Bukan mudah nak jadi kuat!

Assalamualaikum...


*gambar ikhsan google*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Allah tidak akan datangkan sesuatu ujian kepada hambanya kerana dia tau hambanya itu  mampu menghadapinya. Ujian yang amat berat utk dihadapi. Hanya hamba yang terpilih sahaja diberi dugaan yang mana Allah ini Maha Mengetahui kesudahannya baik atau buruknya. 

Sama ada kita mampu atau tidak bukan persoalannya kerana kita semua  tahu semua insan diduga kerana tanda  Dia sayang kepada hambaNya. Diberi sedikit ujian agar kita tidak tersasar dari landasan yang benar. Itu tandanya Dia mahu kita berbalik mengingatinya setiap saat nafas yang dipinjamkannya. Diberikan kesenangan pula agar kita mensyukuri nikmat yang diberikannya sepanjang masa.

Kadangkala air mata itu akan tetap jatuh ,Tidak dapat dikesat kerana terlalu berat utk ditangung. Tapi ingatlah airmata jugak adalah penawar segala kesakitan,Apabila ia merembas keluar dari situlah kita akan dapat sumber kekuatan. Setiap ciptaanNya tiada yang sia-sia,Walaupun sekecil atau seremeh mana pada pandangan  manusia. Namun airmata itu jualah,Merupakan peneman dikala suka dan duka kita.Yang datang atas kurnian ciptaanNya,Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Allahuakhbar!


pssttt.. *pastikan lagu masih berputar.*  Klik kat sidebar Hye tu~ HAHA...

Kuat! Kuat pada fizikal atau rohani? Kuat seperti superman? Hua... pemikiran yang direka-reka oleh ideologi org barat. Bukankah kita patut tahu bahawa yang kuat itu adalah kita! KITA dan datangnya dari PENCIPTA KITA.  Tak percaya?

Simple thing bagi korang fikir sejenak. Pada awal kelahiran manusia. Kita datang dari air mani (sperma) + ovum. Betulkan, hope aku tak salah sebab sudah lama meninggalkan zaman kegemilangan "school". 


Kita adalah diantara berpuluhan juta + juta + juta sperma dan akhirnya kitalah yang berjaya menakluk OVUM tuu... See, kita adalah dikalangan org-org yang kuat. Kuat menempuh cabaran. Kuat dari fizikal, kuat dari rohani.  Bukan senang nak jadi 1 dalam Sejuta.

Jadi kenapa kita masih nak takut sedangkan kita adalah dikalangan org-org yang kuat dan terpilih.  So, go on with our life and wake up, face the challenges. Berjuang seperti mana kita semasa kita  dlm kandungan ibu kita selama 9 bulan. "Tak pernah berputus asa utk melihat dunia dan tak sabar melihat wajah kedua ibu bapa kita."


* Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita*

Tip nak jadi kuat:

  1. Keep istiqamah. Means berterusan, kalau nak berjaya kita kena berusaha dan terus berusaha. Walaupun sebesar mana datangnya ujian.
  2. Doa. Doa itu senjata org mukmin. Walaupon kadang kala kita terpedaya dengan bisikan syaitan + iman yang lemah + hawa nafsu. Kita sentiasa kena berdoa dlm sujud kita agar dikurniakan kekuatan utk melawan segala godaan dan bila kita berdoa bermaksud kita menunaikan tangungjawab kita. Solat 5 waktu. :) Doa sahaja tiada tanda kesyukuran (solat) tak guna juga. Samalah konsep tawakal tanpa usaha. Bila nak berjaya???
  3. Sentiasa berada dlm berwuduk. Sebab ustazah aku cakap kalau kita berada dlm keadaan berwuduk kita dilindungi dengan malaikat yang menjaga kita. Jadi hati kita sentiasa terlindung dan sedangkan org yang kuat marah juga dinasihatkan berwujud sekiranya dia berada ditahap amarah yang tinggi.


p/s: ini hanyalah secebis pandangan dariku. Kalau ada salah betulkan yerk. Tips tu hanyalah apa yang aku pernah lakukan dan amalkan. Jadi sama ada ia betul atau tidak aku berserah pada yang MAHA KUASA. :)

Comments

Unknown said…
betul tu.kadang2 tu lemah rasa..
LINK
Unknown said…
betul tu mmg susah untuk jadi kuat.. tapi kalau kita cekalkan kita , in shaa allah kita akan kuat..
IA ♥ said…
terima kasih. bagi semangat petang2 macam nie :)