Wednesday, March 6, 2013

Latihan Industri #7 : Menunggu... (8 weeks to finish)

Assalamualaikum...

Nice day today. Happy and bersemangat gitu. Hehe. Tak lah sampai melompat-lompat. Cukuplah sekadar. Alhamdulillah. Sampai sahaja office tempat LI switch on computer duduk sekejap  type password on twitter type status. "Aku sharp sampai pukul 8.00 pagi". Berdedikasi gitu. Haha. ≧◡≦

Tapi bukan itu yang aku menunggu dan ditunggu-tunggu. Yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Pasrah beliau tidak hadir hari ini. Hehe. Sebenarnya seronok. Lecture observe tak call atau tak ada hits kata nak datang. Kalau ikutkan kebanyakkannya dah diobserve. Mungkin sebab aku dekat. Waiting dengan penuh sabar plus berdebar. So, dengan semangat pagi melambung aku buat slide power point utk sambut mereka nanti. Itu pon atas permintaan penyelia. Katanya memang adat di Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuteraan USM sebegitu. Kalau lebih lagi siap dengan dijamu air + makanan-makanan. Haha. Rasa geli hati dengar. Kikih. (Adat menyambut tertamu) "Yang disambut jangan lupa bawah buah tangan." (datang suara jahat dalam hatiku) Hehe. ᵔ.ᵔ

Settle je buat power point, aku move buat aktiviti harian aku. Tarra... Online Services Facebook, Twitter plus Blogwalking. Dalam seronok beronline aku jumpa satu status ini. Stalk stalk stalk. Then jumpa ada link blog. Klik terus buka new window. Baca baca baca. Tup! Terkedu. Air mata mengalir syahdu. 

Ehh... Tengok kiri kanan. ¬‿¬ Takut ada dalam pejabat ini perasan. Kang jadi bahan lagi. Huhu. Kenapa aku ni? Tanya diri. Sumpah satu entry dlm blog tu buat aku mengalir air mata. Penulisan bersahaja. Setiap yang disampaikan ada nasihat yang ingin disampaikan. Yang buat aku tersyahdu mungkin aku menghayati. Tapi itulah kebanyakkan entry dia buat aku berfikir dan menilai satu satu bait (kata) yang ingin disampaikan. Satu ayat yang buat hati aku sentap. ─‿‿─


*klik utk ke blog beliau*


"... Bila seorang manusia mencintai ALLAH. Kemudian ada seorang lagi yang turut mencintai ALLAH, maka kedua-dua hati tersebut boleh bersatu atas dasar cinta yang sama. Tak ada istilah cemburu or what. Tapi akan ada rasa utk saling membantu supaya sama-sama dapat raih cinta DIA lebih lagi. Lagi ramai, lagi meriah, lagi bahagia. Tak ada war pun. Kalau ada pun, war of love. Berlumba-lumba kejar cinta DIA. How sweet??? ..."

Time aku baca, aku teringat zaman disekolah menengah dulu. Eratnya kami saling tegur menegur. Saling ingat mengingati. Tapi itu dulu. Tarbiah diri itu aku dah lama tinggal. Pilu rasa hati sebab melepaskan apa yang dikecapi dulu. Orang semakin bertambah baik. Aku? Hmmm... melepaskan rasa... Macam mana aku nak kembalikan tarbiah diri itu? Siapa yang dapat mendorong aku? Macam-macam terkeluar dari kotak fikiran. Rasa penat berfikir. ╯﹏╰ Tak dapat nak loading apa yang ada dan terbuku didada. Rasa nak jerit biar satu dunia tahu aku tengah bermasalah. Tengah jatuh dan terselindung dari mata dunia. Tengoklah aku. Tegurlah aku. Bantulah aku. (terbuku kaku keras dikutub utara

Stop thinking pasal diri. Aku kembali ke alamnya.  Sesekali diri perlu rasa ditarbiah. Baru rasa nak move on. Kepada blog beliau En.Mato  aku buat sebagai pin tab plus blog pilihan. Akan berkunjung lagi. Mentarbiahkan hati yang sudah lama karat. Mencari diri yang dahulu. 

Tiba-tiba kak ina (penyelia) hantar YM, terhenti lamunan. Kak Ina minta masuk office. Muka cuak. Sebab tak pernah-pernah dimintak masuk personal dan duduk dia nak tanya sesuatu. Ehh, buang tabiat ke apa penyelia aku hari ini. Lecture aku call dia ke? (check phone aku tak ada pon msg atau miss call) Dengar dengan teliti apa penyelia sampaikan. Bla bla bla... Kesimpulan dia just minta pandangan tentang tempat LI sekarang. Ok or apa-apa je. Mungkin ada tak puas hati. Hehe. Is okey kak ina. Tak ada apa kot. Just Asp.Net (Sistem SisPro) saja aku tak paham. Dalam ddk bersembang dia kata dia tak ada masalah dengan aku sebab dia percaya aku boleh buat tugasan diberi dengan baik. Hehe. Malu sorang-sorang. 

Keluar office penyelia. Tergelak. Cuak sangat ke muka aku tadi??. Elok sangatlah muka lepas tarbiah diri sendiri tadi. Annoying  ᵕ‿‿ᵕ apa muka aku tadi. Maaf kak ina. Kena faham muka aku yang annoying tu bila aku serabut berfikir. Kakah. Duduk tempat sendiri. Tutup semua laman social focus sistem yang tengah dibangunkan. Rasa bertanggungjawab bila ada orang appreciated dgn kita. Risau juga aku tak dapat jalankan tanggungjawab itu dgn baik tanpa mengharapkan penghargaan tapi rasa tanggungjawab seorg pelajar. 

So far, serabut sikit dengan Sistem yang tengah dibangunkan ini. SisPro. Tadi dekat kak ina ada mengadu juga pasal masalah tentang sistem ini. Tapi tak apa, dia sedia membantu. Ekk?  Banyak sangat user dia. How aku nak selesaikan. Mohon dibantu oleh partner. #Hopefully

Okeylah aku out.  Aku rasa ini entry aku yang sangat panjang. Tq. pada yang membaca dgn penuh bersabar. Hehe. Entry mungkin boleh dikategorikan sebagai luahan seharian seorg yang membuang masa. Haha. Erm...

Aku harap kita boleh menjadi insan yang saling ingat meningati sesama kita

Sama-sama kita, kejar cintaNya.

2 comments:

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sopan Santun Amalan Kita