... sudah ketentuan dari-NYA ...

Assalamualaikum...

Malam ini, rasa bersemangat sangat nak update blog. Jadi jari-jari ini berlari-lari menekan keyboard sambil menyusun ayat jiwang... Hew3x :3 Kikih... 

*dah mcm buang tabiat aku malam ni*  

Okey, back to title topic kali ini agak meluas dan aku cuba akan kembang dan mengembangkannya sekembangnya. Hahaha... Dari apa yang aku nak cerita dekat sini ialah hubungan kita dengan seorang sahabat, kawan, rakan, atau pon teman atau pon lebih familiar (friend). 

Apa kaitannya??? 

Kaitannya dimana habit seseorang itu atau secara mudahnya iaitu peribadi/peragai seseorang. Setiap orang ada pelbagai  kerenahnya dan ada satu keunikkannya. Tak percaya??? Cuba korang nilai setiap seorang kawan-kawan korang dan cuba bandingkannya. Adakan. 

Contohnya: 
1. comel, tegas, sgt pandai, baik hati, sopan tapi sangat sensitive...
2. cantik, lawak, pandai, baik, kasar tapi dia tidak ada sifat mudah terasa...
3. cantik, cool, blur, baik, suka bantu bagi hadiah bertimbun-timbun dan sensitive... 

Tengok??? Masing-masing ada kebaikan, keburukan, kelemahan dan kekuatan masing-masing. Ia bukan kehendaknya utk menjadikannya seperti itu, tetapi telah ditakdirkannya dengan sifatnya sebegitu. Jadi kita sebagai rakan perlu lah menyokong membimbing dari belakang. Kalau tak mahu support tak payahlah nak mengutuk... *berselawatlah byk-byk* 

Kalau kita mengutuk beliau samalah kita mengutuk ciptaannya. Sedarlah kita datang dari bahan yang sama, berasal dari tanah dan beranak pinak dari titisan air mani - menjadi darah daging dan kemudiannya ada rangka - ditiupkan roh dan dilahirkan kedunia. Tiada bezanya sewaktu kita lahir. Kita adalah insan yang sama. Yang membezakan ada amalan kita disana.

Perbezaan Allah ciptakan kita ini adalah kerana agar kita saling kenal mengenali. 
"Kalau kita semua *hijau* sama dengan pokok aku rasa tak ada feel aku nak tahu kenapa pokok tu hijau, lepas tu aku akn konklusikan knp aku kena makan tumbuhan warna hijau sebabnya  aku hijau sebab itulah aku makan pokok sebab aku perlu jadi hijau." ...  hua3x apa aku merepek ni.... layan smpai jadi hulk----

Dekat sini, didunia ini kita kena ingat baik buruk seseorang itu pada kita dia pernah bagi kita kebaikan dimasa lalu, walaupon kemungkinan bagi anda ada yang kata : "mana ada, dia selalu bagi susah dekat aku adalah... "

Okey kita tukar pula keadaan dimana masa akan datang... Mana kita tahu takdir @ ketentuan dariNYA kita berada dlm keadaan yang susah... Tiba-tiba dia yang kita kutuk benci sehabis-habisnya adalah satu satu insan yang datang membantu. :) So? Nak terima atau tidak... Berkemungkinan besar kita akan terima pada waktu itu. 

Maybe jua ada yang kata: "...dia yang perangai touching bagai, +++ bla3x +++  nak ke dia dtg membantu??? ke datang tu nak... bla3x"

Okey, pernah korang dengar cerita seorang pelacur yang beri minum air pada sekor anjing??? dengan menggunakan kasutnya? dan the end nya, pelacur itu.... YA pandai masuk syurga... Cerita ini aku rasa ramai tahu... dengar dari Ustaz + Ustazah kan3x.

Kisah ini kita dapat simpulkan walaupon seburuk mana dia pada masa lalu, biarlah dia dengan perangainya, mungkin pada satu ketika dia bergitu ikhlas semasa mahu menolong kita ... dia jadi mcm cerita mcm pelacur-anjing tu. Nak dibandingkan kesalah dia dengan kisah pelacur itu amatlah berbeza. Kisah lamanya jangan diulang tayang kembali, tidakkah korang sepatutnya bersyukur kerana perubahannya??? *jgn diungkit kisah lama* Kita kena ingat jangan sampai sebab yg menyebabkan seseorg itu kembali balik pada kisah lamanya adalah disebabkan KITA juga .... Supportlah... :) bimbinglah... DOA lah... :') itu lebih baik~~~ dari segalanya...

Doa seorang sahabat kepada sahabatnya, tanpa pengetahuan sahabatnya. (doa org penyayang, pencinta) adalah diantara doa-doa Allah terima, dan memakbulkannya.

Pernah satu ketika seorg sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain.
Rasulullah bertanya: Apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya?
Sahabat itu menjawab: Dia belum membuat demikian.
Lantas Rasulullah pun berkata: "Pergilah kamu kepadanya, nyatakan kamu mengasihaninya."

Jadi siapakah kita mahu menilai seseorang itu? 

Kita sebagai insan biasa yg mempunyai kelemahan dan kekurangan perlulah sentiasa tanamkan sifat memaafkan org lain, dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan... dan sentiasalah memperbaiki diri dari masa ke semasa Istiqamah dlm melakukan satu perubahan InsyaAllah kita akn berjaya :) *baru hidup bahagia dear~* 

T.H.I.N.K  P.O.S.I.T.I.V.E





“Turn away from your worries,
And entrust your affairs to His Decree.

Rejoice at the good which will soon be,
You will then forget what has gone by .

Perhaps an issue which upsets you,
Holds at its end what will gladden you.

Indeed Allah does what He wishes,
& He NEVER burdens His slave with anguish." :')




p/s: walaupon beliau berkemungkinan sudah melupakan kita... kita sentiasalah berdoa suatu hari nanti dia akan faham dan mengetahui hal sebenarnya, dan insan itu berubah ... menjadi insan yang begitu baik dan halus peribadinya... AMIN. :)

Comments

cci said…
betul tu sangat setuju... memasing ada kelebihan dan kekurangan.. kan..kan.. think positif..
dzafirahzain said…
@cci haah ... kita kena sllu positive kan fikiran baru bhgia~