TITIK

Assalamualaikum...
Youtube: TITIK

Menangis aku tengok video ini. Kadang-kala kita lupa mungkin dalam sedar tidak sedar kita menyakiti hati insan yang tidak sepatutnya kita sakiti. Insan yang melahirkan kita. Insan menjaga kita. Insan yang sentiasa bersama kita walaupun susah senang kita. Always ada bersama kita. Terlalu besar pengorbanan mereka.

Maafkan saya mak. Maafkan saya. 

Sebab itulah hati kita susah nak masuk ilmu. Belajar pon susah nak dapat nak ingat jauh sekali. Ilmu itu cahaya. Cahaya akan masuk dalam hati bersih. Mungkin kita terlalu banyak dosa-dosa, Walaupon kecil.

6 sebab Dosa Kecil menjadi DOSA BESAR:

  1. Berterus-terusan melakukannnya
  2. Memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan
  3. Gembira, bangga dan seronok apabila dapat melakukan dosa sehingga ia merasakan bahawa ia dapat melakukan dosa itu merupakan suatu nikmat. Ia lupa bahawa dosa adalah penyebab kepada kecelakaan.
  4. Memandang remeh apabila Allah menutup dosanya dan menangguhkan pembalasan terhadapnya.
  5. Melakukan dosa dan kemudian menyebut-nyebutnya di hadapan orang lain, atau melakukan dosa berterang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu sedikitpun.
  6. Orang yang melakukan dosa kecil itu adalah orang alim.


#Sumber: Dosa kecil jadi Dosa besar. Salam Jumaat :')

Comments

razzwey razz said…
cerita TITIK ni arahan kawan baik saya... :-)
dzafirahzain said…
@razzwey razz ... yeke.. :) sedih menontonnya~ HUHU...