Dalam tak sedar, aku terhayati lagu Rapuh milik Opick. Banyak benda ingin disampaikan. Terasa berada dalam lagu itu. Dimana berkesinambungan dengan hidup aku sekarang. :')
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya
dirimu yang bertakhta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
#Rapuh ♥ by Opick
Masa seronok membaca sebuah entry dari akuislam.com bertajuk: Janganlah kamu bersedih ada intipati yang buat aku tersedar. Kalau ada yang biasa bertandang ke blog aku. latest punya blog iaitu Diari #10 : I've been messed up inside . Hari aku tulis itu, terlalu beremosi. Banyak sangat buat aku sedih masa itu. Seriously, aku rasa teruk sangat masa itu. Banyak sangat aku fikir.
Now, new time. Aku dapat kekuatan. Doa aku DIA makbulkan. Dia buka mata hati aku. InshaAllah. Aku yang dulu bersemangat sedang kembali. Mengorak langkah yang baru. Walaupon tetap yang dulu tapi disuntik sedikit kelainan dimana akan berusaha berubah dari masa ke semasa.
Berubah menjadi kuat dan sentiasa berada pada landasanNya.
Satu cerpen pendek yang aku jumpa iaitu Aku dan Dia betul-betul buat aku sedar. Walaupon ada sahabat aku ada nasihati tapi entahlah perasaan itu wujud semula sampailah hari ini. Aku betul-betul rasa kekuatan utk hadapi semua ini kembali. Aku betul-betul berterima kasih. Ya Allah. Terima Kasih kerana beri aku kesedaran ini. Terima Kasih.
Sebahagian dari cerpen tersebut:
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”“Maksud kau?”“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
Semoga kita semua kuat hadapi dugaan :')
ReplyDelete@Eyla Nabella amin... :)
ReplyDelete