Peristiwa bersejarah 3 Mac 1924


Assalamualaikum...
Perkongsian sejarah Islam. Kita suka sangat tengok cerita cinta. Tapi sedarkah kita kurang pengetahuan sejarah Islam yang sepatutnya diketahui oleh setiap umat Islam dunia. Sejarah hitam yang menjatuhkan umat Islam. Seriously, sejak kebelakangan ini aku selalu cari atau search tentang sejarah Islam. Sebab bagi aku bila kita tahu sejarah dahulu kita tak akan mengulangi sejarah lalu. Bila aku menbaca aku terasa bodohnya aku tak tahu pasal dunia Islam. Jahilkah? Sedangkan sejarah Malaysia pandai pula. Tapi sejarah Islam? Sedih sangat. 
Aku mengaku kalau dulu masa belajar dekat sekolah aku paling benci subjek sejarah. Sebab bagi aku sejarah banyak menipu. Pasal "PerakMan" seriously aku anti gila bab yang paling mengarut bab 1 (Tingkatan satu) tentang zaman-zaman Neolitik, Paseolitik, dan apa lagi tah. Sumpah menyampah gila bab 1 tuu. Kalau tanya adik aku yang form 2 tu, katanya walaupon diketahui zaman-zaman tu tak wujud tapi still syllabus tu tak dihapuskan. Apakah motif sukatan pembelajaran ini? So, jangan tanyalah subjek sejarah aku dapat berapa. Sedangkan bab 1 pon aku tak suka. Huhu. Tapi aku akui dari sejarahlah kita mampu menilai sejauh mana kemajuan sesuatu bangsa. Kita mungkin tertipu kononnya bangsa yang paling pandai adalah golongan orang Eropah. Padahal sebenarnya sebelum datangnya golongan mereka kita ada bangsa yang mana lebih cerdik pandai iaitu zaman para Ilmuan Islam. Iaitu golongan cendiakawan Islam. Pemikiran manusia mudah dihasut. Itulah kita. 
Okeylah, cukuplah setakat itu intro aku. Hehe... Back kpd main point. Tahukah kita peristiwa yang pernah berlaku pada tarikh 3 Mac hari ini? Atau kenalkah kita dengan Kamal Atarturk? Tak tahu? Kesian sangat.  Bukan korang saja, aku pon baru tahu. Kesian sgt... Sedih + Targidiss... Kalau tak tahu tak pa mari kita tambah ilmu, mari kita baca sama-sama serba sedikit ilmu dibawah ini.

Foto – Sultan Mehmed VI keluar meninggalkan Istana Khalifah.
Hari ini 3hb Mac 2013 adalah bertepatan dengan 89 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.
Kamal Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Di antara hobi pemimpin korup yang dikatakan sebagai ‘Bapa Kemodenan Turki’

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah. Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat. Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Syria, Rohingya, Iraq, Libya,  Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ? Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.8 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Think globally and act locally…..


Cc: Dr. Zainur Rashid Zainuddin , buku bertajuk:  TURKI Negara dua wajah, penulis Dr. Abdullah Azzam


Comments

Unknown said…
suka entry nie.

diri sendiri nie pon tak tahu ape sumbangan kepada Islam. hmm :(
dzafirahzain said…
@Eyla Nabella huhu... semoga ada sumbangan kecil yang mampu kita beri... walaupon nilainya dimana org xseberapa, tapi pada penilaian DIA adalah baik... :')