk , malah anak Putera pewaris tahta Planet Bumi juga tertawan. Ternyata Power Ranger Orange ialah seorang gadis berkemampuan untuk melakukan misi besar Planet Bumi ini. Dilahirkan diawal usia jacket dipakai berwarna Kuning. Kemudian dia menukar image dengan memakai jacket berwarna Orange Terang. Namun apabila Power Ranger Orange menjejak kaki di Planet Khayalan warnanya tiba-tiba bertukar kepada Kuning + Orange . Sangat berkesesuaian dgn gadis, Power Ranger Orange asal dari Planet Bumi!~

*warna pertukaran baju mengkut skala, gadis Power Ranger*

Misinya untuk mendapatkan kesemua TulipBunga yang ada di planet Khayalan dan juga membawa pulang KipasComel adalah mustahil. Walaupon Power Ranger Orange ada kuasa terbang. Tapi kekuatannya untuk mengangkat KipasComel agaklah mustahil kerana didalam Istana KipasComel terdapat semua penduduk planet Khayalan. Mereka tinggal bersama tanpa prajudis. Sebab itu, planet mereka maju. Yang membezakan mereka adalah warna kulit. Tapi hati mereka bersatu. :)

Dan setelah dibuat analisis, untuk memastikan TulipBunga hidup dibumi. Bumi memerlukan KipasComel dan juga cahaya matahari normal dan air mencukupi. Sedangkan bumi sekarang berada ditahap kritikal. Bumi tak ada lapisan ozon!~ Ini semua disebabkan pencemaran.

*wajah Sultan Kipas ditangannya adalah benih TulipBunga*

Maka, dengan hati tulus ikhlas. Power Ranger Orange menghadap ketua ( Sultan Planet Khayalan, Kipas) . Berbincang , merisik, ketawa bersama dan menceritakan masalah Planet Bumi dengan Sultan, Sultan tanpa segan silu berkongsi pendapat, nasihat, memberi cadangan untuk diambil teladan oleh Power Ranger serta penghuni Planet Khayalan. Nasihatnya tidak menjerumus hanya kepada individu atau kumpulan perosak. Kerana setiap makhluk akan melakukan kesilapan , keampunan dan harapan adalah tonggak utama sesebuah kejayaan. Maka, setiap nasihat adalah ubat bagi setiap permasalahan dan perbincangan adalah landasannya dan penyelesaian adalah tujuan utama yang hendak dicapai.

Setelah sepurnama, Power Ranger Oranges duduk di Planet Khayalan. Banyak ilmu di pelajari. Setiap ilmu yang diterima di tweet kepada pemerintahnya di Planet Bumi. Agar setiap ilmu itu tidak akan hilang malah disimpan dalam simpanan data untuk tatapan rakyat. Malah dia sendiri mengamalkan apa yang ditweetkannya.

* rekabentuk plan KipasComel yang diajar oleh Sultan Kipas *

Di peringkat akhir, Sultan Kipas mengajar ilmu paling utama digunakan di Planet Khayalan. Iaitu ilmu membuaat KipasComel. Segala Reka Bentuk, Saiz , Material diceritakan kepada Power Ranger Orange. Satu pun, tidak ditinggalkannya. Baginya ilmu perlu diajar dengan ikhlas. Agar si penerima ilmu memahaminya dgn baik. Dan cadangannya kedua. Untuk membawa pulang TulipBunga. Sultan mencadangkan agar Power Ranger Orange membawa balik biji benih. Biji benih ditanam secara kecil kecilan dan dikawal rapi setiap pertumbuhannya. Dan juga membawa pulang sejambak bunga plastik sebagai kenang-kenangan.


Keesokkannya, segala yang diperlukan oleh penduduk bumi di ikat rapi dibelakang Power Ranger Orange. Sudahkan pula, kedatangan tidak dijemput disambut sebaiknya dan pemergiaannya jua diraikan. Maka, pulanglah Power Ranger Orange dgn wajah tersenyum dan kenangan terindah di Planet Khayalan.

Setibanya di Bumi, Power Ranger Orange segera membentangkan dan melancarkan  segala kertas rancangan dan cadangan. Dia juga menasihatkan agar setiap individu mesti mengemas kawasan rumah masing-masing. Dan mulai sekarang semua perlu bertungkus lumus untuk kesejahteraan bersama. Menjaga kebersihan, kecerian dan keindahan sekeliling. Pelbagai undang-undang dilaksanakan. Diwujudkan jua badan-badan Kerajaan agar setiap daerah dapat dipantau. Sambil itu, Power Ranger Orange dan keluarganya berusaha membiakkan anak pokok TulipBunga , mengkaji dan meneliti tempat yang sesuai untuk ditanam. Mereka juga mendirikan beberapa KipasComel mengikut rekabentuk diajar kpd Power Ranger Orange.

Akhirnya, mereka menemui tempat yang sesuai ditanam dan didirikan KipasComel dan TulipBunga. iaitu London. Iaitu tempat paling iklim yang sesuai untuk penanaman TulipBunga. Dan mereka menamakan Holland bersempena dengan nama bandar yang terkenal di Planet Khayalan.

Dengan sifat murni, baik hati, tolong menolong akhirnya misi di tujui tercapai. Dan Planet Bumi kembali hidup sedia kala.

* Bumi , kembali kepada asal dan subur dgn TulipBunga yang berwarna-warni *

Dihujung kampung di Holland, Power Ranger Orange masih teringat kenangan dia ke Planet Khayalan. Kemudian setemerta dia melayangkan surat berupa poskad didalam frame bergambarkan TulipBunga di Planet Bumi. dan dia dihadapan KipasComel dan Ladang TulipBunga, Holland. 


* poskad yang diframekan , 3 kuntum TulipBunga  *


Penerima: Hatiku, Holland.

Disini, selepas perginya Power Ranger Orange. Rakyat Planet Khayalan banyak yang mati disebabkan virus yang dibawa oleh PRO (Power Ranger Orange) . Namun hanya tinggal 3 kuntum TulipBunga dan tiga makhluk yang mana tidak diketahuinya memang wujud di Planet Khayalan oleh penduduk bumi.

Penyu & Hippo dan  Panda.
Sultan Kipas : " ... Mereka akan datang menuntut bela atas kemusnahan Kota Raya Holland, Planet Khayalan. Hoi, Bumi!!!~ "

Apakah akan berlaku?

Comments

dzafirahzain said…
@nuyui a.k.a miss YUI mmg tgh berimaginasi Hehehe... ^^,
Unknown said…
hahaha. part last tuhh yg tak boleh blah !
dzafirahzain said…
@Eyla Nabella hehehe. itu paling imaginasi tahap zero. KO. :P