Wednesday, March 13, 2013

Diari #4 : penantian

Assalamualaikum...

Mata membulat atau sengaja dibulatkan lagi.

Mungkin kecelaruan hati, minda dan perasaan.

Kenapalah masih dikenang benda yang lepas. Please, go away from my life...
Kenangan tak akan pudar dan mudah dilupakan. Tambahan pula ia adalah saat yang paling manis. Maafkan saya wahai diri kerana mengecewakan diri sekali lagi pada hari ini.

Otak dan perasaan cuba cari alternative lain supaya kembali pada asal, kembali mencari diri yang berpijak dibumi yang nyata. 

Ya! aku perlu menyibukkan diri dengan perkara yang mengembirakan diri. Jangan bagi ruang langsung utk berkhayal. Penuhi dengan aktiviti yang lebih baik.

Chaiyok3x!!!

Mula google cari semangat baru. Intipati baru utk dinilai dan diambil sebagai pengajaran utk diri. Ramai mereka yang rata-ratanya macam aku. Mencari jalan pulang. Pulang kepada sang pencipta.

DIA. TUHAN YANG DISEMBAH. MAHA AGUNG. MAHA ESA. ALLAH.

Dan setiap perjalanan akan diberikan pelbagai dugaan, ujian, cabaran, dan rintangan.
Utk apa??? Utk dijadikan motivasi suatu hari nanti. Sekiranya kita jatuh kita mampu bangun dengan sendiri. Tidak goyang dan goyah dengan anasir yang menghasut. InshaAllah.

Dan anasir itu mampu ditewaskan. Namun, kadang kala kita juga perlukan pendamping, sahabat.

Sahabat itu bagaikan "tukang jual minyak wangi", sekiranya dia tidak dpt menjual kesemua minyak wanginya sekurang-kurangnya wanginya mengharumkan org yang bersahabat dengannya.

Sahabat adalah insan yang terlalu dekat dengan diri. Sebab itu, walaupon jauh dekat dihati. Itulah dinamakan ukhuwah sejati, ukhuwah yang dibina atas dasar kecintaan berpaksikan-Nya. 

"Ukhuwah Fillah Abadan Abada."

Splash!!! splash!!! splash!!! *darah*

Nyamuk's (terlalu banyak) yang tadi berterbangan riang ria mati ditanganku. Lamunan yang tadi terhenti. Sesi bermuhasabah diri sebelum melelapkan mata terganggu.

Ada hikmahnya. 

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Cukuplah dulu utk hari ini. Esok adalah hari yang penting. Perlukan tenaga dan persiapan diri yang lebih baik.

*offline*

Esok adalah penantian yang penuh dengan tanda tanya. Siapa? Bagaimana? 

#Lecture Observe-ku (Latihan Industri)#

6 comments:

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sopan Santun Amalan Kita