Wordless Wednesday #8 : 7

Assalamualaikum...

Tujuh. 7. Siapa disini peminat no. 7??? Angkat kening sebelah. Haha. Okey. okey. Aku peminat no.7 apa saja benda ada 7. 17, 77, 27,37,47,57,  any number yang ada no.7. Like.

Aku saja cari about number seven ini. Macam-macam kesimpulan yang wujud. Tapi part yang paling aku suka ada yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.



1. Ibadah Haji.
>>Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak TUJUH kali.
>>melakukan Saie iaitu berulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak TUJUH kali.
>>melontar Jamrah sebanyak 3X dengan TUJUH biji batu.

2. Sujud di dlm solat.
>>sebanyak TUJUH anggota yang terlibat(2 tangan,2 kaki,2 lutut 1wajah) dimana jika kita ingkar perkara tersebut,seolah-olah kita tidak mahu sujud kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan.

3. Allah menciptakan TUJUH tingkat SYURGA dan NERAKA.

4. Allah menciptakan TUJUH lapis LANGIT dan TUJUH lapis BUMI.

5. Allah menghiasi Al-quran dengan TUJUH surah yang panjang.

6. Al-Fatihah yang kite baca tiap-tiap hari dalam solat jugak mengandungi TUJUH ayat.

7. Kalimah syahadah iaitu Laa Ilaaha Illaa Allaahu Muhammadar Rasuulu Allah , mengandungi TUJUH patah perkataan yang merangkumi 1 ayat besar.

8. Allah menjadikan SIANG dan MALAM bersilih ganti selama TUJUH hari.

9. Allah hiasi UDARA DI LANGIT dengan TUJUH lapisan udara sepertimana dalam firman Allah s.w.t dalam surah An-Naba' ayat ke-12. 

Diterangkan dalam surah tersebut, "Langit terdiri dari beberapa lapisan yang dimulai dengan air,embun,besi,perak,emas,mutiara dan mira delima.Setiap satu lapisan berjarak dalam 500 tahun. "

10. PELANGI ada TUJUH warna. 

11. BENUA dunia ada TUJUH.

12. TUJUH mengiku skala PH adalah neutral.

13. Takbir Hari Raya pon TUJUH kali.

14. Sinaran cahaya hanya TUJUH lapisan.

15. Galian utama ditemui dalam bumi TUJUH jenis.



Banyak lagi berkenaan dengan nombor TUJUH ini. Tapi secara keseluruhannya. Setiap yang diciptanya ada kebaikan tersendiri. Walaupon secara kebetulan atau tak sengaja hanya ALLAH sahaja Maha mengetahuinya.

Comments