Buku Tajuk : Travelog Syahadah by Muhammad Rashidi bin Abdullah

Assalamualaikum...

Before ini, aku ada cakap. If aku ada kesempatan. Aku akan cerita satu persatu buku-buku yang aku baca ini. Jadi disini satu buku motivasi atau lebih kepada Islam/Gaya Hidup.

Tajuk : Travelog Syahadah
Oleh : Muhammad Rashidi bin Abdullah (http://mualaffalbidayuhi.blogspot.com)



"Jejak seorang Mualaf Mencari Jalan ke Syurga."

Buku ini menceritakan perjalanan seorang yang berasal dari keluarga beragama Kristian di Sarawak. Kehidupan remaja pada masanya yang penuh dengan liku-liku kehidupan akhirnya mematangkan dirinya. Namun ujian hidup yang selalu akan hadir pada insan-insan sebegini. Pelbagai dugaan dihadapi. Namun berkat ketabahan hati dan jiwa anak muda yang ada rasa kasih sayang pada sahabat dan juga keluarga membuka jalan dalam hidupnya terus mencari jalan pulang. Bukan mudah baginya. Sekiranya kita mendapat nikmat Islam itu sebab keturunan dan diterapkan asas-asas kehidupan Islam itu dari kecil. Namun dia mencari tanpa ada asas dalam mengapainya.

"Begitu sukar rupanya utk merangkul iman dan Islam pada sesetengah insan berbanding insan lain yang mendapatnya secara 'terpijak'. Ironinya, yang sukar itulah yang manis."

Bagi aku buku ini amat sesuai pada yang masih di simpang simpang perjalanan hidup yang tak tahu arah tuju. Diantara bangsa atau agama, diantara adat atau adab, diantara syariat Islam atau jahiliyah, diantara laknat atau rahmat, Dan paling sesuai pada mereka yang mualaf.

Akhir kata, semoga kita terus berada dalam rahmatnya. Dibawa hati kita merasai nikmat iman itu. Walaupun dimana kita, Islam itu diletakkan diatas sesuatu permulaan setiap satu. Ameen.

Comments

Amaliena Ros said…
alyn pun suka baca buku2 macam ni..hari tu ada nampak kat kedai buku, tapi x terbeli plak..:)