Nama saya Nur Dzafirah.

Assalamualaikum...

*sekadar gambar hiasan*

Post kali ini, bukan aku nak cerita tentang aku. So, jangan la pulak nak klik close :( Huhu... Aku just nak cerita kenapa nama aku Nur Dzafirah dan kenapa mak ayah aku bagi nama itu. Setelah ditanya dan dibuat kajian yang mendalam, aku dapat satu kesimpulan. Iaitu satu nama yang betul betul mengikut sebutan arab.

Aku bukan marah atau sedih bila sometime ada people yang sebut nama aku salah. Tapi, bak kata ustaz ustazah aku dulu, kata-kata itu doa dan nama yang diberikan kepada kita itu satu lambang yang melambangkan peribadi kita. :)

Anyway, start dari sekolah tadika lagi nama aku jadi pemasalahan kepada sesiapa yang nak menyebutnya. -_- sedihkan... Susah sangat ke nak sebut nama aku??? Semasa aku kat kindergarten cikgu tadika tu panggil nama aku daz-fi-rah , sama ke dengan dzafirah. Sampai sekarang kalau jumpa cikgu tu nama aku disebut macam tu. Pelik aku. Susah ke nak sebut?? Huhu... 

Itu baru tadika, bila aku sekolah rendah ada juga kisah dan name baru yang diorang panggil. Tapi boleh lah diterima, sebab kawan-kawan aku kebanyakkannya panggil aku time tu dengan nama zafirah :) . Tak kisahlah ada juga bunyinya. Tapi yang sedihnya my ustaz aku merangkap cikgu PJK aku dan jugak papa kesayangan aku time sekolah rendah. Hehe... Dia suka panggil aku dengan nama zirafah. Apakah??? Beza gila!!! Ada satu masa tu beliau nak cakap aku dapat tawaran ke sekolah sukan, beliau datang kelas aku. Dengan muka tak bersalahnya, dia saja cakap, siapa nama zirafah??? Memang tak arh aku ngaku. Tapi mata dia dan posisi badan dia terus tengok aku. Memang satu kelas gelakkan aku. Sedih betul~~~

Lain pulak ceritanya masa mula masuk sekolah menengah. Disebabkan aku masuk asrama, jadi ada sesi bertakruf (berkenalan) Jadi masa nak perkenalkan diri itu, aku memang dah prepare nak intro nama aku bagi cun. And finally, aku berjaya membawa nama aku tapi just zafirah. Tak apa janji tak adalah mcm sekolah rendah aku. :(  dan lama kelamaan disebabkan rapat sangat dengan kawan-kawan aku disini nama aku semakin lama semakin pendek jadinya, biasalah sebab dah siang malam jumpa muka diorang dekat asrama ini. Jaid masing-masing mengenali hati masing-masing. Ada satu hari tu sembang-sembang kosong dengan group aku tu. Kami saja cari nama yang akan buat nama kami itu seperti nama seorang lelaki. Haha... *aku tak tahu apa yang gelong sangat kami time tu, otak masing-masing gila.* Lepas discussion tu diorang set kan name aku iaitu dzaf :D @ kalau di dengar ala-ala zaff :P . So, melekatlah name aku sebegitu sampailah akhir form 5. Dan yang aku paling tak boleh nak lupakan masa form1 cikgu BI aku panggil aku beberapa kali sebab nak suruh aku jawab soalan dia. Ala-ala panggil dari belakang kelas. *I want zarifah answer my question* Aku buat bodoh je.. sebab itu bukan nama akukan. Maybe ada seorang lagi nama mcm aku, dlm fikiran aku. Sebab aku tak kenal lagi nama-nama kawan-kawan aku dlm kelas tu. Baru masukkan. :D *Tiba-tiba* beliau jalan dekat tepi meja aku? *cuak aku time tu* Rupanya dia pon salah sebut nama aku. Berminggu-minggu jugak lah beliau panggil dengan nama tu... --" Yang pasti aku paling sayang Ustazah aku yang panggil aku dzafirah dengan sebutan dengan betul tu... Biasalah ustazah belajar bahasa arab :) sampai ada satu masa budak kelas aku terikut-ikut cara dia panggil nama. Kikih~

Dan bila masuk ke polieknik, name aku tetap dzaf sebab aku yang suruh. Senang. Ditambah pulak dalam kelas aku ada seorang lagi nama lebih kurang sama. Nur Zafirah. So, aku diorang panggil dzaf, dan y seorang lagi dengan Fira. :)

Ingatkan kesusahan menyebut nama aku ini berlaku sampai situ je, sekarang tengah LI (praktikal). Rupa-rupanya masalah name ni jadi lagi dan sekarang nama aku macam-macam lagi pelik-pelik. Ada panggil za, ada panggil zira, ada panggil ira... Apakah???

Apa apa pon. Ikutlah korang nak panggil apa. Yang pasti biarlah ada nama @ sedap didengar. *hope* Yang pasti ayah aku letak huruf D didepan tu khas sebutan dia dlm arab  نور ظفيره ... thank ayah ...

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasullah SAW pernah bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing. Oleh itu pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian."


p/s: lepas ini, nak letak nama anak-anak tu bagi yang senang disebut, biasa didengar, dan yang penting ada maksudnya. :)


Comments

IA ♥ said…
hai dazfirah. ehh dzafirah :)

saye pembaca setia blog awak. hihihihi. pengomen tegar.
Unknown said…
dzaf dh jd mcm ak..dah start bercerita pnjg ha3~ :P
dzafirahzain said…
@Chibiha Itsumi berjangkit mungkin~ HEHE... fana la ni... kena virus FANA~